Bila tiba bulan Ramadan, selain daripada umat islam diwajibkan berpuasa dan memperbanyakkan ibadah, kita sebagai umat Islam pasti akan terkenang sejarah Perang Badar yang mana tentera Islam yang diketuai Nabi Muhammad S.A.W menang dalam peperangan tersebut di bulan Ramadan.
Apa yang mengagumkan dalam peperangan ini, tentera Islam hanya bertempur dengan 313 kekuatan tentera sahaja dan melawan 1,000 tentera musuh. Ikuti kisah penuh yang diceritakan Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, pada ruangan kali ini dalam Bayan Linnas sengaja kami paparkan kisah sejarah perang Badar ini kerana ia berlaku pada bulan Ramadan. Justeru kami namakan tajuk pada kali ini dengan Badar Kubra: Inspirasi dan Ibrah Daripadanya. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua dalam memahami sirah Rasulullah S.A.W. untuk menegakkan agama Allah dan syiarnya.
Ghazwah Badar al-Kubra
Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi SAW mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walau bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Sufian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Sufian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.
Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansar. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi SAW memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansar. Baginda ingin mengambil pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik.
Kemudian Ansar menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz, ketua Ansar, berkata kepada Baginda:
“Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu. Oleh itu, teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorangpun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami esok. Kami kaum yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu. Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah.”
Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasulullah S.A.W. merasa gembira dengan jawapan itu, seraya bersabda:
Maksudnya: “Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu kumpulan; sama ada kafilah dagang ataupun angkatan tentera.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya:
“Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?”
Rasulullah S.A.W. menjawab: “Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah”.
Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ. Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasulullah S.A.W. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda:
“Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu.”
Oleh itu, Nabi S.A.W. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasulullah S.A.W. meluruskan barisan orang Islam, membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid.
Baginda bersabda:
والذي نفسي بيده، لا يقاتلهم اليوم رجل فيقتل صابرا محتسبا مقبلا غير مدبر آلا آدخله الله الجنة
Maksudnya: “Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.”
Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasulullah S.A.W. mula berdoa. Antara doa Baginda:
اللهم آني أنشدك عهدك ووعدك اللهم آن تهلك هذه العصابة من آهل الاسلام (المؤمنون المحاربون) لا تعبد في الآرض
Maksudnya: “Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi.”
Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: “Cukuplah. Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu.”
Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya iaitu Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasulullah SAW menerima cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.
Hikmah di dalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan secara tidak langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.
Ibrah dari Badar Kubra
- Perjuangan Pasti Diuji
Menjadi lumrah apabila Islam berkembang ia akan mendapat tentangan. Ini adalah sunnah perjuangan Islam yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita. Ketika Islam lemah mereka buat tidak mengendahkan orang Islam, tetapi apabila ia semakin kuat, mereka mengganggu gugat. Maka inilah yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W. di dalam peperangan Badar. Orang Islam hanya untuk menyekat kafilah perniagaan yang membawa barang dagangan sahaja, bukan hendak berperang. Tetapi apabila mereka mahu berperang, maka Nabi S.A.W. dan para sahabat tidak akan mudah mengalah begitu sahaja demi maruah Islam.
- Pertahan Islam, Bukan Agenda Peribadi
Ketika menghadapi saat genting, Baginda bermunajat dengan Allah demi survival Islam, bukan keselamatan baginda dan keluarganya.
اللَّهُمَّ أَنْجِزْنِيْ مَا وَعَدْتَنِيْ. اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ. اللّهُمَّ إِنْ تَهْلِك هَذِهِ الْعِصَابَة لاَ تُعْبَد في الأرض
“Ya Allah Ya Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Jika binasa kumpulan ini, nescaya tiada siapa lagi yang menyembahMu di dunia ini.”
- Lazimi Syura
Walaupun baginda seorang Rasul yang diberi wahyu oleh Allah, namun Baginda diajar supaya di dalam satu keputusan besar mesti diputuskan secara bersama. Baginda melakukan demikian untuk mentarbiyah umatnya untuk melazimi syura. Dengan bermesyuarat, Insya-Allah di sana ada keberkatan. Ia amat berbeza dengan keputusan yang diputuskan secara bersendirian.
