Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 11 May 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 5)

Movement Control Order (MCO 5) PKP FASA 5 DARI 13 MEI HINGGA 09 JUNE 2020

Antara Intipati Penting Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mei 2020
  • Pelaksanaan PKPB lancar dan teratur sejak ia bermula 4 Mei lalu - PM Muhyiddin
  • COVID-19: Kes baru kekal rendah dan terkawal, kadar kesembuhan tinggi - Muhyiddin
  • PM Muhyiddin ucap terima kasih kepada kerajaan negeri buka sektor ekonomi di negeri masing-masing.
  • COVID-19: Kini hanya ada 4 kawasan dengan status zon merah - PM Muhyiddin
  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan sehingga 9 Jun, 2020 - PM Muhyiddin
  • Larangan pergerakan antara negeri kekal dalam tempoh PKPB - PM Muhyiddin
  • SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi - PM Muhyiddin
  • Tempoh rayuan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020 - PM Muhyiddin.
  • Kerajaan beri kelonggaran buat pasangan suami isteri di negeri berbeza untuk rentas negeri - PM Muhyiddin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
English Version
  • Implementation of the EMCO has proceeded smoothly since it was launched on May 4 - PM Muhyiddin.
  • PM Muhyiddin thanks state governments for opening up economic sectors in their respective states
  • Number of new COVID-19 cases has remained low and under control, and there has been a high rate of recovery - PM Muhyiddin.
  • Enhanced Movement Control Order (EMCO) extended till June 9, 2020 - PM Muhyiddin
  • Prohibition on inter-state travel remains under Conditional MCO - PM Muhyiddin
  • SOPs on Friday and congregational prayers being fine tuned - PM Muhyiddin

#Notacikfaisal

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) @ Movement Control Order (MCO) bermula pada PKP1 kini di sambung lagi ke PKP5
  • PKP1 (fasa 1)
  • PKP2 (fasa 2)
  • PKP3 (fasa 3)
  • PKP4-12 MEI (fasa 4)
  • PKPB (sedikit kelonggaran dan dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)
  • PKP5 (fasa 5 bermula dari 13 Mei hingga 09 JUNE 2020)

Antara beberapa pengumuman penting oleh PM 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) tadi :
  1. Tak boleh balik raya.
  2. Tapi kita boleh beraya ke rumah jiran tetangga dan satu negeri.
  3. Tak boleh rentas negeri.
  4. Tapi bagi pasangan yang kerja di negeri lain diberikan kelonggaran untuk pergi balik jumpa keluarganya. Mohon di GERAK.
  5. Tak boleh duduk rapat.
  6. Kerajaan perlu masa kaji SOP solat berjemaah di masjid.
  7. Tempoh rayuan BPN dipanjangkan sehingga 31 Mei.

Intipati Penting Perutusan Khas PM 10 Mei 2020
  1. Kepatuhan rakyat memuaskan.
  2. Peratusan sembuh tinggi.
  3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
  4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
  5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
  6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
  7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
  8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 hingga 18 bulan.
  9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
  10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
  11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
  12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
  13. PM menasihati supaya rakyat bersabar.
  14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
  15. Pastikan rumah sentiasa bersih.
  16. Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
  17. Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. Jaga jarak.
  18. SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula.
  19. Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
  20. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
  21. Sejumlah 2.3 juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11 bilion.
  22. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
  23. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
  24. Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
  25. Selamat Menjalani ibadah puasa.

Sekian.
Disediakan dan diringkaskan oleh:
AR.Azmil

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...