Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 7 December 2022

03 DISEMBER 1949 GERAKAN PENENTANGAN PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH

 

Pada hari ini dalam tahun 1949, tiga orang nasionalis Sarawak telah membuat percubaan untuk membunuh Gabenor Inggeris di Sarawak, Sir Duncan Steward. Pembunuhan Sir Duncan Steward merupakan kemuncak perjuangan kebangsaan orang-orang bumiputera Sarawak, menentang penjajahan Inggeris. Kalau di Semenanjung Tanah Melayu, rakyat Melayu telah menentang gagasan Malayan Union, rakyat bumiputera Sarawak pula telah berjuang menentang pembentukan Sarawak sebagai Crown Colony pada 8 Februari, 1946. 

Perjuangan ini dikenali sebagai Gerakan Anti Penyerahan ataupun Anti-Cession Movement  kerana mereka membangkang keputusan Raja Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan Inggeris untuk dijadikan sebuah Crown Colony. Sejak tahun 1946 hinggalah ke tahun 1949, rakyat bumiputera menentang penjajahan Inggeris dengan cara damai dan berpelembagaan, seperti mengadakan demonstrasi dan menghantar kawat kepada Raja dan pemimpin-pemimpin Inggeris. Memandangkan bahawa perjuangan Anti-Penyerahan mula merosot dan kerajaan mula mengambil tindakan keras, maka Pergerakan Pemuda Melayu di Sibu telah menubuhkan sebuah kumpulan gelap yang bernama ’Rukun Tiga Belas’ yang diketuai oleh Awang Rambli. 

Mereka bersumpah untuk membunuh kesemua Pegawai Inggeris dan Dato’-Dato’ Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Atas sumpah pada 3 Disember 1949 ini, Rosli Dhoby telah menikam Sir Duncan Steward sewaktu beliau melawat bandar Sibu. Dalam serangan ini, Rosli Dhoby yang berlagak sebagai seorang murid sekolah telah menikam Sir Duncan dengan sebilah pisau. Tikaman tersebut menyebabkan Sir Duncan cedera parah dan terpaksa diterbangkan ke Singapura untuk rawatan segera namun gagal diselamatkan dan Duncan meninggal dunia pada 10 Disember 1949. 

Rosli Dhoby, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong telah ditangkap selepas kejadian itu lalu dihukum gantung sampai mati pada bulan Mac 1960. Walaupun perjuangan kebangsaan di Sarawak gagal, namun kematian seorang Gabenor Inggeris itu telah menggemparkan Empayar Inggeris dan seluruh dunia. Kematian Sir Duncan Stewart ini menjadi kemuncak perjuangan nasionalisme bumiputera Sarawak dalam menentang penjajah Inggeris.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain :-

22 NOVEMBER 1946 DATU PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH MENINGGAL DUNIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...