Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 10 March 2021

Kita Inginkan Syurga Allah S.W.T.

Arkib : 27 Februari 2021.  Semua Kita Inginkan Syurga Allah s.w.t. Kan?


Gambar 1 : Forum Perdana Ehwal Islam - Vaksin : Cegah Sebelum Kalah

Jangan lupa untuk mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "Vaksin: Cegah Sebelum Kalah" yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada 25 Feb 2021 jam 9.00-10.30 malam.

Forum anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini akan dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Hariri bin Mohamad Daud, Pegawai JAKIM dan Ustaz Rizal Ramli, Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor. 

Barisan panelis yang bakal mengupas topik ini terdiri daripada:

i. YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

ii. YBhg Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim - Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

iii. YBhg Datuk Wan Zahidi Wan Teh - Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)

iv. Sohibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah - Mufti Wilayah Persekutuan

v. Sohibus Samahah Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin - Mufti Perlis

vi. Sohibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir - Timbalan Mufti Negeri Selangor

vii. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim - Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia

viii. Dr. Suhazeli Abdullah - Pakar Perubatan Keluarga

ix. Saudara Firdaus Wong - Pendakwah

#LindungDiriLindungSemua


Gambar 2 : RTM menyiarkan program yang bakal bersiaran di televisyen melalui pengiklanan di Facebook


Video : Sedutan daripada Forum Perdana Ehwal Islam mengenai vaksin


Forum Perdana Ehwal Islam edisi khas 25 Februari 2021


JANGAN FITNAH NABI S.A.W. Hati-hati. Ramai yang dalam tak sedar, sedang memfitnah Nabi S.a.w. dalam bab madu, habbatussauda, dan zam-zam dalam perubatan kerana mengambil kefahaman hadis secara sekerat-sekerat dan majoriti dan kebanyakkannya untuk melariskan barangan jualan. Tengok Forum Perdana Ehwal Islam 25/2/2021 minit ke 14:00 dalam menerangkan hadis habbatussauda madu dan zam-zam tu, dari ahli hadis. Faham elok elok. 1. Nabi S.a.w. tidak pernah menekankan habbatussauda dalam mana-mana kejadian wabak. 2. Perkaraan syifa' dalam hadis Nabi S.a.w. itu bersifat nakirah, ia boleh jadi ubat, bukan nabi sebut Assyifa', satu-satunya penyembuh. Tak. Habbatussauda bukan satu-satunya penyembuh. 3. Nabi suruh sahabat mencari ahli yang dalam bidang perubatan ketika sahabat-sahabat sakit, nabi tak suruh sahabat makan Habbaussauda' dan madu sahaja banyak2. 4. Nabi menerima cadangan perubatan dari ahli perubatan, termasuk ahli perubatan bukan muslim, contohnya, Alharith Ibn Kalada. Sebab itu bidang dia. Keahlian dia. Kepakaran Dia. Banyak point lain. Rujuk link video di komen 1. Scroll ke minit 14:00. Kalau perubatan ni, semata habbatussauda, madu, dan zam-zam, Ibnu Sina boleh lepak sajalah. tak perlu buat kitab perubatan, kan? Letih-letih Ibnu Sina buat kitab perubatan sampai dunia Eropah dalam kegelapan pun rujuk. Patut Ibnu Sina jual habbatussauda saja dekat gang Eropah, settle semua penyakit. Zam zam ada khasiat dia, sebab itu antara mukjizat. Kita beriman dengan peristiwa itu. Tapi ia bukan penyembuh segalanya. Sebab tu ada orang sanggup buat air zam-zam palsu, sebab memanipulasi kesalahfahaman dalam masyarakat. Habbatussauda ada khasiat dia, madu ada khasiat dia, tak nafi, bidang perubatan pun sahkan. Tapi ia tidak merangkumi semua jenis penyakit, semua manusia, semua lokasi dan iklim dan cuaca. Lupakah mereka, tokoh-tokoh zaman kegemilangan Islam, bukan calang-calang orang. Hafal quran hafal hadis, pakar dalam bidang masing-masing. Ada yang pakar dalam kejuteraan, perubatan, falsafah, kimia, astronomi, artikitek, perancangan bandar, tanaman, pengairan, etc. Semua ada. Mereka berusaha menjadi umat terbaik dengan menjadi manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain dengan penciptaan dan ilmu mereka, mereka tidak hanya beribadah untuk diri sendiri di masjid atau bertapa sendirian sahaja. Itulah makna Allah swt menciptakan kita, untuk tujuan menjadi Khalifah di bumi. Pengurus, pendamai, pemakmur, pemberi manfaat. Khalifah tidak bertapa dalam gua sendirian dan beramal sendirian. Itu kerahiban, keabidan. Bukan sifat khalifah. AMARAN. INI HADIS SAHIH. SEMUA KITAB HADIS ADA RIWAYAT HADIS INI. BERHATI-HATI LAH. مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)] Kita, kalau kita tau kawan kita duk canang nama kita, sebut sesuatu yang kita tak sebut, kata kita buat sesuatu yang kita tak buat, pun kita marah. Apatah lagi Nabi S.a.w.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Vaksin Agenda Yahudi, Rokok Pula Agenda Siapa?

  • FAKTA 1
Vaksin Bukan Konspirasi Yahudi : Pengasas Vaksin Pfizer Pun Orang Islam (Dr Ugur Sahin & Dr Ozlem Tureci)

Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’.

Dia beragama Islam dan berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana. Dia berkahwin dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Tureci, juga seorang Islam berketurunan Turki.

Vaksin Pfizer yang menggunakan teknologi mRNA adalah bebas khinzir dan hasil dari penyelidikan syarikat BioNTech milik beliau dan Pfizer. Pada asalnya, syarikat ini menumpukan kajian imunoterapi dalam pesakit kanser.

Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebihi RM 20 Billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan memilih untuk mengayuh basikal ke makmal tempat kerja. 

Mereka amat berdisiplin dan berdedikasi dengan penyelidikan hinggakan kembali ke makmal sebaik sahaja selesai bernikah untuk menyambung kerja-kerja makmal. 

Menariknya, vaksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman. Amalan ini diperhatikan oleh isteri duta British di sana, Lady Montagu dan dia menulis surat kepada saintis British untuk dikaji kerana berkesan menghentikan penyakit smallpox. Bermula dari itu, saintis British telah mengembangkan amalan vaksin dan terbukti berkesan. 

Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.

Sebenarnya, kisah menakut-nakutkan orang bagi kesan buruk vaksin atau teori konspirasi adalah tidak berasas. Begitu juga kononnya ada ‘cip’ yang diletakkan untuk ‘mengesan manusia’ hanyalah cerita karut yang disalut gula dan garam. 

Ada juga video sekerat-sekerat dari penerangan cip sistem logistik penghantaran vaksin sebagai kononnya ada cip yang akan dimasukkan ke badan bagi mengelirukan penonton. Cip atau barkod sudahpun digunakan pada plastik barang di pasaraya sejak lama untuk tujuan harga dan ukur kira stok dan begitulah juga vaksin. Mereka sangat berusaha menipu orang-orang kampung dan bandar.

Hakikatnya vaksin adalah usaha keras melalui kaedah saintifik yakni menurut hukum alam dan tentunya usaha sebegini mendapat pahala yang besar dari Allah swt.

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 32, “Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” 

Bayangkan pahala mereka ! 

Seharusnya begitulah hidup yang baik bagi seorang Muslim - memberikan seluruh hidupnya untuk kebaikan manusia dan bukan menghabiskan masa menghukum orang itu akan ke neraka dan sebagainya sedangkan diri sendiripun belum tentu akhirnya. Mereka yang amalannya baik dan besar impaknya tentu besar ganjarannya di akhirat. 

Ketahuilah fakta sebenar dan janganlah percaya penyebar dakyah vaksin dan teori konspirasi kerana mereka sebenarnya mahu menjual produk tertentu dengan kaedah pemasaran menakutkan manusia dengan keraguan dan cerita bohong.

Tiada konspirasi vaksin melainkan usaha keras dari pelbagai negara menghasilkan vaksin kerana ia adalah jalan keluar bagi menghentikan musibah ini. Yang ada hanyalah konspirasi di kalangan penjual produk yang mahu memperkenalkan produk mereka sebagai alternatif atas vaksin yang mereka takutkan. 

Kenapakah ada orang Islam sendiri yang memburukkan satu produk kajian dari orang Islam sendiri? Kenapa bersungguhan mahukan orang Islam menjadi bodoh dengan cerita yang menyimpang dari fakta sebenar?

Pelikkan?

Dr Alzamani Mohammad Idrose

Nota : artikel ini saya tulis untuk memberikan fakta yang tepat kerana saya dapati ada orang Islam yang dikelirukan terutamanya oleh golongan antivaksin. Orang Islam juga harus kembali kepada asas ajaran Islam yang menyuruh membuat kebaikan kepada seluruh jagat manusia dan alam.


  • FAKTA 2
SAINTIS MUSLIM PENYELAMAT DUNIA

Pasangan saintis beragama Islam yang berasal dari Turki ini adalah orang yang di belakang penghasilan vaksin yang akan dipasarkan oleh syarikat pharmasutikal gergasi dunia,  Pfizer dari Amerika Syarikat bagi menangani Covid-19 yang dikatakan 90% berkesan dan diuji terhadap 40,000 orang. 

Ugur,  55 tahun dan isterinya Oezlem, 53 tahun kini menjadi perhatian dunia dengan kejayaan mereka. 

Pfizer juga sebagai rakan dalam usahasama ini dan yang sebenarnya penghasilan vaksin ditemui oleh sebuah firma pharmasutikal Jerman,  BioNTech. Firma ini milik kedua-dua orang saintis tersebut. 

Nama mereka adalah Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci. Ibubapa mereka berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman semasa mereka kecil. 

Pasangan suami isteri ini beragama Islam.

Pasangan ini asaskan syarikat biotek BioNTech di Jerman dan ada 1,800 pekerja,  kebanyakannya adalah saintis.

Mereka berdua ini bukan hanya doktor dan saintis, tapi juga billionair.

Syarikat BioNTech mereka bernilai sebanyak 21 billion dollar di pasaran saham Jerman.

Tapi walaupun kaya, mereka tiada kereta dan hanya berbasikal  ke pejabat.

Rumah mereka pula hanyalah sebuah apartment sederhana mewah yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka.

Kata CEO Pfizer, Alber Bourla;

"Dr. Ugur ini sangat unik. Beliau hanya pentingkan sains (dan hasil kajian syarikatnya) dalam hidupnya. Beliau langsung tidak berminat bercakap tentang bisnes." 

Kerana terlalu sibuk, Dr. Ugur sehingga ke hari ini masih belum tandatangan sebarang perjanjian dengan Pfizer walaupun sudah bekerjasama semenjak awal tahun ini.

Dan CEO Pfizer serta Dr. Ugur tidak risau kerana kerjasama mereka ini dijalin atas rasa percaya antara satu sama lain

Rujukan:


  • FAKTA 3
Menarik baca tulisan Dr Suhazeli Abdullah ini. Apa pandangan anda?

