Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 15 July 2020

Makam Para Ulama Di Singapura

Arkib : 23 Disember 2019

Hari 5: Makam Syeikh Taha as-Suhaimi, Syeikh Fadhlullah as-Suhaimi, Syeikh Ibrahim Chisti, Singapura

KEMBARA 3PULAU3NEGARA - ZIARAH MAQAM di PUSARA ABADI, SINGAPURA


Info Tambahan :-

Di bawah ini adalah info ringkas yang disertakan sekali dengan teks penuh seperti di dalam Saluran YouTube.

Kembara 3 Pulau 3 Negara

Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek
Malaysia - Indonesia - Singapura
Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor
19 - 23 December 2019 Tanah Perkuburan Pusara Abadi
Sekembalinya kami dari Kepulauan Riau, Jejak Kembara kami di teruskan ke Kota Temasek atau nama kini adalah Singapura. Destinasi pertama kami adalah Tanah Perkuburan Pusara Abadi.
Di sini keberadaan Maqam-maqam Ulama' Singapura seperti
:
  1. Sheikh Muhammad Taha As Suhaimi
  2. Sheikh Muhammad Fadhlullah As Suhaimi
  3. Sheikh Ibrahim Kassim Al Chisti
Juga di sini kami berkesempatan melihat kubur-kubur yang di korek dan di tanam semula selepas 15 tahun di tanam. Kerana kekurangan tanah di Singapura, kubur di buat secara sistem bertingkat dan di dalam satu liang lahad akan di satukan mengikut keluarga ataupun masa. Dalam rakaman kita dapat lihat ada liang lahad yang di simpan 8 nama, dan ada juga sehingga 16 orang bagi yang tidak dapat di kenal pasti.
Kami juga berpeluang melihat kubur yang hanya mempunyai 1 nama, bagi kubur ini pula, membawa maksud jasad Almarhum/Almarhumah masih terjaga rapi dan elok tidak di makan bumi. Ini menunjukkn betapa kebesaran, kekuasaan dan keagungan Allah SWT dlm menjaga hamba-hamba Nya yang tinggi amalannya dan sentiasa menjaga agamanya ketika hidup. Sesungguhnya terdapat 4 golongan yang Allah telah janjikan nikmat-nikmat Nya :
  1. Para Anbiya
  2. Para Siddiqin
  3. Para Solehin
  4. Para Syuhada
Adakah kita mampu tergolong dalam golongan di atas? Berusahalah kita demi untuk mendapat rahmat dan redha dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...