- Taati Pemimpin
Sikap sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin adalah contoh yang terbaik perlu diikut, terutama saat getir yang memerlukan keputusan yang padu daripada semua pihak. Mereka mentaati apa sahaja arahan Rasulullah S.A.W. bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Di dalam organisasi tidak akan maju sekiranya ahli merasakan beliau lebih pandai daripada pimpinan organisasi.
- Perancangan Rapi dan Berstrategi
Baginda S.A.W. adalah seorang yang pakar dalam strategi peperangan. Ketika meyusun atur dalam peperangan tersebut baginda mengambil kira dari segi kekuatan dan kelemahan pihak Islam dan Kuffar.
- Munajat Doa Kepada-Nya
Rasulullah S.A.W. mengajar kita walaupun kita telah menyusun strategi yang terbaik, namun jangan kita lupa kepada Allah Taala untuk kita menyerahkan segala urusan kepadanya.
- Husnu Thiqah Billah (Sangka Baik Dengan Allah)
Sebagai pejuang Islam, kita mesti mempunyai sangka baik dengan Allah yang pasti membantu setiap hamba-Nya.
- Wehdah Asas Kejayaan
Walaupun bilangan tentera musyrikin Makkah lebih ramai daripada tentera Islam, tetapi mereka tidak bersatu dan berbelah bagi antara takut dan berani. Sedangkan tentera Islam walaupun sedikit, tetapi bersatu hati dan bersatu azam untuk bersama Rasulullah S.A.W. walaupun orang Muhajirin terpaksa berhadapan dengan kaum dan bangsa mereka sendiri. Pada mereka ikatan tauhid mengatasi segala-galanya. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah SAW telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad SAW adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan strategi peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya di dunia atau mati syahid.
Firman Allah SWT:
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٢٣) إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُنْزَلِينَ (١٢٤) بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُسَوِّمِينَ (١٢٥)
Dan sesungguhnnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika kamu berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan? Bahkan (mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing (Surah Ali Imran ayat 123 – 125)
- Sayyiduna Muhammad Rasulullah ﷺ.
- Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله عنه
- Umar bin al-Khattab رضي الله عنه
- Utsman bin Affan رضي الله عنه
- Ali bin Abu Tholib رضي الله عنه
- Talhah bin ‘Ubaidillah رضي الله عنه
- Bilal bin Rabbah رضي الله عنه
- Hamzah bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
- Abdullah bin Jahsyi رضي الله عنه
- Al-Zubair bin al-Awwam رضي الله عنه
- Mus’ab bin Umair bin Hasyim رضي الله عنه
- Abdur Rahman bin ‘Auf رضي الله عنه
- Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه
- Sa’ad bin Abi Waqqas رضي الله عنه
- Abu Kabsyah al-Faris رضي الله عنه
- Anasah al-Habsyi رضي الله عنه
- Zaid bin Harithah al-Kalbi رضي الله عنه
- Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi رضي الله عنه
- Abu Marthad al-Ghanawi رضي الله عنه
- Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
- ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
- Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
- Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib رضي الله عنه
- Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) رضي الله عنه
- Salim (maula Abu Huzaifah) رضي الله عنه
- Sinan bin Muhsin رضي الله عنه
- ‘Ukasyah bin Muhsin رضي الله عنه
- Sinan bin Abi Sinan رضي الله عنه
- Abu Sinan bin Muhsin رضي الله عنه
- Syuja’ bin Wahab رضي الله عنه
- ‘Utbah bin Wahab رضي الله عنه
- Yazid bin Ruqais رضي الله عنه
- Muhriz bin Nadhlah رضي الله عنه
- Rabi’ah bin Aksam رضي الله عنه
- Thaqfu bin Amir رضي الله عنه
- Malik bin Amir رضي الله عنه
- Mudlij bin Amir رضي الله عنه
- Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i رضي الله عنه
- ‘Utbah bin Ghazwan رضي الله عنه
- Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) رضي الله عنه
- Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi رضي الله عنه
- Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) رضي الله عنه
- Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah رضي الله عنه
- Umair bin Abi Waqqas رضي الله عنه
- Al-Miqdad bin ‘Amru رضي الله عنه
- Mas’ud bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Zus Syimalain Amru bin Amru رضي الله عنه
- Khabbab bin al-Arat al-Tamimi رضي الله عنه
- Amir bin Fuhairah رضي الله عنه
- Suhaib bin Sinan رضي الله عنه
- Abu Salamah bin Abdul Asad رضي الله عنه
- Syammas bin Uthman رضي الله عنه
