Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 7 December 2022

03 DISEMBER 1948 PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON PIALA THOMAS

 

Pada hari ini dalam tahun 1948, kumpulan seramai lapan orang pemain badminton Malaya berangkat ke United Kingdom dengan menaiki kapal laut Carthage untuk menyertai pertandingan kejohanan badminton Piala Thomas buat pertama kalinya. Anggota kumpulan pemain badminton Malaya ini terdiri daripada :-
  1. Wong Peng Soon, 
  2. Ooi Teik Hock, 
  3. Chan Kon Leong, 
  4. Teih Seng Khoon, 
  5. Lim Kee Fong, 
  6. Ong Poh Lim, 
  7. Yeow Chye dan 
  8. Lar Theik Hock. 
Penyertaan Malaya dalam pertandingan Piala Thomas ini adalah bagi mewakili kawasan Pasifik.

Dalam pertandingan tersebut Malaya berjaya ke peringkat separuh akhir dan bertemu dengan pasukan Amerika Syarikat di Kelvin Hall Glasgow, Scotland pada 21 dan 22 Februari 1949. Dalam perlawanan ini, Malaya dengan mudah menang 6 3. Kejayaan ini melayakkan Malaya ke peringkat akhir di mana ia bertemu Denmark di Preston, England pada 25 dan 26 Februari 1949. Dalam peringkat akhir tersebut Malaya telah menang 8-1 mengalahkan Denmark yang merupakan pasukan badminton paling kuat di Eropah. Kejayaan cemerlang Malaya memenangi kejohanan badminton Piala Thomas ini merupakan perangsang kepada Malaya untuk mencipta nama dalam arena badminton dunia

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

07 OKTOBER 1983 PEMAIN BADMINTON BERTARAF PROFESIONAL PERTAMA DARI ASIA TENGGARA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...