Berikut ialah tulisan penuh beliau:

Terkadang nak tergelak juga dengar hujah geng antivaksin yang menuduh vaksin itu mengandungi mikrocip. Ada saje teori karut direka oleh mereka untuk memburukkan vaksin COVID-19 yang sedang dalam edaran Fasa ke 3 kajian.

Begitu juga rekaan perkataan baharu PLANDEMIK, sengaja dijaja oleh geng antivaksin bagi mengukuhkan teori falasi mereka bahawa COVID-19 itu adalah ciptaan konspirasi.

Mari kita membaca fakta berkaitan dengan dakwaan mereka:

1️⃣ Mikrocip terkecil yang pernah dicatatkan dalam sejarah adalah keluaran Hitachi bersaiz 0.15 x 0.15 x 0.0075 mm. Sedangkan virus COVID-19 bersaiz 60 -120 nanometer. Virus COVID-19 beribu kali ganda lebih kecil dari mikrocip. Malah virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar kita, mesti menggunakan mikroskop elektron baru nampak. Sedangkan mikrocip boleh nampak seperti pepasir halus di tepi pantai Terengganu. 

2️⃣ Hujah ini pun mereka gagal memahaminya. Cuma kita hairan, tulisan viral dikalangan mereka itu terdiri dari "cerdik pandai" juga. Sebenarnya mereka bukan cerdik pun, tetapi menciplak idea dari antivaksin luar negara. Motif utama mereka sebenarnya melariskan jualan produk sampah yang selalu mereka promosikan. itu sahaja. Jika orang sudah terpengaruh dengan dakyah mereka, jualan produk makin laku keras. Itu sahaja.

3️⃣  Vaksin COVID-19 yang sedang dalam pembikinan sekarang ini terdapat pelbagai jenis. Terdapat jenis virus yang dilemahkan/dimatikan, jenis berasaskan protin, jenis Vektor Viral dan teknik rekombinan RNA/DNA. Maknanya struktur tindakbalas imun lagi halus berbanding dengan virus itu sendiri. Jauh sekali lebih halus jika ingin dibandingkan dengan mikrocip. Terlalu amat sukar buat masa ini mencipta mikrocip sehalus itu.

4️⃣ Mikrocip itu adalah ciptaan yang tidak hidup. Ianya tidak bernyawa atau tidak boleh bertindakbalas dalam sistem imunologi manusia. Bagaimana boleh menghasilkan tindakbalas imun sehingga membina sistem pertahanan dalam badan manusia?

5️⃣ Kecanggihan sains dan teknologi pembuatan vaksin ini memerlukan dana yang besar sehingga membuahkan hasil yang akhirnya memberi manfaat kepada manusia sejagat. Golongan pendoktrin konspirasi selalu menuduh Bill Gates penyumbang terbesar pembuatan vaksin itu sebagai pelakon konspirasi untuk memupuskan penduduk dunia. Tetapi perlu kita ingat, Putra Mahkota kerajaan Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga adalah kolaberator terbesar dalam pembikinan vaksin sejak sekian lama. Niat mereka adalah murni, mahu menjadikan anak-anak dunia ini selamat dari penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin. Begitu juga dengan pembikinan vaksin COVID-19. Bayangkan jika tiada vaksin yang boleh mencegah wabak penyakit, jutaan manusia akan mati setiap tahun. Dengan sendirinya akan pupuslah manusia atas muka bumi. Vaksin bukannya penyebab pupusnya manusia, tetapi ketiadaan vaksin itulah puncanya. Doktrin songsang yang dibawa oleh golongan antivaksin itu yang sebenarnya menempah manusia ke arah kebinasaan. Itulah perancangan yang mereka lakukan tanpa disedari.

Sebenarnya di sebalik kejayaan pembuatan vaksin, orang Islam banyak memainkan peranan. Tahniah dan syabas kepada dua orang pakar muslim kelahiran Turki dan berhijrah ke Jerman, Dr Ugur Sahin dan Dr Oezlem Tuereci - merekalah yang menemui vaksin COVID-19.

Suhazeli Abdullah
13.11.2020
Kuala Berang

IKLAN sikit:  Klik https://t.me/joinchat/AAAAAFPhyDgwuPwcNZLBwg untuk peluang buat duit tepi bersama Team Ustaz Zamri dgn modal minima, hampir zero risiko, tak perlu menjual, tak perlu simpan barang dan pendaftaran PERCUMA.


  • FAKTA 4
Vaksin Covid-19

Sesiapa yang anti sangat vaksin tu, sila baca penerangan di bawah ni... (C&P)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ramai orang tanya, macam mana vaksin COVID ini boleh dikaji dan dibuat dalam hanya 1 tahun sedangkan vaksin sebelum ini mengambil masa 10 tahun untuk dikeluarkan? 

Mari nak cerita apa yang mereka dah buat naaaaa. 

Sejarah menunjukkan untuk membuat satu vaksin boleh mengambil masa 10 hingga 15 tahun. Sebelum ini vaksin yang paling cepat sekali untuk dikeluarkan ialah vaksin untuk mumps atau beguk, dan ini pun mengambil masa 4 tahun. 

Bagaimanakah saintis di seluruh dunia bergabung tenaga untuk menyediakan vaksin COVID-19 dalam masa 1 tahun? 

Sebenarnya, mereka telah mengharungi cabaran besar untuk menjayakan matlamat ini. 

Saya sampaikan kepada anda 10 Fakta yang telah membantu membuat vaksin dengan begitu cepat. 

Pertama : We have International cooperation from big teams of researchers. 

Dengan sebab adanya PANDEMIC di mana sudah ada banyak kematian, situasi  ini telah memaksa saintis dari seluruh dunia untuk bekerjasama. Bukannya senang nak bersepakat tetapi mereka terpaksa sebab pandemic ini telah menyebabkan banyak projek-projek lain tergendala.

