#SiriTamadunIslamDiNusantara #Kembara3Pulau3Negara
بﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
KHAMIS - ISNIN l 19 - 23 DIS 2019 M |
22 - 26 RABI`UL AKHIR 1441 H
"Siri Tamadun Islam Di Nusantara" KEMBARA 3 PULAU 3 NEGARA
Alhamdulillah selesai sudah satu lagi Kembara Ilmu bersama Tuan Guru Dr Hj Shamsul Mohd Nor menjejaki sejarah para Ulama & Umara' di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor-Riau-Lingga termasuk Singapura.
Dikumpulkan dan dikongsikan video rakaman sepanjang ziarah yang telah dirakam oleh:
a) Tn Hj Aznam Abdullah, dan
b) Tn Hj Imran Ali (MIA)
Semoga Allah memberkati kembara ini dan diberikan kefahaman tentang semua keterbukaan dan pengajaran yang diperolehi untuk kita laksanakan didalam masyarakat.
آمين آمين يارب العالمين
Menelusuri Sejarah Ulamak Kerajaan Islam Johor-Riau-Lingga-Selangor-Singapura
Perjuangan Tanpa Sempadan
(19 Disember hingga 23 Disember 2019 / 22 hingga 26 Rabiulakhir 1441H)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Hari ini adalah sedikit perkongsian mengenai Kembara Ilmu iaitu satu perjalanan mencari ilmu dan pengalaman melalui penjelajahan di sekitar 3 buah pulau dengan 3 buah negara yang berbeza.
Program Kembara Ilmu ini bermula pada 19 Disember 2019 iaitu bermula di Pulau Besar, Melaka pada hari pertama. Pada hari berikutnya iaitu di Pulau Bintan, Indonesia. Lawatan terakhir Kembara Ilmu ini berakhir di Singapura iaitu pada 23 Disember 2019.
Siri ini terdiri dengan beberapa bahagian dalam bentuk gambar secara ziarah ke makam-makam purba dan lama DiRaja.
Selain itu, ziarah ini juga termasuk makam-makam ulama dan cendiakawan Muslim yang termasyhur di sekitar Nusantara (sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia).
Makam-makam tersebut dipercayai adalah makam-makam para wali Allah s.w.t. dan daripada nasab susur galur keturunan secara terus kepada Nabi Muhamad s.a.w.
Untuk makluman semua, setiap daripada makam-makam yang diziarahi itu telah dibacakan doa oleh para pengunjung dengan dibimbing oleh Ustaz Dr. Haji Shamsul Mohd Nor.
Semoga lawatan ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. in shaa Allah, aamiin. Al-fatihah (Dibaca).
Catatan : 13 Januari 2020 (kemaskini : 18 Julai 2020) - Penutup
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Program Kembara Ilmu ini adalah satu program dan usaha kita dalam menelusuri perjalanan Sejarah Ulamak, Pembesar dan juga Raja-raja Melayu di Malaysia. Usaha ini adalah merupakan satu usaha yang murni demi menghargai sebuah perjuangan yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu untuk memperkembangkan Agama Islam dari Timur Tengah kepada kawasan nusantara ini.
Perjuangan untuk menyebarkan Agama Islam ini adalah sebuah perjuangan suci dan ianya telah melalui satu tempoh yang panjang serta penuh liku. Apabila kita tidak menghayatinya dengan penghayatan penuh mendalam, maka kita akan mudah tersasar daripada landasan yang asal yang telah mereka tinggalkan kepada kita untuk diteruskan pada masa akan datang.
Semoga daripada perkongsian yang serba sedikit ini akan dapat membangkitkan semula semangat kepada kita untuk meneruskan legasi-legasi yang telah ditinggalkan oleh mereka. Selepas ini, akan tiba pula giliran anak-anak dan cucu-cucu kita apabila tiba masanya untuk mereka teruskan perjuangan menegakkan Agama Islam, memelihara warisan Bangsa dan menjaga Kedaulatan Negara.
Akhir kata, semoga kita dapat menghayati, memanfaatkan maklumat ini secara bersama dan mendapat keberkatan serta limpah kurnia dengan izin dari Nya, In shaa Allah, aamiin.
Dokumentari Sejarah Melayu Kembara Ilmu - Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat, Riau.
Ringkasan :
- Dokumentari ini membawa kita untuk menelusuri sejarah Ulamak Kerajaan Islam Johor-Riau-Lingga-Selangor-Singapura.
