Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 12 March 2021

ISU BUKAN MUSLIM GUNA KALIMAH ALLAH


Gambar 1 : Kalimah Allah 


Surat Al-'Ikhlas (The Sincerity) | Mishary Rashid Alafasy | مشاري بن راشد العفاسي | سورة الإخلاص

Verse 01: 00:17 Qul huwa Allahu ahad (Say, "He is Allah, [Who is] One) Verse 02: 00:20 Allahu assamad (Allah, The Eternal Refuge) Verse 03: 00:23 Lam yalid walam yoolad (He neither begets nor is born) Verse 04: 00:26 Walam yakun lahu kufuwan ahad (Nor is there to Him any equivalent)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini kita dikejutkan sekali lagi dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan cetakan buku agama lain selain daripada agama Islam. Walaupun isu ini adalah isu yang lama tapi dibangkitkan semula apabila timbul daripada keputusan daripada pihak mahkamah pada 10 Mac 2021 yang lepas.

10 Mac 2021 Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Kronologi Sejarah Polemik Kalimah Allah ini anda boleh baca dan semak seperti mana yang dikongsikan di dalam hasil tulisan dan kajian saya berkenaan dengan isu tersebut. Harapan kita semua agar pihak pemerintah dapat membuat satu keputusan yang tegas agar keputusan tersebut dapat memberhentikan isu ini daripada berlaku sekali lagi di negara kita, Malaysia.

Saya secara peribadi menolak sebarang penggunaan kalimah Allah di dalam urusan agama selain dari Agama Islam. Saya tetap mempertahankan bahawa kalimah Allah adalah hakmilik eksklusif untuk Umat Islam sahaja secara total. 

Semoga usaha kita semua akan membuahkan hasil demi untuk mempertahankan Agama Islam ini sehingga hari Kiamat. In shaa Allah, aamiin.


Video 2 : KALIMAH ALLAH || Almarhum Dato' Dr. Ustaz Harun Din


Gambar 2 : Saya Akan Pertahan Kalimah Allah

"Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah...Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'. Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah dilteak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia. atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan." Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS


Gambar 3 : KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah 'Allah' adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataaan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaaanya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN 8.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermseyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006


Gambar 4 : Pendapat daripada salah seorang netizen berkenaan dengan isu kalimah Allah ini

Arkib : 10 Mac 2021


Gambar 5 : Tajuk petikan daripada suratkhabar yang bertarikh 20 Januari 2010. Paderi Australia akui Allah hanya untuk orang Islam. Penggunaan kalimah merujuk aspek ketuhanan berbeza

Mengapa Kristian Bersungguh Ingin Menggunakan Kalimah Allah?

==============

1. Sinar Harian melaporkan semalam keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu. Mereka juga dibenarkan untuk menggunakan perkataan Solat, Kaabah dan Baitullah.

2. Timbul persoalan di sini, mengapa sebahagian penerbitan Kristian bersungguh menterjemahkan perkataan God kepada Allah sedangkan ia di sisi umat Islam memberikan makna yang berbeza? Bukankah ia akan menimbulkan lebih keraguan? Mengapa Kristian ingin menggunakan perkataan Solat sedangkan kita tahu Prayer dan Solat mempunyai pemaknaan yang berbeza? 

3. Perkara yang sama pernah diutarakan oleh Prof Syed Naquib al-Attas pada rombongan Kristian yang datang bertamu ke ISTAC. Prof al-Attas mengajukan soalan tentang mengapa kamu ingin menggunakan kalimah Allah setelah sekian lama menggunakan perkataan God atau Tuhan?

4. Mereka menjawab: “Kami ingin bersikap lebih patriotik dan kami akan berdoa menggunakan Bahasa Malaysia.” Anehnya perkataan Allah bukanlah berasal dari Bahasa Malaysia bahkan konsep ketuhanan dalam kedua agama ini sangat berbeza.

5. Umat Islam meyakini Allah itu satu melalui konsep Tauhid sedangkan Kristian percaya pada doktrin Trinity yang menampilkan tiga elemen dalam perkara ketuhanan. Kedua konsep ini amat jauh bertentangan.

6. Malah penggunaan Kalimah Allah pernah dibantah di peringkat antarabangsa oleh paderi Kristian sendiri kerana ia menimbulkan keraguan terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian sendiri. Sebagai contoh :

[a] Rob Phillips iaitu Pengarah Komunikasi Missouri Baptist Convention dan mubaligh Gereja Baptis melalui artikelnya bertajuk “Yahweh (the God of the Bible) vs Allah (the God of the Koran)” menyatakan bahawa Allah bukanlah Tuhan yang dinyatakan dalam Al Kitab.

