Gambar 1 : Peristiwa Berdarah, Jumaat 15 Mac 2019
Hari ini pada 2019
Detik hitam di Christchurch, New Zealand apabila 51 nyawa terkorban sementara 40 lagi cedera angkara seorang lelaki warga Australia melepaskan tembakan rambang di Al Noor Mosque sekitar 1.40 petang waktu tempatan, ketika ratusan umat Islam sedang mendirikan solat Jumaat. beberapa minit selepas serangan pertama, dia memandu sekitar tiga batu ke Linwood Islamic Centre dan mengulang perbuatan kejamnya di situ.
Empat rakyat Malaysia antara mangsa serangan tersebut, di mana Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun disahkan terkorban.
Sumber : Astro Awani
-----------------------------------------------------------------------
Hari ini 4 tahun yang lalu merupakan antara detik paling hitam dalam sejarah New Zealand apabila Christchurch bermandi darah. 51 nyawa terkorban sementara 40 lagi cedera apabila seorang lelaki melancarkan serangan di 2 lokasi: yang pertama di Masjid Al Noor (gambar) sekitar 1.40 pm waktu tempatan, ketika 190 orang jemaah sedang mendirikan solat Jumaat.
Beberapa minit kemudian, dia memandu sekitar 3 batu ke Linwood Islamic Centre & turut melepaskan tembakan membunuh beberapa lagi di situ, sebelum dia memandu pergi sekitar 1.55 pm. Namun dia berjaya ditangkap polis 4 minit kemudian.
4 rakyat Malaysia menjadi antara mangsa serangan tersebut, di mana 3 cedera namun seorang lagi, remaja 17 tahun bernama Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, terkorban di Masjid Al-Noor.
Penyerang itu bernama Brenton Harrison Tarrant, berusia 28 tahun dari Grafton, New South Wales, Australia. Ketika serangan, dia merakam & menyiarkannya secara langsung di Facebook dengan kamera GoPro yang dipasang pada topi keledarnya.
Motif serangan anggota sebuah gerakan rasis Identitarian Movement itu adalah atas dasar kebencian, perkauman & xenofobia (tak suka orang negara luar) dengan merujuk kepada peristiwa Genosid Muslim Bosnia.
Pentadbiran New Zealand pimpinan Jacinda Ardern segera mewujudkan sebuah suruhanjaya khas untuk mengkaji isu tersebut & mereka berjanji untuk menguatkuasakan undang-undang baharu bagi mengelakkan tragedi berdarah itu berulang.
Bulan berikutnya, kerajaan meluluskan undang-undang mengharamkan segala bentuk senjata separa-automatik & komponennya untuk dimiliki orang awam serta memberikan tempoh pembelian semula senjata yang diharamkan. Serangan Christchurch itu merupakan insiden tembakan dahsyat pertama di New Zealand sejak insiden pembunuhan beramai-ramai Raurimu pada 1997.
Sumber: Astro AWANI, History, The Guardian
Insiden tembakan di Christchurch, New Zealand
Gambar 2 : Wajah pengganas sebenar yang menyerang Masjid Di Christchurch, New Zealand
Arkib : 16 Mac 2019
PENGGANAS BRENTON TARRENT DIDAKWA DI MAHKAMAH CHRISTCHURCH
Pagi ini, Brenton Tarrent yang tertuduh melakukan pembunuhan beramai-ramai dan melakukan serangan bersenjata ke atad Masjid Al-Nour telah dibawa ke Mahkamah Daerah Christchurch untuk dibicarakan dibawah pertuduhan pembunuhan kejam beramai-ramai.
Mahkamah memutuskan agar persidangan tidak dibuka kepada orang awam dan dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua gambar tertuduh perlu di'blurr'kan wajahnya atas perintah Hakim mahkamah.
Ketika pertuduhan dibacakan, pendakwa mendedahkan Brenton berusia 28 tahun, berasal dari Australia, memiliki lesen senjata yang sah sejak November 2017, tinggal bersama keluarga di Dunedine dan sudah biasa travel ke pelbagai negara luar berdasarkan passportnya.
Brenton juga TIDAK mempunyai sebarang rekod jenayah di Australia dan New Zealand. Brenton tiba di Christchurch beberapa hari awal bersama beberapa lagi orang rakannya bagi melancarkan serangan di Masjid-masjid dan lokasi awam di Christchurch.
Jam 9 pagi tadi, Brenton didakwa dibawah 1 pertuduhan iaitu melakukan pembunuhan kejam beramai-ramai di Masjid Al-Nour. Pendakwaan lain-lain akan menyusul pada minggu hadapan termasuk pendakwaan penyalahgunaan lesen senjata api. Walaubagaimanapun jangan terkejut sekiranya Brenton TIDAK AKAN dijatuhkan hukuman mati kerana di New Zeland TIADA hukuman mati lagi dijalankan sejak 1961. Bererti sekiranya Brenton disabitkan kesalahan tersebut, paling kuat dia hanya akan dipenjara seumur hidup.
