Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 5 July 2020

Syeikh Muhammad Said al-Linggi

Arkib : 19 Disember 2019

Video Hari 1:


Makam Syeikh Muhammad Said al-Linggi

Sejarah Ringkas :-

• Al Alamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Muhammad Said Linggi (1875-1926)

Nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Said Bin Syeikh Jamaluddin Linggi Bin Haji Idris Bin Haji Abdul Mukmin Linggi Bin Syeikh Muhammad Nakhoda al Minankabawi. Beliau adalah seorang ulamak dan pernah menulis sebuah kitab mengenai ilmu tarikat. Allahyarham mempunyai karamahnya yang tersendiri iaitu dapat menjinakkan buaya yang mengganas di salah sebuah sungai di Negeri Kedah.

#info #gambar #link #website #video

Teks Tambahan :-

Di bawah ini adalah info tambahan teks yang disertakan seperti di dalam Saluran YouTube

Kembara 3 Pulau 3 Negara Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek Malaysia - Indonesia - Singapura Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor 19 - 23 December 2019 Maqam Sheikh Muhammad Said Linggi Al Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Muhammad Said Linggi | Salah Seorang Dari 7 Wali Melayu ( 1875 - 1926 ) Namanya terukir sebagai salah seorang dari Wali Allah Melayu yang penuh karomah dan punyai banyak kisah kewalian . 6 yang lain ialah : 1. Tok Kenali 2. Tuan Hussin Kedah al Banjari 3. Habib Nuh 4. Tuan Tulis 5. Syeikh Muhammad Nor al Kholidi 6. Tokku Paloh Nama lengkapnya ialah Syeikh Muhammad Said Bin Syeikh Jamaluddin Linggi Bin Haji Idris Bin Haji Abdul Mukmin Linggi Bin Syeikh Muhammad Nakhoda al Minankabawi. Ibunya seorang ahli Quran yang alim ilmu qiraat bernama Hajah Shafiyah Binti Syeikh Haji Muhammad Shalih al Fathani . Beliau dilahirkan di Mekah dan pada usia 7 tahun, ibunya telah membawa beliau ke Patani . Mendapat pendidikan awal di pondok sekitar Patani sebelum berangkat semula ke Mekah pada tahun 1892 sekitar usianya 17 tahun . Dengan Thariqat Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat Ahmadiyah meliputi Cam di Kemboja, Patani, Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura dan Brunei Darussalam. Syeikh adalah seorang wali Allah yang dikurniakan Allah Taala dengan berbagai karomah . Antara kisah kewaliannya yang pernah diceritakan ialah : 1. Sewaktu menziarahi Makam Nabi s.a.w di Madinah. Ketika mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w , tiba-tiba terdengar suara dari makam Rasul mulia itu menjawab salam beliau . 2. Semasa menjalankan misi dakwah di Kota Bahru, Kelantan ketika hendak menyeberangi Sungai Kelantan, pemilik bot yang hendak ditumpangi ke seberang tidak membenarkannya menaiki bot tersebut kerana muatan telah penuh. Beliau diminta menunggu bot berikutnya. Namun apabila bot tersebut sampai di seberang, pemilik dan semua penumpang amat terkejut apabila mendapat beliau telahpun berada seberang sungai tesebut 3. Sewaktu berdakwah di Kedah, Syeikh Muhammad Said dikatakan berjaya menjinakkan buaya yang selalu mengganas di sebatang sungai di negeri tersebut. Beliau berkeras mandi ke sungai berkenaan walaupun telah ditegah oleh penduduk kampung kerana buaya-buaya di sungai berkenaan ganas. Penduduk kampung berkenaan tergamam apabila melihat Syeikh Mohammad Said tidak diapa-apakan oleh buaya-buaya yang berkeliaran di sekitarnya. Malahan beliau dilihat mengusap lembut buaya-buaya berkenaan. 4. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama serombongan orang, ketika itu cuaca agak panas dan kebanyakan semua orang dalam rombongan tersebut merasa dahaga. Namun mereka tidak mendapati air untuk diminum. Kebetulan ada dikalangan ahli rombongan yang membawa cerek kosong. Syeikh Muhammad Said mengambil cerek tersebut dan berdoa. Setelah itu beliau menuangkan cerek itu seolah-olah ianya berisi. Sekonyong-konyongnya keluarlah air dari cerek tersebut dan cukup untuk menghilangkan dahaga kesemua rombongan tersebut . 5. Suatu ketika, tiga pemuda berhajat menemui Syeikh Muhammad Said untuk mengajukan permasalahan masing-masing. Kebetulan ketika mereka sampai bertepatan masuknya waktu solat. Lalu mereka solat berimamkan Syeikh Muhammad Said dan bercadang mengajukan masalah masing-masing setelah selesai solat tersebut. Selepas solat, berwirid dan berdoa, Syeikh Muhammad Said memjawab permasalahan ketiga-tiga pemuda tersebut tanpa sempat mereka mengemukakannya terlebih dahulu kepada beliau . Beliau telah meninggalkan 16 orang zuriat dan diantara mereka ada yang menjadi tokoh agamawan yang mahsyur . Mereka adalah : 1. Sheikh Haji Abdullah Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi ( 1905 - 1956 ) - Khalifat Tarekat Ahmadiyyah 2. Sheikh Haji Ahmad Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi ( 1910 - 1964 ) - Mufti Negeri Sembilan 3. Sheikh Haji Mansor Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi ( Meninggal 1981 ) 4. Sheikh Haji Abdul Rashid Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi 5. Sheikh Haji Mohd Nor Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi ( Meninggal 1981 ) 6. Sheikh Haji Abdul Hamid Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi 7. Sheikh Haji Ibrahim Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi 8. Syeikh Haji Muhammad Redza Bin Sheikh Haji Muhammad Said Al-Linggi ( 1912 - 1992 ) Beliau meninggal dunia ketika berusia 51 tahun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Ampangan. Seremban. Dikatakan lebih kurang 5000 orang mengiringi jenazahnya termasuk Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu, Tunku Muhammad.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...