[b] Dr. R. Albert Mohler Jr. iaitu Presiden The Southern Baptist Theological Seminary mempertikaikan saranan penganut Kristian menggunakan nama Allah kerana al-Quran secara jelas menegaskan Allah tidak mempunyai anak dan menolak prinsip triniti yang dibawa oleh Kristian.

[c] Dave Armstrong tokoh dari Gereja Roman Katolik dalam artikelnya berjudul “Does the Catholic Church Equate Allah and Yahweh?” menegaskan bahawa Allah dan Tuhan yang dimaksudkan dalam Kristian adalah entiti yang tidak sama.

7. Biarpun sebahagian tokoh Kristian antarabangsa tidak bersetuju dalam isu terjemahan perkataan God kepada Allah, kesungguhan gerakan Kristian di Malaysia dalam memperjuangkan kalimah Allah ini menimbulkan pelbagai pertanyaan.

8. Dari aspek positifnya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian membuka dimensi baharu dalam medan dakwah. Kita berpeluang memahamkan kepada pelajar atau sahabat Kristian kita tentang Allah dari perspektif Muslim.

9. Allah adalah Tuhan yang sama buat Muslim mahupun Kristian. Namun kita harus tegaskan kepada mereka bahawa ajaran Trinity yang dibawa oleh Kristian adalah bercanggah dengan konsep Tauhid yang jelas ditegaskan oleh al-Quran bahawa Tuhan itu satu, Dia tidak mempunyai anak dan Nabi Isa (Jesus) hanyalah seorang Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Sumber:

[1] Temubual Prof al-Attas: https://www.facebook.com/193058140711532/posts/571149779569031/

[2] Buku MAIS:

http://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Buku-Kalimah-Allah-Full-Version_BM.pdf

Temubual Prof al-Attas

  • Question: The using of kalimah "Allah" by other people in this country. 
  • Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80's and early 90's), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the MINISTERS, we had a meeting at ISTAC. And I said, "Why you want to use the word 'Allah' for yourself?" They said "we going to pray in Bahasa Malaysia"

That's the way they put it. So my answers to them, "Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?"

Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I'm saying that "why don't you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? 

Because you are talking about God isn't it?…God is not just a name… "Allah" is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God"

And then I said, "…and "Allah" is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word "Allah" does not fit into your idea of God. Because "Allah" does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can't allow you to use this.

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean "Allah"… but they cannot say when they speak about God it means "Allah" as they don't mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not ‘was-was’ (hesitate)... whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that… but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah... that is why we say "tiada Tuhan melainkan Allah" not "tiada Tuhan melainkan Tuhan". We don't say "there is not God but God"... at least the ulama' among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word "Allah").

So "Allah" cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam... although the word existed (before)... the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)... if they say that it is just a language... they talking about language... because they say "Allah" like the Muslim when they ‘melatah’. 

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same... that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is... that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is "amana billah".

 https://www.facebook.com/193058140711532/posts/571149779569031/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar 6 : History Of Christian Use Of 'Allah'

KRONOLOGI SEJARAH POLEMIK KALIMAH ALLAH 

1. Polemik mula tercetus pada 31 Disember 2007 apabila pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah. 

2. Pihak KDN menegaskan bahawa larangan yang telah dikuatkuasakan pada 1 November 2006 itu masih kekal.

3. Pada 3 Januari 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin menyatakan bahawa mesyuarat Kabinet Malaysia telah mengekalkan keputusan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing.

4. 16 Februari 2009 pihak Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 16 Februari 2009 bagi mengisytiharkan bahawa tindakan pihak KDN mengeluarkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja adalah tidak sah. 

5. 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah memutuskan bahawa pihak The Herald mempunyai hak dari sudut perlembagaan untuk menggunakan kalimah tersebut selagi mana tidak disebarkan kepada umat Islam.

6. Pihak KDN telah segera memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu. 

7. Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. 

8. Pihak gereja telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada 11 November 2013 dengan mengemukakan 26 hujah bantahan. 

9. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ketika itu saya selaku Yang DiPertua mengadakan beberapa siri jelajah negeri-negeri dan perbincangan Meja Bulat bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, NGO-NGO Islam, pakar-pakar perundangan Islam untuk mengatur strategi bagi menangani isu ini secara ilmiah dan memberikan pencerahan kepada masyarat.