Kedua : Research on coronavirus already begun 50 years ago. 

Ini bukan kajian yang baru saja dimulakan. 

SARS-COV-2 virus ni ialah dari keluarga coronavirus. Ada beratus jenis coronavirus, termasuklah 4 jenis yang boleh menyebabkan selsema, coronavirus yang menyebabkan SARS epidemik. Pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012. Saintis-saintis sudah ada maklumat dan data tentang coronavirus selama 50 tahun. 

KetigaWe already have a headstart.

Vaksin melatih sistem immune badan kita untuk melawan sejenis agent yang menyebabkan penyakit berjangkit sebelum kita dijangkiti agent itu. 

Sebelum ini, vaksin mengandungi virus hidup yang dilemahkan atau hanya sebahagian virus (iaitu antigen) yang boleh mencetus immune sistem badan kita untuk melawan balik. Vaksin ini memberi stimulasi untuk immune system badan kita melawan penyakit ini dengan cara yang sama seolah-olah badan kita melawan penyakit dari virus yang sebenarnya. 

Tetapi disebabkan kesuntukan masa bila melihat terlalu ramai kematian di seluruh dunia, tidak ada masa untuk membuat vaksin dengan cara ini. 

Maka saintis di seluruh dunia mencari data yang sudah ada tentang coronavirus untuk mencari kaedah lain membuat vaksin dengan lebih cepat. 

Sudah pun ada kajian yang telah membuktikan bahawa protein viral spike (S) itu penting untuk perlekatan kepada virus dan untuk memasuki virus, maka S protein inilah yang dipilih untuk membuat vaksin. Ini bermakna kita boleh guna pakai kajian yang sudah dibuat untuk keluarga coronavirus ini sebelum pandemic lagi. 

Keempat : We have better technology today.
 
Sekarang sudah ada teknologi baru yang tidak ada di zaman dulu. Sekarang kita ada genomic sequencing, di mana kita boleh mengetahui baka gene susunan genom keseluruhan di dalam virus ini dalam hanya 10 hari. Ini meringkaskan dan mempercepatkan kajian tentang virus mutasi baru SARS-CoV-2. Saintis menggunakan genomic sequencing untuk mengetahui susunan genom code untuk Protein S ini. 

Kelima : We have funding.
Nak buat kajian vaksin memerlukan pembiayaan duit yang banyak. The Lancet Global Health menyatakan anggaran cost untuk menyediakan vaksin dan kajian untuk mengkaji keselamatannya ialah paling kurang sekali $31–$68 million (USD). 

Kalau dah buat vaksin baru pun, mana nak dapat duit membuat beratus juta dos vaksin untuk penduduk dunia? 

Sebab inilah hanya government-government yang boleh menyalurkan pembiayaan membuat vaksin ini kepada syarikat swasta yang ada pengalaman, teknologi dan kemahiran membuat vaksin. 

Di USA, UK dan Eropah gabungan government dan berbagai institusi membolehkan mereka membiayai membuat jutaan dos vaksin sebelum lagi vaksin itu berjaya dihasilkan.

Bila duitnya sudah ada diperuntukan, maka nak buat vaksin pun cepat lah. Kalau duit tak ada, dan ini tidak diutamakan maka nak buat vaksin pun lambat dan tergendala lah. 

Keenam : Back-to-Back trials.

Zaman dulu, kajian binatang dibuat dulu sebelum meminta kebenaran dan pembiayaan membuat kajian fasa 1. Kemudian keputusannya diterbitkan dalam journal dulu sebelum meminta kebenaran dan pembiayaan untuk memulakan fasa 2. Seterusnya masa di antara setiap fasa boleh mengambil bertahun. 

Kajian vaksin trials boleh dibuat dengan cepat sebab mereka memberi kebenaran dan pembiayaan untuk membuatnya hampir SERENTAK dan bukan satu-persatu seperti dulu. Sebagai contoh, apabila kajian ke atas binatang hampir tamat, mereka memulakan fasa 1. Fasa 1 boleh dibuat serentak dengan fasa 2. Fasa 3 dimulakan sejurus selepas fasa 2. 

Inilah dinamakan Back-to-Back trials.

Ketujuh : We have huge numbers of volunteers and participants. 

Ada ramai sukarelawan manusia yang sanggup menjadi peserta kajian-kajian vaksin trial sebab ada banyak sokongan dari Masyarakat untuk membuat vaksin ini dan mereka boleh menyediakan banyak pusat kajian vaksin trial supaya boleh rekrut ramai perserta. 

Kelapan : All participants have access to smartphone technology.

Mereka boleh mendapat keputusan kajian dengan lebih cepat di zaman sekarang melalui smart phone bila peserta kajian boleh memberi feedback melalui smart phone tentang apa-apa kesan sampingan. Sebab inilah sangat laju prosesnya di zaman sekarang jika dibandingkan dengan zaman dulu. 

Kesembilan : This is a short infection. 

Kita bernasib baik, virus coronavirus memberi penyakit jangkamasa pendek saja, bukan penyakit yang kronik seperti HIV, maka boleh dikaji keberkesanannya ke atas ramai orang dengan sangat cepat. 

Kesepuluh : There is no virus in this vaccine.

Pfizer/BioNTech COVID-19 vaksin dan Moderna vaksin adalah vaksin mRNA pertama yang digunakan oleh manusia.

Kedua-dua syarikat membuat vaksin ini memang sudah ada kemajuan dalam mRNA technology.

mRNA vaksin boleh menyampaikan hanya GENETIK code untuk membuat coronavirus S protein ke dalam sel badan manusia. Kemudian sel badan manusia sendiri membuat S protein ini dengan genetik code itu. Ini kemudian melatih badan manusia mengenali protein yang ada di permulaan virus ini dan belajar melawan virus ini tanpa apa-apa pendedahan kepada virus. Dengan kaedah ini badan sudah bersedia melawan virus sebenar tanpa apa-apa pendedahan kepada virus itu. 

