Pada hari ini dalam tahun 2009, Malaysia menamatkan kemarau 34 tahun apabila merangkul pingat emas berpasukan wanita buat pertama kalinya sejak tahun 1975 selepas menundukkan juara 14 kali, Indonesia 3-1 di peringkat akhir. Gandingan ‘bidan terjun' Ng Hui Lin dan Woon Khe Wei muncul wira tidak diduga menundukkan beregu berpengalaman Indonesia, Greysia Polii – Liliyana Natsir 19-21,21-12,21-18, sekali gus membawa kejuaraan buat pasukan. Kali terakhir pasukan wanita muncul sebagai juara adalah pada Temasya Bangkok 1975, dan pasukan wanita tidak pernah mara ke peringkat akhir sejak tahun 1977.
Malaysia tidak meletakkan harapan besar untuk memenangi acara berpasukan wanita, melihatkan Indonesia turun dengan reputasi hebat selaku juara 14 kali, malah muncul naib juara Piala Uber tahun sebelumnya. Bagaimanapun strategi yang menjadi, selain semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain-pemain muda negara menghadiahkan sejarah gemilang buat pasukan badminton wanita, sekali gus meletakkan mereka setahap dengan pemain lelaki.
No comments:
Post a Comment