10. YADIM mengatur dan memobilisasi hampir 1500 orang dikalangan NGO-NGO Islam untuk mengikuti proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

11. Rayuan berkaitan isu ini akhirnya tamat pada 23 Jun 2014 apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan  menolak permohonan pihak gereja untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

12. 10 Mac 2021 Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

13. Hakim Mahkamah Tinggi ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. 

14. Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah 'Allah' dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Rujukan:

https://www.researchgate.net/profile/Khairul-Meerangani/publication/321298933_ISU_PENGGUNAAN_KALIMAH_ALLAH_OLEH_PIHAK_KRISTIAN_ANALISIS_MENURUT_HUKUM_ISLAM/links/5a1a180ca6fdcc50adeaeb01/ISU-PENGGUNAAN-KALIMAH-ALLAH-OLEH-PIHAK-KRISTIAN-ANALISIS-MENURUT-HUKUM-ISLAM.pdf?origin=publication_detail

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4320533531309994&id=116331768396879

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari sisi pandangan yang lain berkenaan dengan isu yang sama :-

Video 3 : Zon Kuliah berkenaan dengan isu penerbitan Al-Kitab di Malaysia

Merujuk kepada persoalan mengenai Penyelesaian 10 Perkara yang pernah dikeluarkan oleh mesyuarat kabinet pada tahun 2011 seperti yang dibangkitkan di dalam video tersebut, di sini adalah merupakan penjelasannnya.

Ini dah tahun 2021. Masih salah Najib lagi?

Saya terbaca propaganda dari sebelah sana yang cuba salahkan saya apabila Mahkamah Tinggi memutuskan 2 hari dahulu bahawa orang bukan Islam berhak guna kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Kononnya Penyelesaian 10 Perkara yang dikeluarkan kabinet pada tahun 2011 masa saya PM adalah punca Mahkamah Tinggi membuat keputusan tersebut.

Ini benda dah 10 tahun dahulu. Masih salah saya lagi walaupun saya sudah 3 tahun tidak berada dalam kerajaan dan bukan PM lagi?

Perlu ingat bahawa penyelesaian 10 perkara itu dikeluarkan secara umum dan bukan disorok-sorok pada tahun 2011.

Selama 10 tahun, tiada sesiapa yang pernah kata ianya bukan penyelesaian yang paling adil bagi semua.

Malah pada tahun 2013, Mahkamah Rayuan juga menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

  • "14 Okt 2013: Mahkamah Rayuan: The Herald tak boleh guna kalimah Allah"

https://www.malaysiakini.com/news/243809

Keputusan ini turut dikekalkan di perringkat Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.

  • "23 Jun 2014: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan isu 'Allah'"

https://www.malaysiakini.com/news/266505

(Tahun 2013 dan 2014 itu, saya juga PM ye)

Bagi kita, penyelesaian 10 Perkara pada tahun 2011 itu adalah cara terbaik dan paling adil untuk menyelesaikan kontroversi berhubung Alkitab yang bertahun lamanya terutamanya di Sabah dan Sarawak dengan menghormati perlembagaan Malaysia dan juga perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah dan Sarawak.

Perlu ingat bahawa perkara pertama dalam perjanjian 18 perkara dengan Sarawak dan perjanjian 20 perkara dengan Sabah semasa membentuk Malaysia ialah:

"Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara."

Ini adalah Penyelesaian 10 Perkara tahun 2011:

1. Alkitab dalam semua bahasa boleh diimport ke negara ini, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia.

2. Alkitab-alkitab ini boleh dicetak secara tempatan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini adalah perkembangan baru yang wajar diterima oleh kumpulan-kumpulan Kristian.

3. Alkitab dalam bahasa suku kaum tempatan di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak secara tempatan dan dimport. 

4. Untuk Sabah dan Sarawak, memandangkan masyarakat Kristian yang besar di negeri-negeri itu, tiada syarat dikenakan atas pengimportan dan percetakan tempatan untuk Alkitab dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa-bahasa suku kaum tempatan. Tidak ada syarat dikenakan untuk meletakkan sebarang cop atau nombor bersiri. 

5. Dengan mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang berbilangan lebih besar, di Semenanjung Malaysia, Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada diimport atau dicetak, perlu ada perkataan-perkataan "Penerbitan Kristian" dan lambang salib dicetak pada kulit muka depannya. 

