Arkib : 13 March 2019
Kisah Perak Sambut Aidilfitri Awal Sehari Pada Tahun 1983
Gambar 1 : Sultan Idris Shah - Sultan Perak
Pada tahun 1983, buat julung pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Ianya berlaku pada musim akhir bulan Ramadhan di mana semua umat Islam menantikan kedatangan bulan Syawal pada tahun 1983. Satu ketika dahulu sewaktu Perak di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah. Jika anda orang lama, bolehkah anda kongsikan pengalaman berhari raya awal sehari itu?
Kisahnya bermula apabila beberapa kumpulan nelayan yang pulang dari menangkap ikan di laut telah terlihat anak bulan dan berita itu telah sampai ke darat dengan cepat. Dikatakan ianya diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu. Namun, tiada rekod dan bukti khas untuk mengukuhkan kenyataan ini dalam menjadi permulaan kepada kisah sambutan perayaan awal sehari di Negeri Perak ini.
Gambar 2 : Johor dan Perak Sambut Aidilfitri Awal Sehari?
Cerita berkenaan dengan anak bulan tersebut juga dikatakan telah sampai ke mufti dan menurut mufti, ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku Sultan, kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengisytiharkan hari raya. Apabila perkhabaran tersebut telah dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku Sultan, baginda terus mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak dan Johor telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri-negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei.
Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan loud speaker untuk mengumumkan hari raya ke seluruh bandar dan pelusuk kampung. Baginda dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih. Kebiasaannya kini, apabila hari raya pertama kita akan dapat melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan sudah tidak perlu menggunakan teropong.
Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal, ia terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain. Kini setelah berpuluh tahun berlalu, penentuan bulan puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana ia sudah sudah bertahun-tahun selari dan ada dicatatkan dengan kalendar dengan kiraan yang betul. Sejak dari itu, sambutan perayaan aidilfitri tidak pernah lewat dan tidak pernah awal.
Dahulu, orang ramai akan menanti di depan televisyen atau radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor. Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992. Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.
Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sepadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.
By Freddie Aziz Jasbindar - 13 March 2019. Kredit: OrangPerak.com
#info #gambar #sejarah #fakta
No comments:
Post a Comment