Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 8 May 2022

SEJARAH AIDILFITRI

SEJARAH AIDILFITRI : Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin


TAHUKAH ANDA SEJARAH AIDILFITRI BERKAIT RAPAT DENGAN PEPERANGAN BADAR!??

Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah Arab telah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan 'Nairuz' dan 'Mahrajan.' Kedua-dua perayaan ini merupakan tradisi yang berasal dari zaman Parsi Kuno.

Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian, seperti tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi dan memakan makanan enak dan minuman memabukkan. Ketika itu juga setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing.  Setelah itu, turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan pada tahun 2 Hijrah. 

Rasulullah S.A.W. bersabda:

Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik, yakni Aidilfitri dan Aidiladha.”(Hadis Riwayat Daud dan Nasai)

Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan walau 313 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy.

Jadi pada tahun itu, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat merayakan dua kemenangan, iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menakluk hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Dari sinilah lahirnya ungkapan ‘Minal ‘Aidin wal Faizin’ yang lengkapnya ungkapan doa kaum Muslim saat itu:

‘Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin’ : ‘Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang kembali (dari Perang Badar) dan mendapatkan kemenangan’.

Diriwayatkan, Rasulullah S.A.W dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri yang pertama dalam keadaan luka-luka yang masih belum pulih dan letih akibat Perang Badar. Dari Jubair bin Nufair, dia berkata, bahawa jika para sahabat Rasulullah S.A.W. pada hari raya Aidilfitri (dan Aidiladha) dan berjumpa satu sama lain, mereka saling mengucapkan:

Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian).”

Menurut Ibnu Katsir, pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, Rasulullah S.A.W. pergi meninggalkan masjid menuju ke suatu kawasan lapang dan menunaikan solat Aidilfitri di situ. Sejak itulah, Baginda dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri di lapangan terbuka.

Jadi Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam, bukan sahaja sebagai kemenangan dalam bentuk fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menakluk nafsu dalam bulan Ramadan.

Seharusnya, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan membanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. bersempena dengan kemuliaan hari kemenangan itu. Diterangkan dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, maksudnya; 

Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.”

Ini bermakna, seseorang muslim itu sangatlah digalakkan dan dituntut agar menghidupkan hari raya dengan segala amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. bagi menjamin hati agar tidak mati dan menjadikan iktikad (pegangan hidup) tetap dan teguh di landasan kebenaran yakni SYARIAT yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W...

SALAM LEBARAN 1443 
MINA AL AIDIN WAL FAIZIN

SUMBER:
Ensiklopedia Islam.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

43 Tahun Setelah Perang Uhud


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...