Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 17 April 2018

KERAJAAN SEMENTARA SELEPAS PEMBUBARAN PARLIMEN

Arkib : 17 April 2018

Astro Awani |  Published April 06, 2018 13:58 MYT 

PARLIMEN bubar esok, ini apa yang anda perlu tahu!

Apa yang berlaku kepada kerajaan sekarang?

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang dipanggil sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government’.

Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjalankan tugas sebagai PM?

Ya. Beliau masih memimpin kerajaan sementara dengan kuasa-kuasa sementara.

Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jadual kuasa yang ada pada kerajaan sekarang adalah kuasa-kuasa menjalankan tugas secara interim.

Betul ke? Tetapi tiada perincian mengenai kerajaan sementara ...

Betul. Ini adalah amalan konvensyen di negara yang mengamalkan sistem Westminster, iaitu seperti Parlimen dan Dun di negara kita.

Amalan konvensyen perlu dirujuk kerana tiada peruntukan khusus tentang kerajaan yang mentadbir semasa pembubaran sehinggalah terbentuknya sebuah kerajaan baharu.

Adakah Datuk Seri Najib sebagai PM sementara akan umum tarikh pilihan raya?

Tidak. Itu tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. SPR ialah badan yang ditugaskan untuk mengendalikan proses pilihan raya, selepas menerima notis pemberitahuan tentang Parlimen dan Dun.

Apakah skop kuasa sebagai kerajaan sementara?

Kerajaan sedia ada meneruskan tugas sebagai kerajaan tetapi tidak boleh mengumumkan inisiatif baharu, membuat keputusan dasar atau belanjawan baharu.

Dalam tempoh ini, bagaimana pula dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong?

Walaupun Parlimen dibubarkan, Yang di-Pertuan Agong ada kuasa pentadbiran biasa termasuk kuasa-kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Dalam keadaan ini, jemaah menteri sebagai kabinet sementara terus berfungsi sebagai pemegang amanah kepada kuasa pentadbiran.

Pendakwa raya pada tahun 2001 telah menggariskan bahawa kerajaan sementara adalah sentiasa wujud di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan.

Untuk situasi yang mendesak, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, boleh mengisytiharkan darurat jika negara atau mana-mana kawasan berdepan situasi luar jangka seperti isu keselamatan, sabotaj ekonomi atau keadaan ketenteraman awam.

Fungsi Pilihan Raya

Jadi, bila kita akan tahu hari penamaan calon dan hari mengundi?

Sekarang ini, kita perlu tunggu SPR mengadakan mesyuarat dan kemudian barulah kita sebagai pengundi tahu tarikh bila kita perlu berbaris di pusat pengundian yang ditetapkan.

Berapa lama diperlukan untuk kita menantikan hari pengundian?

Menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, satu Pilihan Raya Umum wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan sidang Parlimen yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran Parlimen tersebut.

Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, ia akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas pembubaran parlimen.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...