6. Dalam semangat 1Malaysia dan memandangkan ramai orang yang merantau di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak akan dikenakan larangan atau sekatan untuk orang-orang yang membawa Alkitab mereka serta bahan-bahan Kristian dalam perjalanan seperti itu. 

7. Arahan mengenai Alkitab telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementrian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan yang betul daripada keputusan kabinet ini. Kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan pegawai-pegawai terbabit dikenakan tindakan disiplin di bawah Perintah Am. Taklimat yang  menyeluruh daripada pegawai-pegawai tertinggi, termasuk Peguam Negara, akan diberikan kepada semua kakitangan kerajaan yang berkenaan untuk memastikan pemahaman yang jelas dan perlaksanaan yang betul daripada arahan itu.

8. Untuk Alkitab-alkitab yang telah ditahan di Kuching, pengimportnya, Gideon boleh mengambil kesemua 30,000 Alkitab itu tanpa dikenakan bayaran. Kami akan bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terbabit diberi ganti rugi. Tawaran yang sama juga diberikan kepada pengimport 5,100 Alkitab di Pelabuhan Kelang, yang mana telahpun diambil oleh Bible Society of Malaysia (BSM) minggu lepas.

9. Berbicara mencakupi lebih daripada isu Alkitab, Kerajaan ingin mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan Kristian dan semua kumpulan agama yang berbeza untuk menangani isu-isu antara agama dan berusaha ke arah pencapaian semua aspirasi keagamaan bersesuaian dengan Perlembagaan, dengan mengambil kira undang-undang yang berkaitan di negara ini. Untuk memastikan usaha ini diberi perhatian segera, Perdana Menteri akan bertemu dengan wakil-wakil Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak lama lagi untuk membincangkan langkah-langkah masa depan. 

10. Menteri-menteri Kristian dalam Kabinet akan bertemu secara berkala dengan wakil-wakil pelbagai kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu yang mereka hadapi dan bekerjasama dengan kementrian-kementrian yang berkaitan dan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan.

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157756782830952/

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISU BUKAN MUSLIM GUNA KALIMAH ALLAH

Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

1. Isu bukan muslim menggunakan kalimah ALLAH telah saya ulas dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Tidak dinafikan bahawa beberapa elemen setempat ini perlu diberikan perhatian.

2. Fatwa Negeri Perlis pada lebih 12 tahun lalu, pada 14-15 Jun 2008 membuat keputusan “Tiada halangan orang bukan Bukan Islam MENYEBUT nama ALLAH dan MEMANGGIL Tuhan dengan nama ALLAH”. 

Untuk memahami fatwa ini, hendaklah dibaca ulasan dalam artikel ini sepenuhnya.

3. Yahudi Arab, Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu memang menyebut Allah sebagai Tuhan. Bahkan di negara-negara Arab sehingga kini, Bible Arab menyebut perkataan ALLAH. Sesiapa yang pergi ke gereja-gereja di Jordan, Lebanon, Syria, Mesir dan seumpamanya akan melihat hal ini. Anda juga boleh melihat naskhah Arab itu di internet: https://st-takla.org/Bibles/Download-Arabic-Bible-Doc.html

4. Di Malaysia, ada agama selain Kristian yang sejak dahulu menggunakan nama ALLAH dalam teks mereka iaitu Agama Sikh. Walaupun agama ini lahir selepas Islam, tapi demikianlah teks mereka. Demikian juga bukan muslim menyebut nama dalam lagu-lagu negeri di Malaysia yang mempunyai perkataan ALLAH seperti lagu Negeri Selangor. Demikian perkataan ALLAH dan Muhammad pada logo PDRM.

5. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah sesiapa yang memanggil Tuhan dengan panggilan ALLAH sekalipun bukan muslim. Bahkan itulah nama Tuhan yang sebenar. Apa yang dibantah oleh al-Quran dan al-Sunnah ialah syirik yang mereka lakukan. Antara dalilnya al-Quran menyebut:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ (63)

(maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat ini, menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik. Banyak ayat seperti ini dalam al-Quran. Contoh lain sila baca Surah al-Zukhruf ayat 87-88

6. Ketika menyebut tentang peranan jihad dalam Islam, Allah menyebut: 

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

(maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadah rahib, gereja-gereja (kaum Nasrani), rumah ibadah Yahudi, dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Dalam al-Tafsir al-Munir, Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut: “Disebut nama ALLAH banyak-banyak dalamnya bermaksud disebut nama ALLAH pada empat tempat yang nyatakan (tempat pertapaan, gereja Kristian, rumah ibadah Yahudi dan Masjid)” (17/225. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)

7. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

أَنَّ قُرَيْشًا صَالَحُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِمْ سُهَيْلُ بْنُ عَمْرٍو فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ اكْتُبْ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فَقَالَ سُهَيْلٌ أَمَّا بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فَلَا نَدْرِي مَا بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَكِنْ اكْتُبْ مَا نَعْرِفُ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ

Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. 