Tak payah lah nak menyediakan virus yang dilemahkan dan tak payah lah nak membuat antigen virus untuk dikaji dan untuk dibuat sebagai vaksin. 

Tidak ada virus dalam vaksin ini. 

Saya pun kagum dengan technology yang ada di zaman sekarang. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

Dr Imelda Balchin

  • FAKTA 5

Gambar 3 : COVID-19 vaccine development : These research teams are scalling up

Bila kami berkongsi kegembiraan setelah mendapat vaksin COVID-19 kami, ia hanyalah ekspresi kesyukuran yang kami punya.

Bukan setakat testimoni murahan seperti mana produk overclaim yang berlambak di pasaran. Siap ada yang kata, eh doktor pun tak ubah macam agen produk, tunjuk testimoni. Aduhai. 

Seperti saya, mereka yang membenci perjuangan saya dalam membanteras kebathilan dalam hidang perubatan seakan mencabar saya tatkala tular keratan screenshot yang kononnya saya menolak vaksin kerana masalah perubatan saya.

Maka, dengan menunjukkan yang saya telah pun divaksin dan tak mendapat sebarang kesan sampingan seperti yang gembar-gemburkan oleh puak antivaksin, ia adalah satu kemenangan buat saya. Saya tak pernah cakap tak serupa bikin. Mereka saja yang memutar belit kenyataan saya. Tapi itulah, golongan itu dan kaum kerabat mereka selalu sangat berkata palsu, sampai tak tahu yang mana satu dah. Realiti mereka songsang.

Foto saya mendapat vaksin, hanya gambaran kasar yang bertujuan untuk meredakan kebimbangan mereka yang di luar sana yang mengikuti FB saya. Saya gunakan ia sebagai rangsangan pada kalian untuk percaya pada vaksin COVID-19 yang selamat dan efektif. 

Maaf ya pada yang dok benci tapi rindu pada FB saya, yang harap ada kejadian buruk pada saya selepas divaksin, mungkin mereka kecewalah kan. Alhamdulillah saya ok.

Tak adanya saya nak buat kerja bodoh dan dungu rela disuntik dengan vaksin kalau ia merbahaya dan tak berkesan.

Bezanya vaksin COVID-19 yang NPRA luluskan itu, dengan produk sampah, bukan setakat nampak tulisan Dr. Ninie saja, kajian klinikal fasa 3 dari Pfizer BioNTech adalah data rasmi yang sudah pun melalui segala proses verifikasi untuk memastikan ia adalah bukti yang Comirnaty tu selamat dan efektif.

Bukan hanya setakat sembang kedai mamak, atau borak makcik bawang tepi jalan. Bukan. Bukan testimoni yang boleh direkacipta sebab belajar teknik pemasaran. Vaksin keluaran Pfizer BioNTech melibatkan 44000 orang di banyak tempat untuk kajian klinikal fasa 3 mereka.  

Janssen? Tu hah 90000 orang. Dah pun diluluskan penggunaannya di AS. JKJAV telah pun secara kasarnya berunding dengan Johnson and Johnson untuk membawa masuk vaksin ni ke Malaysia.

Oxford AstraZeneca melakukan kajian klinikal fasa 3 mereka dengan penglibatan 64000. Pernah kah produk sampah menaja kajian sebegini besar peserta?

Ada ke produk yang dijual di toko jamu yang sebenarnya kelas makanan tapi sampai boleh mencegah, merawat, mengawal atau menyembuh penyakit tu melalui kajian klinikal? 

Pastinya tidak kan. Entah-entah kajian pra-klinikal pun tak lepas. Atau bila dibuat kajian, saiz sampel tak sampai pun 50 orang dan keputusan yang tu pun alahai, tak berbeza pun dengan kumpulan placebo. Tapi yang tulah yang dicanang merata. Para saintis mesti ketawa dan gelak dengan kajian sebegitu tak boleh pakai. 

Vaksin COVID-19 ni banyak syarikat, institusi dan universiti di seluruh dunia cuba bangunkan. Setiap satunya mesti melepasi ujian pra klinikal, dalam piring petri dan haiwan. Lepas itu klinikal ada 3 tahap. Mesti mengikut lembaga etika semua bagai. 

Dan ada saja kajian yang terpaksa dihentikan kerana ada kesan yang mudharat. Ia adalah pelaburan berpuluh bilion RM yang belum tentu pulang modal. Tak tahu saya kalau ada founder yang melaburkan duit sebegitu besar untuk kajian-kajian untuk membuktikan produk mereka tu boleh buat seperti mana dalam iklan mereka. Ketat lah, kurus lah, putih lah, montok lah semua tu. Sembang saja yang kencang. Kajian pun tak ada. 

Produk macam tu pun ada yang percaya. Tak logik dek akal tapi itulah senang sebenarnya nak temberang bangsa sendiri. Guna agama. Atau ayat lembut gigi dari lidah, memang masuk perangkaplah. Kadang-kadang tengok nama produk pun, huh, malas nak cakap.

Betul. Kami kongsikan gambar kami menerima vaksin dan kesan sampingan yang dibesar-besarkan puak tertentu itu, kami tak ada sangat pun. Semua yang kami lalui seperti sakit di tempat cucuk, demam sikit, sakit kepala, pening, hanya sementara saja dan memang pengeluar pun dah nyatakan dalam product  Insert tanpa sebarang prejudis.

Bukan sampai mengancam nyawa. 

