Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 2 April 2015

Habislah ASTRO....Diam-Diam RTM Rupanya Bakal Meranapkan Empayar Astro Di Malaysia?



KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga menjadi bualan popular jenaka April Fool kali ini, tidak ramai sedar Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia ke arah penyiaran digital.

Secara kebetulan, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-69 stesen rasmi negara kita pada hari ini yang bertema ‘RTM Di Mana Jua Anda Berada’, isu transformasi pendigitalan siaran TV di Malaysia mula kembali diperkatakan banyak pihak.

Program bual bicara secara langsung, Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada 1 April turut mengupas isu itu selama setengah jam dengan menjemput eksklusif Ketua Pegawai Komersial MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Haniza Ros Nasaruddin.

Syarikat berteknologi tinggi di bawah firma telekomunikasi Kumpulan Altel Holdings itu bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan siaran dan naik taraf prasarana sistem pemancar penyiaran teresterial digital bersama-sama dengan RTM.

Turut menjadi tetamu dalam program itu ialah Pengarah Jabatan Peralihan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Azlina Mohd. Yusof yang menceritakan senario perubahan mega era penyiaran tempatan.

Isi perbualan amat padat sekali gus mengesahkan laporan media sebelum ini yang menceritakan secara terperinci peralihan fasa dunia penyiaran tanah air susulan banyak rungutan pelanggan terhadap sebuah stesen berbayar terkemuka.

Turut disentuh ialah gambaran bayangan apakah saluran bakal termasuk dalam senarai 80 saluran baharu televisyen digital yang akan dipancarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia bermula dengan liputan wilayah Pantai Timur pada Jun depan.

Sebenarnya isu ini telah hangat dibincangkan pengguna media sosial, malah laman Wikipedia sebelum ini telah menyiarkan nama-nama saluran RTM itu yang banyak berdasarkan format stesen tertua di dunia, Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Ini bermakna saluran TV1 dan TV2 sedia ada besar kemungkinan bakal dipecahkan mengikut tema atau genre antaranya berita, drama, sukan, parlimen, kartun, agama, komedi, filem, dokumentari, hiburan, masakan, remaja, bisnes dan sebagainya.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia yang masih belum melanggan mana-mana stesen berbayar turut dapat menikmati kecanggihan sistem penyiaran negara kita tanpa dibebani apa-apa yuran langganan bulanan sejajar dengan tema RTM Di Mana Jua Anda Berada. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/04/habislah-astrodiam-diam-rtm-rupanya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...