Hadis ini ternyata mereka bersetuju menggunakan nama Allah cumanya mereka tidak setuju al-Rahman dan al-Rahim. 

8. Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Justeru, bukan semua yang mengakui Allah sebagai akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik. Jika tidak tentu Musyrikin Mekah, Yahudi dan Kristian Arab dianggap beriman dengan ajaran Islam.

9. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini menjadi polemik. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik penggunaan ini?! Apakah ada agenda yang lain? Mengapa sebelum ini tidak ada tuntutan ini dam seumpamanya. Maka, isu ini bersifat tempatan dan urustadbir politik setempat.

10. Untuk menyelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sejak 12 tahun lalu mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;

a. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar membantah. Musyrikin Quraish memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

b. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

c. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat dan doa mereka, maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

d. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

e. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

f. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim tadi.

11. Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak berbalah disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.

Catatan Nota Tambahan Penulis : Isu Kalimah Allah ini, In shaa Allah, Aamiin, Nabi telah pun terima dan setuju dengan Isi Kandungan daripada Perjanjian Hudaibiah hanya kerana ianya berkaitan dengan isu diplomatik dan juga keselamatan umat Islam ketika itu. Akan tetapi, apabila isu Kalimah Allah ini timbul pada masa kini, tiadakah terdetik dalam fikiran kita bahawa, satu gelombang besar yang negatif bakal wujud dalam masyarakat kita selepas ini? Saya berfikiran bahawa apabila isu yang melibatkan aqidah Umat Islam, sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w. tidak bertolak ansur. Malah Umat Islam pada Fasa Akhir Zaman juga akan tetap mempertahankan kalimah Allah yang suci ini daripada dicemarkan oleh bukan Muslim sekiranya mereka ingin membuat provokasi terhadap Agama Islam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kontroversi Kalimah Allah.

TUN DR MAHATHIR

5 Jan 2010 | Uncategorized

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah “Allah” untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan “kaum pendatang” kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah “Allah” juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah “Allah” tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah “Yahweh“, yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai “Jehovah”.

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada “Allah” supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah “Allah” dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan “Tuhan” digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep “Trinity” yang mana terdapat “God the Father, God the Son and the Holy Ghost”. Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan “Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci”, maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, “God is dead”. Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti dengan “Allah is dead”?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua’lam.

Yb Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 

#SayangKepadaBangsa

#KPTMOfficial

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4176897482322466&id=100000067678828

Ini adalah contoh antara kesan yang berlaku sekiranya isu ini tidak dikawal dengan sepenuhnya daripada pihak pemerintah :-

Bahaya jika kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian. Sila baca perkongsian ini.

Allah Bagi Umat Kristen

Oleh Azma

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang-orang Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia selepas itu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar-kobar.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal-pasal dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries : "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Saudara. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama orang Kristian) selepas itu ada salib diikuti tulisan kecil "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, lepas itu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Selepas itu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dalam Arab!) lepas itu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup-tup aik, kenapa lain macam tempat ini, siap ada patung Jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupanya....

PS : HARAP PIHAK YANG MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH INI BACA APA YANG TELAH DIPUTUSKAN DALAM MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN PADA TAHUN 2008 INI.

https://www.facebook.com/100000306576607/posts/3998759293477584/

Sebagai penutup kepada perbincangan mengenai isu ini, di sini adalah jalan penyelesaian yang lain untuk mengawal isu ini daripada berbangkit semula pada masa akan datang oleh pihak pemerintah

AKTA KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM AKAN DIGUBAL

Saya memahami keresahan umat Islam berhubung keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. 

Ramai yang risau mengenai apakah nasib umat Islam selepas keputusan ini nanti?

Dari sudut hukum, wujud perbezaan pandangan mengenai penggunaan kalimah Allah. Ada yang membenarkan, ada juga yang menolak.