Malah dalam aplikasi MySejahtera tu, selepas disuntik, kami boleh melaporkan kepada KKM untuk sebarang kesan sampingan. Memang ada pun untuk kami klik. 

Walaupun macam testimoni, nama kami dah masuk dalam data KKM. Sebab itulah YB KJ dengan tepat boleh mengatakan yang 139720 penerima vaksin COVID-19 di Malaysia setakat hari ni. Sebab apa? Sebab semua proses tu sistematik. Produk sampah simpan tak data sebegitu teliti? 

Kalau ada data sekali pun, siapa yang menganalisis dan mengaudit data mereka? KKM ke? Kita pun tahu kan apa jawabnya. 

Ini penting untuk pemantauan berterusan dari NPRA tentang keberkesanan, kualiti, kesan sampingan dan semua proses teknikal yang berkaitan dengan vaksin itu. 

Kalau produk sampah ke, atau seangkatannya, ada tak mereka telus dalam memberitahu kesan sampingan? Tak ada punya. Mereka siap boleh tanpa rasa bersalah pun mengatakan produk mereka yang terbaik.

Kalau ada kesan yang tak diingini, apa mereka jawab? Mereka akan katakan produk yang kita beli itu fake. Bukan dari agen berdaftar lah. Kita tak cukup minum air lah. Kita tengah melalui healing crisis lah. Bla bla bla. Kalau disebar di media sosial? Memang tunggulah surat saman menyapa di pintu rumah. Pernah ke kita mendengar founder produk yang mengaku barang dia buruk? 

Katakanlah kami ini mengalami masalah kesan sampingan yang sangat jarang berlaku seperti anafilaksis sekali pun, KKM takkan lepaskan tangan. Mesti diberikan rawatan kan. Dan kerajaan pun janjikan pampasan kan. 

Tolong jangan samakan kajian klinikal bertaraf tinggi dengan testimoni produk picisan yang tak pernah melalui proses yang sama. Geli geleman saya mendengarnya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian mengenai teori konspirasi


Gambar 4 : Arkib Sinar Harian - 30 julai 2020

[In reply to Bo Qin Rich🌹] : Semoga Allah Naikkan Yang Haq & Hapuskan Yang Bathil

Morsi yang baik belaka pun kena digulingkan... Ingat le orang Melayu... Pihak di sana takkan senang hidup tengok orang Melayu bersatu amnya Islam...zaman Najib orang Melayu banyak naik perniagaan... Mungkin mereka tengok DSN buat macam-macam untuk orang Melayu... Akhir sekali mereka perangkap DSN...dan DSN pun terikut...wallahu a'lam..  Dan sekarang  DSN pun sedia untuk buat rayuan... Kita tunggu apa kesudahan.. Apa pun pengajaranlah pada kita... Dunia dikawal oleh tentera syaitan... Sampai orang Melayu pun jatuh tak dianiaya atau dihasut untuk jatuhkan bangsa.. Semoga DSN terus tabah dengan ujian..  Kalau betul DSN kena terima...andai ini aniaya maka bangunlah lawan untuk keadilan.. Sampai bila geng iblis nak merosakkan dunia.. Cukuplah dengan isu Covid-19 ini lagi...mereka cipta selepas itu mereka nak tunjuk hero di dunia yang mereka boleh selamatkan manusia dengan vaksin... Sedangkan Nabi s.a.w dah pesan penyakit datang dari perut...amalkanlah makanan sunnah sudah cukup untuk lawan virus-virus ni... Dan dengan yakin 100% kepada Allah.. Hari ini iblis dan sekutu berjaya merosakkan keyakinan orang Islam kepada Allah.... Hari ini kita kena ikut s.o.p..kalau tak ikut dunia akan tuduh Malaysia tak ikut s.o.p... Kasihan pada frontliner kita yang kena kerja keras jaga rakyat untuk patuh s.o.p...sedangkan hal sebenar Allah Lebih Mengetahuinya.. Tak mengapalah kita ikut sahaja s.o.p demi kebaikan bersama.. Semoga Allah segera hancurkan perkara-perkara bathil dan naikkan yang haq.. Hari ini iblis tak berjaya untuk hasut orang Islam tinggal solat berjemaah..tapi iblis berjaya rosakkan keberkatan dalam amalan solat berjemaah dengan jarakkan saf, tak mengapalah hari ini kita ikut s.o.p... Semoga Allah ampunkan dosa kita.. In shaa Allah sikit masa lagi kita akan menang apabila semua orang Islam betul-betul tawajjuh pada Allah dan kembali amal sunnah... Doakan kebaikan antara satu sama lain.. Dan fikir bab akhirat.. In shaa Allah umat Islam akan menang.. Hari ini jangan tuduh orang lain salah.. Setiap hari kena cakap sayalah salah... Ini pesan orang alim kita.. NABI s.a.w pun tak pernah salahkan orang lain... NABI .s.a.w bila ada masalah terus mengadu pada Allah.. Hari ini perkara yang sama kita kena buat setiap hari apabila bangun malam untuk menangis, merayu dan berdoa hanya kepada Allah...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

V4KSIN Untuk Orang Malaysia Hanya 50% Berkesan? - Sinovac vs Pfizer 

(video asal telah dipadamkan)

PROVAKSIN, ANTIVAKSIN, PROCHOICE : Semua Kita Inginkan Syurga Allah S.w.t. Kan?

Semalam on call berbual dengan kawan yang secara jelas, dia Anti dengan apa jua vaksin, tapi dia lebih selesa dipanggil ProChoice.

Saya melawak dengan dia, yang pilih untuk di vaksin, mereka bukan buat choice dari choices yang ada ke? 

Dia gelak.

Kami berbual macam biasa, walau kami taklah kenal lama pun. 