- Al-Arqam bin Abi al-Arqam رضي الله عنه
- Ammar bin Yasir رضي الله عنه
- Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i رضي الله عنه
- Zaid bin al-Khattab رضي الله عنه
- Amru bin Suraqah رضي الله عنه
- Abdullah bin Suraqah رضي الله عنه
- Sa’id bin Zaid bin Amru رضي الله عنه
- Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) رضي الله عنه
- Waqid bin Abdullah al-Tamimi رضي الله عنه
- Khauli bin Abi Khauli al-Ijli رضي الله عنه
- Malik bin Abi Khauli al-Ijli رضي الله عنه
- Amir bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Amir bin al-Bukair رضي الله عنه
- Aqil bin al-Bukair رضي الله عنه
- Khalid bin al-Bukair رضي الله عنه
- Iyas bin al-Bukair رضي الله عنه
- Uthman bin Maz’un رضي الله عنه
- Qudamah bin Maz’un رضي الله عنه
- Abdullah bin Maz’un رضي الله عنه
- Al-Saib bin Uthman bin Maz’un رضي الله عنه
- Ma’mar bin al-Harith رضي الله عنه
- Khunais bin Huzafah رضي الله عنه
- Abu Sabrah bin Abi Ruhm رضي الله عنه
- Abdullah bin Makhramah رضي الله عنه
- Abdullah bin Suhail bin Amru رضي الله عنه
- Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah رضي الله عنه
- Hatib bin Amru رضي الله عنه
- Umair bin Auf رضي الله عنه
- Sa’ad bin Khaulah رضي الله عنه
- Abu Ubaidah Amir al-Jarah رضي الله عنه
- Amru bin al-Harith رضي الله عنه
- Suhail bin Wahab bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Safwan bin Wahab رضي الله عنه
- Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Sa’ad bin Muaz رضي الله عنه
- Amru bin Muaz رضي الله عنه
- Al-Harith bin Aus رضي الله عنه
- Al-Harith bin Anas رضي الله عنه
- Sa’ad bin Zaid bin Malik رضي الله عنه
- Salamah bin Salamah bin Waqsyi رضي الله عنه
- ‘Ubbad bin Waqsyi رضي الله عنه
- Salamah bin Thabit bin Waqsyi رضي الله عنه
- Rafi’ bin Yazid bin Kurz رضي الله عنه
- Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi رضي الله عنه
- Muhammad bin Maslamah al-Khazraj رضي الله عنه
- Salamah bin Aslam bin Harisy رضي الله عنه
- Abul Haitham bin al-Tayyihan رضي الله عنه
- ‘Ubaid bin Tayyihan رضي الله عنه
- Abdullah bin Sahl رضي الله عنه
- Qatadah bin Nu’man bin Zaid رضي الله عنه
- Ubaid bin Aus رضي الله عنه
- Nasr bin al-Harith bin ‘Abd رضي الله عنه
- Mu’attib bin ‘Ubaid رضي الله عنه
- Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Mas’ud bin Sa’ad رضي الله عنه
- Abu Absi Jabr bin Amru رضي الله عنه
- Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah رضي الله عنه
- Mu’attib bin Qusyair bin Mulail رضي الله عنه
- Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid رضي الله عنه
- Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar رضي الله عنه
- Sahl bin Hunaif bin Wahib رضي الله عنه
- Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir رضي الله عنه
- Mubasyir bin Abdul Munzir رضي الله عنه
- Rifa’ah bin Abdul Munzir رضي الله عنه
- Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man رضي الله عنه
- ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy رضي الله عنه
- Rafi’ bin Anjadah رضي الله عنه
- ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid رضي الله عنه
- Tha’labah bin Hatib رضي الله عنه
- Unais bin Qatadah bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Thabit bin Akhram al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Asim bin Adi al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Jubr bin ‘Atik رضي الله عنه
- Malik bin Numailah al-Muzani رضي الله عنه
- Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Abdullah bin Jubair رضي الله عنه
- Asim bin Qais bin Thabit رضي الله عنه
- Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man رضي الله عنه
- Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man رضي الله عنه
- Salim bin Amir bin Thabit رضي الله عنه
- Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah رضي الله عنه
- Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man رضي الله عنه
- Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah رضي الله عنه
- Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah رضي الله عنه
- Sa’ad bin Khaithamah رضي الله عنه
- Munzir bin Qudamah bin Arfajah رضي الله عنه
- Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) رضي الله عنه
- Al-Harith bin Arfajah رضي الله عنه
- Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair رضي الله عنه
- Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru رضي الله عنه
- Abdullah bin Rawahah رضي الله عنه
- Khallad bin Suwaid bin Tha’labah رضي الله عنه
- Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah رضي الله عنه
- Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah رضي الله عنه
