Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 10 December 2022

06 DISEMBER 1990 YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ MENINGGAL DUNIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1990, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 87 tahun, telah kembali ke rahmatullah semasa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum Tunku telah di bawa ke Bangunan Parlimen dan ditempatkan di Dewan Bankuasi bagi membolehkan para kenamaan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Bapa Kemerdekaan ini. Jenazah Almarhum Tunku disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah. YTM Tunku Abdul Rahman diputerakan di Alor Star pada 8 Febuari 1903 dan merupakan putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah.  


Almarhum merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama dari tahun 1955 dan menjadi Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.  Sesungguhnya jasa bakti dan perjuangan Almarhum Tunku terhadap negara akan terus dikenang untuk selama-lamanya.  


Al-Fatihah

Koleksi gambar-gambar sekitar Majlis Pengebumian Almarhum








Sumber: Warisan Pemaisuri Melayu

#bapakemerdekaan #tanahmelayu #malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Insan Budiman : Heart Of Malaya


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...