Kami borak elok-elok, cerita pengalaman masing-masing dan tentang situasi hangat terkini dan walaupun kami berbeza pilihan, saya sedia untuk divaksin, dan dia tidak, kami ada persetujuan yang sama atas beberapa perkara.

1. Kemelut antara ProVaksin dan AntiVaksin asalnya adalah biasa, tetapi ia menjadi tidak bagus apabila ada di kalangan ProVaksin, mula menggelar Antivaksin dengan gelaran-gelaran yang berniat merendahkan atau mencela atau memandang hina kepada mereka. 

Begitu juga ada di kalangan AntiVaksin & ProChoice, tidak berakhlak dengan baik apabila menulis, menggelar ProVaksin dengan pelbagai gelaran yang buruk. 

Ini adalah punca pertembungan dan kehangatan isu di Sosial Media.

Walhal, setiap hari, entah-entah kita sentiasa saling berurusan. 

Sebab itu di posting saya, saya tekankan, jangan mula menggelar orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Ia akan menjadi punca utama pergaduhan, perbalahan, dan akhirnya perbincangan baok menjadi perkara dosa. 

2. ProVaksin, usahlah menggelar AntiVaksin dengan gelaran bodoh, kuno, antiperubatan moden, dan apa jua gelaran buruk. Berbicaralah baik-baik.

3. AntiVaksin atau Prochoice, usahlah menggelar mereka yang sudi untuk divaksin dengan gelaran buruk seperti ejen dajjal, ejen yahudi, suntikbabi dalam darah etc.

4. Sebagai muslim, kami berdua juga setuju, kedua golongan ini ada hujah dan pendirian serta pengalaman masing-masing, kefahaman dan ilmu masing-masing, sebab itu beza pendapat. Dan kedua dua golongan ini, keduanya pun nak cari redha Allah swt dan nak ke Syurga.

5. Antara lain punca kemelut kedua golongan ini adalah contohnya.

ProVaksin menulis sesuatu pendapat di wall nya sendiri, tanpa tag sesiapa, tanpa mengata sesiapa secara specific, tetapi tiba-tiba ada Antivaksin atau ProChoice ini, share status itu di wall mereka, dengan caption yang buruk adab, menggelar dan mengata yang bukan-bukan.

Maka, AntiVaksin lain pun turut terpengaruh, dan mulalah datang ke wall ProVaksin itu tadi, di ruang komen di berikan komentar-komentar yang tidak berakhlak, mencerca, mengata bukan-bukan, dan menuduh seperti perkara 2 dan 3 di atas.

Semalam, saya saja scroll 2 status saya berhubung isu ini, ada di antara ProChoice, AntiVaksin yang bagus bertukar pendapat, tetapi ramai yang berkomentar luar dari akhlak muslim yang beriman.

Bahkan, ada AntiVaksin yang share status itu di wall mereka, dan mengajak rakan-rakan sependapat mereka, mencerca, mengata, menfitnah dengan pelbagai tujuan dan gelaran buruk. 

Saya baca, Ya Allah. Mereka kata mereka antiyahudi, antibenda haram, tak mahu dicucuk benda haram, tetapi kenapa berkomentar dengan akhlak dan adab yang tidak menggambarkan sebagai seorang Muslim. Kasihan tengok komentar dan akhlak-akhlak mereka, terutama yang share kisah ibu saya sudi dicucuk vaksin selepas tengok Progam Forum Perdana Hal Ehwal Islam itu.

Ada AntiVaksin yang di wall mereka itu, mendoakan ibu saya mati selepas dicucuk vaksin supaya saya sedar bahaya vaksin, mendoakan perkara buruk lain, bahkan ada komentar yang saya tak sanggup nak baca. Buruk akhlak dan adabnya.

Ini adalah antara punca mengapa kedua golongan ini saling bertelingkah.

Sama juga, ada ProChoice atau AntiVaksin ini, mereka buat status di wall mereka elok-elok, tapi ada ProVaksin share dan mengajak orang lain mengata, mencerca.

Innalillahi wainna ilaihirajiun.

Ini bukan akhlak kita sebagai muslim yang beriman kepada hari akhirat.

Kita sibuk membicarakan perihal akhir zaman, kebangkitan dajjal, konspirasi teori, tetapi dalam tidak sedar, kita telah bersikap saling mendajjalkan sesama kita, tenggelam akhlak dan adab kerana teori, dan tanpa sedar, kita merancakkan tanda-tanda akhir zaman.

Bertaubatlah kita sesama kita. Hentikanlah cerca mencerca dan kata mengata. Ingatlah dosa dan pahala dalam berkomunikasi kita.

Kita tolak atau ambil vaksin, hak persendirian kita. Tak perlu mencerca pilihan orang lain.

Saya pelik kenapa ada ProChoice dan Antivaksin ini, begitu suka mencerca, menggelar dan memperkecil atau memperbodohkan orang-orang yang membuay pilihan untuk divaksin, tapi dalam masa yang sama mereka kata pilihan mereka adalah hak mereka. Bukankah yang sudi divaksin itu juga ada hak mereka sendiri? 

Begitu juga vice versa

Kita hidup tak lama, 60 hingga 70 tahun maksimum usia kita. Usahlah kita gadaikan syurga kita kerana hal ini.

Berbicaralah dengan akhlak yang baik.

Nabi S.a.w. datang dengan akhlak dan adab mulia dahulu, sebelum datangnya hukum hakam. 

Ikutlah Nabi S.a.w. dalam beradab dan berakhlak.

Akhir perbualan kami berdua, kami tetap dengan pendirian masing-masing, dan kami ok. Tak ada kami saling menggelar dengan gelaran buruk untuk menyakitkan hati sesama sendiri. Tidak.

