Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 9 May 2022

09 Mei 2018

Peristiwa Pada 09 Mei 2018


Hari ini 4 tahun yang lalu, Barisan Nasional kalah buat pertama kalinya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Barisan Nasional (BN) tertubuh pada 1 Januari 1973 sebagai kesinambungan kepada parti Perikatan yang diasaskan pada 1952 hasil gabungan parti UMNO, MCA & MIC untuk berjuang memperoleh kemerdekaan dengan membentuk pentadbiran sendiri.

Dari Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama pada 1955, gabungan 3 parti itu mendominasi politik Malaya/Malaysia. Parti Perikatan berjaya memenangi setiap edisi PRU & membentuk kerajaan walaupun ada beberapa edisi yang mencatat penurunan prestasi.

Namun kemerosotan mula terlihat pada PRU ke-12 pada 2008, di mana ketika itu BN di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti asas (lebih 1/2 tapi tidak sampai 2/3 jumlah kerusi).

Dalam PRU seterusnya pada 2013, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak berjaya meneruskan penguasaan atas dasar sistem 'first-past-the-post', namun tewas undi popular buat kali pertama dalam sejarah kepada gabungan pembangkang.

BN berdepan pembangkang yang lebih kuat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gandingan dengan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Harapan (PH) menuju PRU ke-14.

Apabila Parlimen dibubarkan dengan rasminya pada 7 April 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 9 Mei itu menjadi tarikh pengundian PRU 14. Pada hari tersebut, 82.32 peratus pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab.  

Hanya pada sekitar 4.40 pagi hari berikutnya, SPR mengumumkan secara rasmi bahawa PRU-14 dimenangi oleh PH yang memperoleh 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah. BN hanya memenangi 79 kerusi, hilang 54 kerusi yang dipegangnya.

Selepas lebih 60 tahun menjadi parti pemerintah, BN akhirnya tumbang secara demokratik di tangan rakyat & menyaksikan buat kali pertama negara ditadbir oleh parti selainnya.

Sumber: Astro AWANI, SPR, laman web rasmi BN

#PeristiwaHariIni #AWANInews


Dah seminggu Raya.

Dah genap 4 Tahun selepas PRU 14. 

Banyak dalam ingatan. Banyak yang dipelajari.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Tangisan kanak-kanak ini mungkin akan menggegarkan hati dan perasaan anda sekarang...



Peristiwa Sepanjang 22 Bulan Pakatan Harapan Mentadbir Malaysia Baharu



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...