Dua orang lagi rakan Brenton masih ditahan reman dan disoal siasat kerana masih belum jelas hubungkait mereka dengan Brenton. Dua orang saspek tersebut merupakan masing-masing penyerang di Masjid Linwood dan di Hospital Christchurch. Adapun, menurut pihak polis NZ, serangan di Hospital itu berjaya digagalkan pihak Polis. Hanya serangan di Masjid Al-Nour dan Masjid Linwood sahaja mengorbankan ramai mangsa.
Jumlah keseluruhan mangsa terkorban setakat ini adalah 49 orang dan 48 orang lagi masih dirawat di Hospital Christchurch termasuk 3 warganegara Malaysia. 41 daripada mangsa terbunuh adalah dibunuh oleh Brenton di Masjid Al-Nour. Manakala 7 lagi dibunuh di Masjid Linwood oleh saspek lain. Satu maut di Hospital Christchurch akibat pendarahan tidak henti.
Kedua-dua saspek serangan di Masjid Linwood dan Hospital Christchurch masih lagi menjadi tanda tanya. Pihak Polis NZ tidak mengeluarkan sebarang imej saspek tersebut dan kita hanya akan mengetahuinya pada hari pertuduhan baru minggu hadapan.
Sementara itu, di Masjid Al-Nour masih terdapat lagi saki baki jenazah yang belum selesai diuruskan oleh forensik Polis NZ. Kenyataan terbaru, mungkin kesemua jenazah hanya boleh diuruskan jenazahnya paling awal pada hari selasa depan dan urusan pengebumian jenazah hanya boleh berlaku selepas hari tersebut.
Kita doakan agar kesemua mangsa yang masih dirawat mendapat kesembuhan dan diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT serta kesemua jenazah dapat dipercepatkan urusan pengebumiannya dengan baik.
------------
#terrorism #PrayforNewZealand #PrayforMuslimNewZealand
Sekian laporan.
-bk
16 Mac 2019
#info #gambar #berita
Gambar 4 : Brenton Tarrant is a shooter (label yang diberikan oleh media barat)
INFO KES TEMBAKAN RAMBANG DI MASJID DI NEW ZEALAND - susunan by Rjua.
1. Polis New Zealand telah menahan 4 suspek di mana 3 lelaki dan wanita berhubung kes serangan secara rambang di 2 masjid di New Zeland.
2. Salah seorang penyerang dikatakan telah up 87 post di Facebooknya mengenai kebencian kepada pendatang dan kemasukan orang islam di New Zealand.
3.Salah seorang penyerang dikenali sebagai rakyat Australian dan berusia sekitar 30an.
4. Di New Zealand, video berkaitan serangan di 2 masjid ini telah dikeluarkan dari Facebook.
"New Zealand Police alerted us to a video on Facebook shortly after the livestream commenced and we quickly removed both the shooter’s Facebook and Instagram accounts and the video," the spokeswoman said.
5. Bandar Christchurch's di New Zealand di mana kejadian berlaku telah ditutup sepenuhnya.
6. Hari (Jumaat) dan masa sengaja dipilih dan dirancang kerana ini masa di mana umat islam akan tumpu pada solat di masjid.
7. Pihak Berkuasa New Zealand melarang semua umat islam dari mengunjungi mana2 masjid buat masa ini atas sebab2 keselamatan.
8. New Zealand berada dalam kejutan kerana insiden begini tidak pernah terjadi dinegara tersebut.
9. Masjid dimana serangan terjadi dikenali sebagai Masjid Al Noor.
10. Seorang saksi yang berada berhampiran masjid mendakwa mendengar lebih dari 20 tembakan di lepaskan di masjid pertama dan 5 tembakan di masjid kedua.
11. Saksi lain mengatakan dia terdengar bunyi tembakan selama 15 ke 20 minit di Masjid Al Noor (pertama).
12. Buat masa ini jumlah kematian dan kecederaan tidak didedahkan.
13. Kedutaan Malaysia do Wllington mengesahkan seorang rakyat negara ini cedera dalam tembakan dan keadaan sebenarnya belum di ketahui.
14. PM New Zealand Jacinda Ardern menyifatkan insiden yang berlaku sebagai hari paling malang untuk negara itu.
-SUMBER CNN-
#info #gambar #tragedi
New Zealand mosque shooting suspect: What we know
Forty-nine people were killed and dozens injured in shootings at two New Zealand mosques. According to Australian media reports, the accused is Brenton Tarrant, 28, from Grafton, Australia.
To read more: http://cbc.ca/1.5057734
Video : Semoga mangsa yang meninggal rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah...ramai yang meninggal kena tembak masa Solat Jumaat ketika itu di New Zealand. ðŸ˜
No comments:
Post a Comment