Arkib : 21 Disember 2019
Hari 3: Makam Daeng Marewah dan Daeng Celak, Pulau Bintan
Hari 3: Makam Daeng Marewah dan Daeng Celak, Pulau Bintan
KEMBARA 3 PULAU 3 NEGARA - PULAU BINTAN (DAENG MAREWAH DAN DAENG CELAK)
Info Tambahan :-
Di bawah ini adalah info ringkas yang disertakan seperti di dalam Saluran YouTube.
Makam Daeng Celak - Yang Dipertuan Muda Riau II (1728-1745)
Daeng Celak
Daeng Celak (mangkat Mei 1745) ialah Yang Dipertuan Muda Riau II yang memegang jawatan itu sejak 1728 hingga 1745 menggantikan saudaranya Sultan Alauddin Shah Ibni Daeng Marewah, Yang Dipertuan Muda Riau I (Marhum Sungai Baru). Baginda berkahwin dengan Tengku Mandak, saudara Sultan Sulaiman dan memiliki 2 orang anak, iaitu Raja Lumut dan Raja Muhammad.
Baginda ialah orang yang menjadikan Riau sebagai sebuah pelabuhan yang maju dan memerintahkan penduduk Riau menanam lada hitam dan gambir. Baginda seorang panglima perang yang berani dan ahli siasah yang bijaksana sehingga Riau ketika itu mahsyur di segenap Alam Melayu sebagai negeri yang disegani. Keturunannya menjadi pewaris kepada jawatan Yang Dipertuan Muda sehingga keturunan terakhirnya yang menjadi Yang Dipertuan Muda, Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda XI.
Baginda mangkat di Ulu Riau pada Mei 1745 dan dimakamkan di sana dan baginda digelar Marhum Mangkat di Kota oleh orang-orang Riau.
Makam Daeng Marewah - Kelana Jaya Putera Yang Dipertuan Muda Riau I (1721-1728)
Daeng Marewah
Daeng Marewah atau Kelana Jaya Putera (mangkat 7 Ogos 1728) ialah saudara yang paling tua Bugis 5 Bersaudara daripada Makassar, Sulawesi yang datang ke Johor. Baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama (1722 - 7 Ogos 1728).
Baginda mengambil gelaran Yang Dipertuan Muda Riau. Baginda mangkat pada 7 Ogos 1728 dan telah dimakamkan di Sungai Baru, Riau dan digelar Marhum Sungai Baru.
Sultan Selangor mencemar duli dengan menziarahi Makam Daeng Celak, salah seorang daripada 5 orang bangsawan Bugis bersaudara
Salasilah Keturunan Asal Bugis menurut Kitab Tuhfat Al Nafis
No comments:
Post a Comment