Bukankah itu sarananNya? :) 

ZulTCDx
Sg.Petani
27.2.2021.

Saya Memilih Untuk DiVaksin.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

V4KSIN Sudah Sampai! - Nak Menentang SILA PAKAI OTAK.



Gambar 5 : Pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi melalui kaedah selain daripada aplikasi MySejahtera

Selain aplikasi Mysejahtera, anda kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi melalui lagi kaedah iaitu:

2. Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan: 1800-888-828 

#LindungDiriLindungSemua #kkm




Gambar 5 : Risalah Wifaqul 'Ulama (SA) Association Of South African 'Ulama

'Sikap tunggu dan lihat' punca daftar imunisasi rendah

PUTRAJAYA: Kadar pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin yang kurang memberangsangkan ketika ini, berpunca daripada sikap 'tunggu dan lihat' dalam kalangan rakyat negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata situasi sedemikian sudah dijangka, namun kerajaan menaruh kepercayaan kadar pendaftaran bakal meningkat dalam tempoh terdekat.

Katanya, peningkatan kadar pendaftaran mampu dicapai seiring pembukaan kaedah pendaftaran menerusi laman web rasmi, secara dalam talian dan berkunjung ke hospital atau klinik berdekatan.

"Kedudukan perangkaan terkini setakat jam 11 pagi, hari ini menyaksikan seramai 1,468,137 orang sudah daftar bagi mendapatkan vaksin menerusi MySejahtera.

"Ini hanya mewakili 6.1 peratus daripada keseluruhan penduduk, berbanding sasaran asal kita iaitu 80 peratus, justeru kadar pendaftaran ini masih di tahap agak rendah.

"Kita perlu tingkatkan usaha bagi memacu pendaftaran," katanya mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada sidang media secara bersama itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, kerajaan setakat ini tidak mempunyai sebarang sasaran atau unjuran terhadap kadar pendaftaran mengikut tempoh tertentu bagi mendapatkan suntikan imunisasi COVID-19, sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan kebimbangan berhubung kadar pendaftaran semasa, memandangkan suntikan vaksin dalam kalangan rakyat amat penting bagi memastikan Malaysia bebas belenggu pandemik COVID-19.

"Memang kita sudah jangka keadaan sebegini, tetapi saya percaya apabila ramai lagi barisan hadapan terima vaksin, rakyat akan lebih yakin untuk membuat pendaftaran.

"Justeru, kita akan pantau dari semasa ke semasa," katanya.

Berdasarkan perangkaan semasa, Khairy mendedahkan seramai 17,064 orang kini sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara, dengan Sarawak dinobat negeri yang merekodkan kadar pemberian imunisasi tertinggi iaitu 7,402 penerima.

Beliau berkata, ia disusuli Pahang dengan 2,419 penerima dan Perak (1,277), manakala daerah tertinggi pemberian vaksin ialah Kuching, Sarawak membabitkan 1,677 orang, Sibu (1,360), Kinta, Perak (1,141), Kuantan, Pahang (1,075) dan Mukah, Sarawak (822).

Mengulas penjualan vaksin COVID-19 di Malaysia menerusi syarikat farmeseutikal swasta, Khairy berkata, ia perlu mendapatkan kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA), namun pihaknya setakat ini dimaklumkan tiada sebarang permohonan untuk tujuan itu.

"Jika lulus (oleh NPRA), boleh bincang dengan kerajaan untuk memperhalusi bekalan kepada masyarakat, setakat ini perolehan hanya antara menerusi Kerajaan Persekutuan dan tiada permohonan diterima dalam kalangan syarikat swasta," katanya.


Akhirnya ada juga video dalam Bahasa Melayu.

Thank you Dr. Rolland from The KL Sky Clinic tolong jelaskan tentang vaksin covid-19 ini. 

Dia secara  peribadi tak nak ambil vaksin buat masa ni. 

Dia lebih rela kalau kena covid, lepas itu dua tiga hari sembuh guna immune system sendiri. 

Hairan aku kenapa KKM tak terangkan langsung pasal ini kat TV. 

Dengarlah betul-betul  sampai habis dan korang nilaikanlah sendiri nak ambik atau tak vaksin ini. Fikir-fikirkanlah... ;)

Tonton video itu di sini :-

Bahan bacaan lain yang berkaitan :-

1. Mulai tahun ini, Arab Saudi wajibkan semua jemaah haji ambil suntikan vaksin COVID-19.

Jadi, bakal jemaah yang belum suntik ataupun daftar program vaksinasi, bolehlah cepat-cepat daftar melalui aplikasi MySejahtera.


Join Telegram Samudera https://t.me/samudera_my


2. CDC benarkan orang dah vaksin penuh tak pakai mask. Boleh jumpa orang tanpa pakai mask dan penjarakan sosial.


Join Telegram Samudera https://t.me/samudera_my


3. Empayar Uthmaniyyah memulakan kajian mengenai vaksin 

4. Video anak tumbuk pun dah tak sakit lenguh bahu disuntik vaksin hilang dalam tempoh 48 jam https://siakapkeli.my/2021/02/28/video-anak-tumbuk-pun-dah-tak-sakit-lenguh-bahu-disuntik-vaksin-hilang-dalam-tempoh-48-jam/

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pro-Vaksin vs Anti-Vaksin : Sudah-Sudahlah | Ustaz Badli Shah Alauddin


PRO-VAKSIN VS ANTI-VAKSIN : SUDAH-SUDAHLAH
Kuliah Maghrib secara atas talian pada hari Rabu 15 September 2021.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pautan artikel lain yang berkaitan : The Extinction Parade : War


Isu Perbincangan Mengenai Virus, Vaksin dan Microchip

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...