- Subai bin Qais bin ‘Isyah رضي الله عنه
- ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah رضي الله عنه
- Abdullah bin Abbas رضي الله عنه
- Yazid bin al-Harith bin Qais رضي الله عنه
- Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah رضي الله عنه
- Abdullah bin Zaid bin Tha’labah رضي الله عنه
- Huraith bin Zaid bin Tha’labah رضي الله عنه
- Sufyan bin Bisyr bin Amru رضي الله عنه
- Tamim bin Ya’ar bin Qais رضي الله عنه
- Abdullah bin Umair رضي الله عنه
- Zaid bin al-Marini bin Qais رضي الله عنه
- Abdullah bin ‘Urfutah رضي الله عنه
- Abdullah bin Rabi’ bin Qais رضي الله عنه
- Abdullah bin Abdullah bin Ubai رضي الله عنه
- Aus bin Khauli bin Abdullah رضي الله عنه
- Zaid bin Wadi’ah bin Amru رضي الله عنه
- ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah رضي الله عنه
- Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid رضي الله عنه
- Amir bin Salamah رضي الله عنه
- Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad رضي الله عنه
- Amir bin al-Bukair رضي الله عنه
- Naufal bin Abdullah bin Nadhlah رضي الله عنه
- ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan رضي الله عنه
- ‘Ubadah bin al-Somit رضي الله عنه
- Aus bin al-Somit رضي الله عنه
- Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah رضي الله عنه
- Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus رضي الله عنه
- Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah رضي الله عنه
- Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam رضي الله عنه
- Waraqah bin Iyas bin Ghanam رضي الله عنه
- Amru bin Iyas رضي الله عنه
- Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru رضي الله عنه
- ‘Ubadah bin al-Khasykhasy رضي الله عنه
- Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah رضي الله عنه
- Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah رضي الله عنه
- Utbah bin Rabi’ah bin Khalid رضي الله عنه
- Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah رضي الله عنه
- Al-Munzir bin Amru bin Khunais رضي الله عنه
- Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah رضي الله عنه
- Malik bin Mas’ud bin al-Badan رضي الله عنه
- Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus رضي الله عنه
- Ka’ab bin Humar al-Juhani رضي الله عنه
- Dhamrah bin Amru رضي الله عنه
- Ziyad bin Amru رضي الله عنه
- Basbas bin Amru رضي الله عنه
- Abdullah bin Amir al-Ba’lawi رضي الله عنه
- Khirasy bin al-Shimmah bin Amru رضي الله عنه
- Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh رضي الله عنه
- Umair bin al-Humam bin al-Jamuh رضي الله عنه
- Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) رضي الله عنه
- Abdullah bin Amru bin Haram رضي الله عنه
- Muaz bin Amru bin al-Jamuh رضي الله عنه
- Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh رضي الله عنه
- Khallad bin Amru bin al-Jamuh رضي الله عنه
- ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid رضي الله عنه
- Hubaib bin Aswad رضي الله عنه
- Thabit bin al-Jiz’i رضي الله عنه
- Umair bin al-Harith bin Labdah رضي الله عنه
- Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur رضي الله عنه
- Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ رضي الله عنه
- Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ رضي الله عنه
- Abdullah bin al-Jaddi bin Qais رضي الله عنه
- Atabah bin Abdullah bin Sakhr رضي الله عنه
- Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr رضي الله عنه
- Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i رضي الله عنه
- Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i رضي الله عنه
- Yazid bin al-Munzir bin Sahr رضي الله عنه
- Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr رضي الله عنه
- Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah رضي الله عنه
- Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid رضي الله عنه
- Sawad bin Razni bin Zaid رضي الله عنه
- Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram رضي الله عنه
- Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram رضي الله عنه
- Abdullah bin Abdi Manaf رضي الله عنه
- Jabir bin Abdullah bin Riab رضي الله عنه
- Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man رضي الله عنه
- An-Nu’man bin Yasar رضي الله عنه
- Abu al-Munzir Yazid bin Amir رضي الله عنه
- Qutbah bin Amir bin Hadidah رضي الله عنه
- Sulaim bin Amru bin Hadidah رضي الله عنه
- Antarah (maula Qutbah bin Amir) رضي الله عنه
- Abbas bin Amir bin Adi رضي الله عنه
- Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad رضي الله عنه
- Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais رضي الله عنه
- Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah رضي الله عنه
- Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus رضي الله عنه
- Qais bin Mihshan bin Khalid رضي الله عنه
- Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid رضي الله عنه
- Jubair bin Iyas bin Khalid رضي الله عنه
- Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman رضي الله عنه
- ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah رضي الله عنه
- Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid رضي الله عنه
- As’ad bin Yazid bin al-Fakih رضي الله عنه
- Al-Fakih bin Bisyr رضي الله عنه
- Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah رضي الله عنه
- Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah رضي الله عنه
- Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah رضي الله عنه
- Mas’ud bin Qais bin Khaladah رضي الله عنه
- Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan رضي الله عنه
- Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan رضي الله عنه
- Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan رضي الله عنه
- Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah رضي الله عنه
- Khalid bin Qais bin al-Ajalan رضي الله عنه
- Rujailah bin Tha’labah bin Khalid رضي الله عنه
- Atiyyah bin Nuwairah bin Amir رضي الله عنه
- Khalifah bin Adi bin Amru رضي الله عنه
- Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan رضي الله عنه
- Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari رضي الله عنه
- Thabit bin Khalid bin al-Nu’man رضي الله عنه
- ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid رضي الله عنه
- Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza رضي الله عنه
- Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru رضي الله عنه
- Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani رضي الله عنه
- Mas’ud bin Aus bin Zaid رضي الله عنه
- Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid رضي الله عنه
- Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid رضي الله عنه
- Auf bin al-Harith bin Rifa’ah رضي الله عنه
- Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah رضي الله عنه
- Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah رضي الله عنه
- An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah رضي الله عنه
- Abdullah bin Qais bin Khalid رضي الله عنه
- Wadi’ah bin Amru al-Juhani رضي الله عنه
- Ishmah al-Asyja’i رضي الله عنه
- Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi رضي الله عنه
- Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man رضي الله عنه
- Tha’labah bin Amru bin Mihshan رضي الله عنه
- Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru رضي الله عنه
- Ubai bin Ka’ab bin Qais رضي الله عنه
- Anas bin Muaz bin Anas bin Qais رضي الله عنه
- Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram رضي الله عنه
- Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit رضي الله عنه
- Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl رضي الله عنه
- Abu Syeikh Ubai bin Thabit رضي الله عنه
- Harithah bin Suraqah bin al-Harith رضي الله عنه
- Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi رضي الله عنه
- Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik رضي الله عنه
- Abu Salit bin Usairah bin Amru رضي الله عنه
- Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik رضي الله عنه
- Amir bin Umaiyyah bin Zaid رضي الله عنه
- Muhriz bin Amir bin Malik رضي الله عنه
- Sawad bin Ghaziyyah رضي الله عنه
- Abu Zaid Qais bin Sakan رضي الله عنه
- Abul A’war bin al-Harith bin Zalim رضي الله عنه
- Sulaim bin Milhan رضي الله عنه
- Haram bin Milhan رضي الله عنه
- Qais bin Abi Sha’sha’ah رضي الله عنه
- Abdullah bin Ka’ab bin Amru رضي الله عنه
- ‘Ishmah al-Asadi رضي الله عنه
- Abu Daud Umair bin Amir bin Malik رضي الله عنه
- Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah رضي الله عنه
- Qais bin Mukhallad bin Tha’labah رضي الله عنه
- Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud رضي الله عنه
- Al-Dhahhak bin Abdi Amru رضي الله عنه
- Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah رضي الله عنه
- Jabir bin Khalid bin Mas’ud رضي الله عنه
- Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal رضي الله عنه
- Ka’ab bin Zaid bin Qais رضي الله عنه
- Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi رضي الله عنه
- ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan رضي الله عنه
- ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah رضي الله عنه
- Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj رضي الله عنه
- Oleh bin Syuqrat رضي الله عنه (khadam Nabi ﷺ)
No comments:
Post a Comment