Hari ini 33 tahun yang lalu, Freddie Mercury meninggal dunia.
Lahir dengan nama Farrokh Bulsara pada 5 September 1946 di Zanzibar oleh ibu bapa berketurunan Parsi-India, Freddie mengecap kemasyhuran sebagai penyanyi, pemain piano & komposer bersama kugiran rock Queen. Beliau dianggap sebagai antara 'frontman' terulung dalam sejarah muzik rock, dengan persona pentas & vokalnya yang luar biasa.
Gaya hidup liarnya menjadi punca Freddie menghidap penyakit HIV/AIDS, yang simptomnya mula muncul seawal 1982. Pada 1986, media British melaporkan bahawa Freddie menjalankan ujian darah & beliau mendakwa dalam satu temu bual bahawa keputusannya adalah negatif. Namun penampilannya yang semakin kurus memberitahu sebaliknya.
Menjelang 1990, cerita tentang kesihatan Freddie yang merosot semakin berleluasa. Freddie membuat penampilan terakhirnya di atas pentas pada 18 Februari 1990 bersama Queen untuk menerima Anugerah Brit bagi Sumbangan Luar Biasa kepada Muzik British. Freddie & rakan-rakan terdekat terus menafikan cerita tentang status kesihatannya.
Rakaman video muzik untuk lagu "These Are the Days of Our Lives" pada Mei 1991 adalah kerja terakhir Freddie, sebelum beliau mula menyendiri di kediamannya di Kensington, London Barat. Pada 23 November 1991, Freddie mengeluarkan kenyataan awam yang mengesahkan dirinya positif HIV & menghidap AIDS, yang didiagnos pada lewat April 1987.
Malam esoknya, Freddie menghembuskan nafas terakhirnya di usia 45 tahun. Punca kematian adalah radang paru-paru kesan daripada AIDS. Upacara pengebumiannya dibuat pada 27 November mengikut tradisi Majusi. Abunya disemadikan oleh bekas kekasihnya Mary Austin di lokasi yang dirahsiakan & diketahui oleh Austin sahaja.
Sumber: All That's Interesting
#PeristiwaHariIni
November 24, 1991: Freddie Mercury of Queen dies in Kensington, London, England, at age 45.
(September 5, 1946 - November 24, 1991)
Gone, but not forgotten!
#AmantiDelRock https://www.facebook.com/share/p/1K3Uo7ju4g/
Previous Posting : https://www.facebook.com/share/p/14Z1JuXNAe/
No comments:
Post a Comment