Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 18 December 2022

14 DISEMBER 1898 WAN MUHAMMAD SAMAN MENINGGAL DUNIA

14 Disember 1898 – Pada tahun 1898, Wan Muhammad Saman, tokoh yang terkenal dengan jasanya membangunkan ekonomi negeri Kedah melalui projek-projek pertanian telah meninggal dunia dan dimakamkan di Makam di Raja Langgar.

Wan Muhammad Saman telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin dan meneruskan khidmatnya dibawah dua lagi pemerintah negeri Kedah iaitu Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah II dan Sultan Abdul Hamid Shah.

Beliau bertanggungjawab dalam mengutarakan idea untuk membina sebuah terusan di sepanjang Kota Setar hingga ke Gurun pada tahun 1885. Terusan yang dikenali sebagai terusan Wan Mohd Saman ini telah mengubah negeri Kedah kepada sebuah negeri Jelapang Padi.

Terusan ini juga turut berperanan sebagai laluan perdagangan di antara Alor Setar ke Sungai Petani hinggalah ke Butterworth. Malah terusan ini juga telah menjadi asas kepada pembinaan jalan raya utama bagi negeri Kedah.

Sesungguhnya, jasa dan sumbangan beliau terhadap kemajuan negeri Kedah adalah amat besar dan layak digelar sebagai Bapa Pembangunan Negeri.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


"Terusan Wan Muhammad Saman dikorek dari Sungai Pengkalan di Kampong Tandop, Kota Setar pada tahun 1885 hingga ke tempat ini di tebing Sungai Titi teras dengan usaha Allahyarham Wan Muhammad Saman Bin Wan Ismail, Perdana Menteri Negeri Kedah Darulaman 1870 hingga 1898

"Batu Kenangan ini dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Haji Osman Bin Aroff"


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

06 DISEMBER 1990 YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ MENINGGAL DUNIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...