Dalam hal ini, pandangan saya selari dengan Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang iaitu kita tidak boleh sampai tidak membenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam tetapi perlu ada batasannya. 

Yang kita risaukan adalah wujud dalam kalangan bukan Islam yang “mempergunakan” kalimah Allah ini bagi tujuan menyebarkan agama lain kepada orang Islam. 

Di sinilah penting untuk kita melihat tujuan penggunaan sesuatu perkataan itu berpandukan kepada kaedah fiqh yang membawa maksud “Semua perkara dilihat kepada tujuannya.”

Dalam isu kalimah Allah ini khususnya, kita tidak boleh melihat sekadar apa lafaz dan ungkapannya sahaja, tetapi mesti juga diambil kira maksud tujuan dan maknanya.

Jika tujuan kalimah Allah digunakan untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, maka perlu ada sempadan yang ditetapkan dalam penggunaannya.

Perlembagaan Persekutuan telah memberikan punca kuasa kepada negeri-negeri termasuklah Wilayah Persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi tujuan mengawal dan menyekat pengembangan agama bukan Islam.

Kuasa ini telah diberikan di bawah Perkara 11(4) iaitu setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tidak boleh mengembangkan atau mempengaruhi orang lain untuk mengamalkan agama yang mereka anuti. 

Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasakan di negeri-negeri yang sudah pun menggubal Enakmen Kawalan Pengembangan Agama bukan Islam kepada orang Islam.

Manakala, kita dalam usaha untuk menggubal enakmen / akta ini di negeri-negeri yang masih belum ada termasuklah Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang saya pernah maklumkan di Parlimen pada 26 November 2020.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan di negara kita. Hormati asas yang telah dibina oleh Perlembagaan Persekutuan. 

Saya ingin menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan menggunakan keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk menyebarkan dakyah agama lain kepada orang Islam.

Di pihak Kerajaan, kita akan terus berusaha melakukan langkah-langkah yang lebih jitu ke arah pengharmonian perundangan di Malaysia mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Marzuk Shaary,

12 Mac 2021

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1138989516539949&id=446352142470360

Sebagai penutup kepada perbincangan ini antara sumber lain yang boleh dibaca sebagai rujukan :-

  • Rujukan 1

Menurut Pendeta Za’aba:  “Semenjak orang-orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini (Islam). Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, namun mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apapun hujjah ataupun pujukan dari orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu.”

Hebatnya bangsa Melayu dalam ‘menjaga Allah!

Penuh Di: https://www.samudera.my/jaga-allah-dan-jaga-rasulullah/

Join Telegram Samudera https://t.me/samudera_my

  • Rujukan 2

Sultan Selangor arah henti guna kalimah Allah dalam Bible, The Herald versi Bahasa Melayu

Bernama November 14, 2013 20:27 MYT [Arkib]

Sultan Selangor arah henti guna kalimah Allah dalam Bible, The Herald versi Bahasa Melayu
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible' dan penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.
Baginda bertitah ia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Selangor supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.
"Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas," titah baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di sini.

Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyatnegeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

  • Rujukan 3

Polemik kalimah Allah: Sultan Johor zahir dukacita dan mahu kerajaan Persekutuan teruskan rayuan.


Join Telegram Samudera https://t.me/samudera_my


  • Rujukan 4
Izzat Andrew, seorang penganut Kristian Koptik di Mesir telah menulis, kalimah “Allah” tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun Nasrani. 

Gambar 7 : Sebagai renungan buat kita semua daripada media sosial (medsos)

Ramai penganut Katolik yang tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah di Malaysia.

Manakala pendokong Evangelist, mereka begitu beriya-iya sangat untuk menggunakan kalimah Allah di Malaysia.


Keputusan ini telah dibawa ke peringkat Majlis Raja-raja Melayu

ISU KALIMAH ALLAH: SELESAI BINCANG BERSAMA PARA MUFTI, RESOLUSI DIBAWA KE MAJLIS RAJA-RAJA

Mesyuarat Khas Isu-Isu Semasa Mufti-Mufti Seluruh Malaysia dan Alim Ulama’ berkaitan isu kalimah Allah telah berlangsung hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hasil perbincangan dalam pertemuan bersama para mufti itu akan disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Menjadi kelaziman bagi isu-isu hal ehwal Islam di Malaysia terutamanya di peringkat nasional, sebarang bentuk resolusi, usul dan pandangan akan disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...