- Kembara ini membawa kita ke : Pulau Bintan, Riau: Ziarah 1 - Maqam Daeng Marewah, (mangkat 7 Ogos 1728) Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama dan mengambil gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah Ibnu Opu. Ziarah 2 - Maqam Daeng Chelak, Yang Dipertuan Muda Riau II, seorang ahli siasah bijaksana yang masyur di Alam Melayu.
- Pulau Penyengat, Riau: Ziarah 3 - Maqam Engku Putri Raja Hamidah, (lahir tahun 1774), permaisuri melayu berjiwa srikandi, permaisuri kepada Sultan Riau III, Sultan Mahmud Syah. Ziarah 4 - Maqam Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak, pahlawan Bugis yang terkenal merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Ziarah 5 - Maqam Raja Ali Haji, seorang ulama, ahli sejarah serta pujangga mengkasilkan Gurindam 12.
Hari 1: Makam Syeikh Muhammad Said al-Linggi https://youtu.be/h11Jb98O6ik
Hari 1: Makam Syeikh Ahmad Majnun https://youtu.be/kVXO_3he2y0
Hari 1: Makam Syeikh Samsudin al-Sumatrani https://youtu.be/V10htWGcGCo
Hari 2: Pulau Besar, Melaka https://youtu.be/0flZoselUr4
Hari 2: Makam Habaib dan Kiyai, Batu Pahat, Johor https://youtu.be/OnAkhlM3MoQ
Hari 3: Makam Daeng Marewah dan Daeng Celak, Pulau Bintan https://youtu.be/1VSjWEyTf5Q
Hari 3: Pulau Penyengat - Gurindam 12 https://youtu.be/Mk6OAoeN9sM
Hari 4: Tazkirah Dhuha, Pulau Penyengat https://youtu.be/wV8raKBcmNU
Hari 4: Makam Raja Haji, Engku Puteri dan Raja Ali Haji, Pulau Penyengat https://youtu.be/smAKPZ0mHs8
Hari 4: Makam Engku Puteri dan Raja Ali Haji, Pulau Penyengat https://youtu.be/Fh-WgqN-69w
Hari 5: Makam Syeikh Taha as-Suhaimi, Syeikh Fadhlullah as-Suhaimi, Syeikh Ibrahim Chisti, Singapura https://youtu.be/jhpCYNlTP6M
Hari 5: Masjid Sultan, Singapura https://youtu.be/7QmT3daQiEE
Hari 5: Makam Habib Noh, Singapura https://youtu.be/CDE8micmygA
Bertempat Di :
- Seremban dan Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan
- Kg Lekek dan Pulau Besar, Melaka
- Batu Pahat, Johor
- Pulau Bintan, Indonesia
- Pulau Penyengat, Indonesia
- Singapura
P/S : Perkongsian info dan maklumat ini adalah rangkuman beberapa rakaman video mengenai sesi lawatan dan ziarah ke makam-makam yang bersejarah dari 3 lokasi melalui rentasan sempadan 3 buah negara. Negara-negara tersebut meliputi sebuah Gugusan Kepulauan Melayu yang besar (merangkumi Indonesia, Malaysia dan Singapura). Akan tetapi persempadanan negara-negara ini telah dipisahkan oleh faktor-faktor sejarah dan juga penaklukan penjajah daripada negara-negara yang berbeza-beza. Semoga perkongsian yang serba ringkas ini dapat memberikan manfaat dan penambahan ilmu mengenai sejarah dan keperibadian tokoh-tokoh ulamak ini yang sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t. sehingga ke hari pembalasan. Aamiin Ya Robbala'lamiin. Sekian.
Anda boleh sertai mana-mana pautan Telegram yang disediakan kerana info diposkan dan dikemaskinikan di sini.
Di sini, adalah saluran bagi ahli yang berminat untuk membaca dan dapatkan maklumat.
Anda boleh sertai saluran info di :-
1. Kempen Beli Produk Muslim t.me/InfoProdukMuslim
Antara info-info yang dikongsikan di sini :-
• Produk-produk Keluaran Muslim
• Kisah-kisah Berbentuk Motivasi
• Koleksi Video Kuliah-kuliah Agama
2. Kumpulan Penyatuan Ummah 2018 https://t.me/joinchat/Ahd_3FKfSdexaCy1UV7v1A
Antara info-info yang terkandung di sini :-
• Kisah-kisah Akhir Zaman
• Bahan-bahan Arkib Sejarah
• Cerita-cerita Konspirasi Politik di Seluruh Dunia
#info #channel #telegram #muslim #intro
No comments:
Post a Comment