Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 20 July 2020

5 Cabaran...

5 Cabaran Pengeluar Produk Muslim

Ada beberapa soalan yang timbul daripada pengguna hingga  membuatkan para penjual kadangkala bingung (mati akal). Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan di bawah ini.

• "Kenapa harga MAHAL? Produk xxxx boleh jual murah".

• "Muslim ke ni? Takde halal pun".

• "Mana nak dapat produk ni? Itulah produk Muslim susah dapat. Bukan tak nak sokong."

Apakah pandangan anda?

Ini baru sebahagian persoalan yang timbul daripada para pengguna dan pembeli di kalangan Muslim itu sendiri. Ada juga sebahagian soalan yang tidak mampu untuk dijawab oleh para penjual Muslim.

Sedikit perkongsian mengenai 5 cabaran terbesar bakal diterima oleh para pengeluar produk-produk Muslim.

1. Kos pengeluaran yang tinggi antara faktor mengapa harga produk Muslim sedikit tinggi berbanding produk keluaran lain.

Pengeluar Muslim berskala kecil dan biasanya mengambil bahan mentah dalam kuantiti yang mereka mampu. Sesuai dengan saiz kilang, sumber modal yang kecil dan bersesuaian dengan kapasiti pengeluaran.

Ramai pengeluar mengambil barang daripada rantaian pemborong sahaja dan bukan secara terus dari pengeluar bahan mentah. Harga pemborong ini telah diletakkan dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga daripada pengeluar. Perkara ini sahaja telah menunjukkan perbezaan kos yang begitu ketara. Ini belum lagi diambil kira daripada kos-kos lain yang sedia ada dan bakal ditanggung oleh pengeluar Muslim.

2. Saluran pengedaran yang sangat terhad. Ini antara faktor susahnya untuk mendapatkan barang-barang keluaran Muslim. Cuba lihat berapa banyak pasaraya utama atau kedai-kedai runcit Muslim di tempat anda?

Selain itu, untuk memasukkan barang-barang di kedai juga ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi. Ianya bukan semudah seperti menghantar barang secara terus kepada pelanggan. Isu-isu seperti terma kredit, pembungkusan, kebolehpasaran produk, barkod dan beberapa perkara lain masih perlu diambil kira.

3. Sijil Halal juga menjadi isu apabila produk dikeluarkan oleh orang-orang Muslim sendiri. Bagi mendapatkan sijil halal itu sendiri, ada beberapa isu yang perlu diambil kira.

Isu-isu seperti kilang, bahan mentah, peralatan, pembekal bahan mentah dan beberapa kriteria lain juga bukanlah suatu perkara yang mudah untuk disediakan oleh pengeluar. Mereka juga telah berusaha sehabis baik. Segala usaha mereka tersebut telah dipertingkatkan sedikit demi sedikit. Hanya para pengeluar sahaja yang tahu betapa besar cabaran dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi setiap masa.

4. Pengeluaran berskala besar. Ini juga antara cabaran terbesar pengeluar. Para pengeluar kadangkala tidak mampu seperti yang dibincangkan di dalam perkara utama tadi (kos pengeluaran). Maka berlakulah konsep OEM (original equipment manufacturer ataupun pengeluar peralatan asal) dalam penghasilan pengeluaran produk.

Penggunaan kilang OEM adalah antara cara-cara yang lain bagi membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran produk dan juga penambaikan lain seperti sijil halal dan pembungkusan.

Namun, hanya pengeluar yang mempunyai sumber modal yang berskala besar sahaja mampu untuk menggunakan perkhidmatan kilang OEM.

Justeru itu, timbul isu yang dibangkitkan di sini iaitu berkenaan dengan integriti. Apabila perkhidmatan kilang OEM ini digunapakai, maka, pihak-pihak yang terlibat haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dalam menguruskan setiap operasi di kilang. Ini adalah kerana tanpa pengeluaran yang mencukupi, maka ianya tidak dapat untuk menampung dan memenuhi kehendak serta keperluan pasaran daripada pengguna.

Ini adalah antara cabaran dan risiko besar yang bakal dihadapi dan difikirkan oleh para pengeluar setiap hari.

Sekiranya anda lihat begitu ramai pemilik produk Muslim mampu serta berkeupayaan untuk menggunakan konsep kilang OEM, maka mereka hanya perlu fokus kepada pemasaran produk. Persoalan yang dibangkitkan di dalam isu ini ialah berapa ramaikah pengilang OEM produk-produk makanan Muslim di Malaysia? Inilah yang perlu kita fikirkan secara bersama.

5. Sokongan orang Muslim itu sendiri. Ya. Kita masih banyak kekurangan dari segenap aspek dalam perniagaan jika nak dibandingkan dengan penglibatan kaum-kaum lain dalam bidang ini. 

Namun begitu, kita haruslah memberikan sokongan di atas dasar pembangunan ekonomi ummah. Oleh itu, tidak mustahil suatu hari nanti, akan tiba pula giliran para pengeluar produk Muslim bakal mampu mengatasi segala cabaran dan dugaan dalam memenuhi tuntutan fardu kifayah ini.

Teguran membina itu amat di perlukan. Kritikan bersifat menjatuhkan tidak akan memberikan sebarang manfaat kerana ianya bakal mengundang perbalahan sesama kita.

Sebagai penutup, Kempen Beli Produk Muslim (BMF) ini adalah merupakan satu pendekatan terbaik setakat ini dalam membangunkan semula ekonomi ummah di Malaysia.

Ayuh! Kita sama-sama menyokong mengikut kepada kemampuan yang mampu kita sumbangkan demi pembangunan ekonomi ummah. Usah persoalkan usaha orang lain, akan tetapi, adakah kita sendiri telah menjalankan tanggungjawab kita?

Sokonglah para penjual, pengedar, pemborong dan pengeluar Muslim.

Semoga Kempen #bmf diteruskan sampai bila-bila. Tanpa bersatu suara, tanpa kempen dengan tekad yang jitu maka kita tidak mampu untuk menjayakannya.

SENTIASA SOKONG PRODUK MUSLIM, BUY MUSLIM FIRST (BMF) SELAMANYA.

Utamakan Produk-produk Muslim

Istiqomah Jihad Ekonomi Islam Sampai Kiamat

Prinsip ini ditanam dan disemai dalam setiap Jiwa Muslim. BMF. In shaa Allah, aamiin.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...