"Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu"
Gambar yang dirakamkan sewaktu kejadian malam yang sunyi
Alahai, kenapalah malam-malam ini juga gambar perempuan berambut panjang kain putih yang keluar. Meremang bulu roma.
Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu”
BAGI mana-mana individu yang pernah berdepan peristiwa mistik, pengalaman itu pastinya sentiasa menghantui mereka. Malah, kita sejak kecil juga sudah tentu sering disajikan dengan pelbagai cerita hantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.
Terbaharu, satu posting mengenai hantu yang dibuat menerusi laman Facebook Saya Anak Perlis ternyata mencuri tumpuan ramai.
Gambar lokasi hutan yang menjadi tempat persinggahan entiti dan makhluk halus
"Jujur. Hangpa kalau jumpa ni hangpa buat apa?" soal seorang wanita menerusi posting itu.
Pada masa sama, dia turut menyertakan sekeping foto seorang penunggang motosikal yang terserempak dengan satu entiti mistik berpakaian serba putih di sebuah jalan yang sunyi.
Sehingga kini, lebih 800 pelayar Facebook memberi komen mengenai tindakan yang akan dilakukan jika mereka berdepan peristiwa seperti itu. Selain berkongsi kisah masing-masing, ada yang turut memberikan pelbagai cadangan.
Ada yang memberi cadangan agar individu berhadapan situasi itu membaca doa dan ayat al-Quran, ada pula yang beranggapan lebih baik meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan kelibat itu.
PELAYAR FACEBOOK
Gambar antara pendapat-pendapat daripada pelayar di Facebook
"Ish jadi kat aku, nak lari nak u-turn nak pengsan jadi serba tak keruan".
"Berhenti dan lihat dengan hati-hati. Minta berlindung kepada Allah. Baca ayat Qursi sampai dia ghaib. Berlalu pergi walau dalam keadaan takut".
"Orang tua dulu-dulu kata kalau nampak hantu londeh seluar".
"Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu... kalau tak percaya pergi dekat dia berhenti pasti dia akan hilang cuba buat kalau tak percaya".
"Kalau sorang aku patah balik. Kalau dua orang ke atas sumpah aku langgar," tulis beberapa netizen.
Selain itu, ada yang turut berjenaka kononnya mahu mengajak entiti mistik tersebut untuk naik motor bersama.
"Ajak naik motor. Kesian tengok duduk tengah jalan".
"Nak suruh dia tumpang je. Kesian dia".
"Minta nombor ekor," tulis seorang lagi netizen secara berjenaka.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
No comments:
Post a Comment