Bitcoin sebagai sistem pembayaran
Sejak ribuan tahun dahulu, kita tidak mempunyai masalah untuk membuat urusniaga berkaitan dengan wang dan duit. Ini adalah kerana transaksi tersebut boleh dilakukan kerana kepercayaan dengan urusniaga setempat yang mudah dan ringkas sesama penduduk setempat seperti di kampung-kampung dan juga sesama penduduk desa. Akan tetapi, apabila berlakunya perubahan sistem urusniaga seperti di dalam talian, maka, bagaimana caranya kita boleh uruskan urusniaga tersebut dengan mudah dan lancar? Suatu ketika dahulu Sistem Barter digunakan iaitu hanya bertukar barang antara satu sama lain, seperti yang kita lakukan dengan wang tunai hari ini. Maka, apabila ketika wang bergerak dalam talian, perkara tersebut menjadi sedikit sukar dan cara sistem bank dan kad kredit menguruskannya pula adalah dengan membuat 'sistem lejar' - pada asasnya catatan akaun menunjukkan pemilik akaun tersebut.
Sebagai contoh, jika John ingin memindahkan $ 100 kepada Sarah dalam talian, bank akan memindahkan wang dari John kepada Sarah. John tidak dapat melakukannya sendiri kerana ada risiko yang mungkin akan ditipu - kerana dia boleh menyalin dan menampal wang digital (hanya nombor di komputer) dan sistem itu boleh menghantar $ 100 kepada dua orang yang berbeza ; tiada siapa yang tahu. Oleh itu, sistem perbankan dalam talian diperlukan kerana pengguna-pengguna dalam talian lebih mempercayai bank untuk menghantar wang tersebut dan bank dapat memastikannya hanya boleh dihantar kepada satu orang. Tanpa kita sedari bahawa bank juga boleh menipu, tetapi perkhidmatan yang disediakan oleh mereka membolehkan kita untuk mempercayai mereka sepenuhnya.
Sistem perbankan secara dalam talian mempunyai sedikit kelemahan iaitu sekiranya dilakukan untuk pemindahan untuk dua akaun bank yang berbeza. Ini adalah kerana untuk kedua-dua akaun bank yang berbeza ini, mereka mempunyai sistem lejar yang berbeza-beza. Oleh itu, untuk memudahkan pemindahan kedua-dua akaun bank yang berbeza tersebut sedikit cas akan dikenakan. Selain itu, apabila pemindahan berlaku di bank atau sistem kewangan lain di negara asing, maka ia menjadi lebih rumit : disebabkan oleh bahasa, sistem, mata wang yang berlainan, dan lebih banyak pihak yang mengkoordinasikan dan sebagainya, sehinggalah bayaran dan masa pemindahan menjadi semakin meningkat. Itulah sebabnya sistem kewangan semasa menjadi sangat kompleks. Situasi ini hanya melibatkan pelbagai sistem buku besar lejar di seluruh dunia.
Bitcoin akan mengubah semua ini. Bagaimana? Di dalam rantaian blok (blockchain) ia hanyalah satu sistem lejar global yang menyeragamkan sistem seluruh internet, supaya semua orang dapat mengakses akaun lejar yang sama dalam masa nyata tidak kira siapa dan di mana mereka berada. Hasilnya? Wang transaksi dapat dipindahkan dengan mudah dan pantas di antara semua pihak tanpa berlakunya kelewatan masa serta bayaran yang terlalu tinggi. Ianya akan berlaku sama seperti dulu sebelum pasaran kewangan dunia menjadi besar dan rumit.
Kenapa pengguna menggunakan Bitcoin sebagai sistem pembayaran? Ianya adalah disebabkan perilaku kebiasaan apabila seseorang menghantar wang biasa : seperti hantar kepada rakan dan keluarga - sama ada tempatan ataupun di luar negara, membeli barang dalam talian, dibayar untuk pekerjaan mereka dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment