Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 9 December 2024

BABAH

 "Kenapa BABAH tak macam Babah lain?


Ini bukan ulasan daripada saya

1. Mula-mula aku tak berapa dengan Babah (2024), filem tearjerker terbaharu arahan Mohd Shah Faizul dengan lakon layar Wan Rafiq Fadzly. Dalam 30 minit awal, aku tak terasa “I buy it” dengan dialog obi-wan cheesy tentang masa, fefeeling dakwah dan Boyhood Linklater wannabe (tapi watak Maya [yang bermakna ilusi] ada dua tiga pelakon, dari bayi sampai Sweet Qismina), sampai aku bertanya pada diri aku, ni filem biografi pembikinnya ke?

Tapi lagu pertama yang kita dengar ialah lagu nasional-propaganda era Mahathir (masa baby Maya di dalam kereta), dan filem ni asyik menekankan tentang masa.

Sah-sah kita tahu filem ini tentang menggunakan masa (terbaik) dengan orang tersayang, beramal (hidup) dengan sebaiknya. Sebab masa tak berulang dan meninggalkan kita (tua/mati). Secara tipikal, kita boleh faham di situ dan melihat filem ini secara tipikal tentang hidup dan perhubungan anak-ayah, kasih sayang mereka yang luar biasa.

Tapi ada satu lagi lapisan. Keluarga Ishak-Hayati-Maya ialah keluarga kelas menengah, di tengah-tengah zaman Tun Mahathir. Berlakulah cabaran dan ujian (hidup). Di sini, kita dapat lihat dinamisme perhubungan ayah-anak, Ishak dengan anaknya Maya. Babak memikat apabila Ishak dalam solek badut bangunkan anaknya yang tidur dan memohon maaf. Mereka ada momen yang jujur dan amat menyentuh. There’s something here.

Kemudian kita melihat Maya meremaja, membesar dan seterusnya (tak nak spoiler). Ini kisah yang panjang, tapi penuh duri dan tragedi. Ini juga kisah sakit dan kematian, dan babak MCO itu amat menarik, berlaku pada tahun 2020, waktu negara kita tempang dan Wawasan 2020 menjadi abu berterbangan.

Babah ialah kisah pembangunan negara yang tempang, Impian Malaysia (Malaysian Dream) yang tempang, dan Wawasan 2020 yang tidak menjadi. Tapi, nota akhir filem masih optimis, generasi muda (yang mengikuti mimpi ‘atuk’nya) masih meneruskan perjalanan.

Lakonan baik, bagusnya ada dalam Qi Razali dan Sweet Qistina. Runut bunyinya baik dan mendayu-dayu emosi kita, suatu hal tipikal dalam filem tearjerker. Fotografinya fungsional walaupun awalnya aku tak faham mengapa filem ini fefeeling neorealis dan cinema verite. Beberapa artis kontemporari menampilkan diri.

Filem ini sedang ditayangkan. Dan aku terkejut filem ini dapat sambutan yang hangat. Panggung aku tonton tadi, 8.40mlm penuh dengan anak muda.


2. Babah [2024] - [Drama]

Kisah perjalanan hidup kasih sayang seorang bapa yang ada masalah pendengaran kepada anaknya dari bayi sehinggalah dewasa. Estetika visual dan runut bunyi yang indah, lembut, setanding Imaginur [2023]. Ibarat menyelusuri memoir diari kehidupan. Nilai produksi yang tinggi. Sepatutnya menjadi tanda aras minimal filem tempatan. Beberapa babak mengharukan berjaya menjentik hati, Namun perlu diperkemas lagi suntingan, pacing cerita dan isi dialog. Sebab terasa terlalu meleret dan men"ceroi"kan kuah ceritanya, sampai nk hujung2 rasa dah terlalu penat/mengantuk utk rasa sedih dah. 2 jam rasa mcm 3 jam. Poster juga agak misleading kerana babak ini hanyalah salah satu fasa dan bukan central cerita. yg core dalam poster ni adalah tagline dgn posing tu ja.  7/10

#04 #347 #BETTreviews



INI ADALAH MERUPAKAN ULASAN DARIPADA SAYA

[SINOPSIS]

Filem BABAH 2024, apabila ditonton dari sisi film trailer nya kelihatan seperti sebuah video yang dirakam menggunakan camcorder sahaja. Mungkin ini adalah cara pengarah filem untuk menarik minat penonton ke pawagam.

Kisah seorang bapa yang menjaga seorang anak perempuannya seperti "Menatang Minyak Yang Penuh" menjadi tema latarbelakang filem ini. Filem ini telah berjaya menunjukkan kasih sayang seorang bapa membesarkan anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

Cabaran untuk membesarkan seorang anak bukan tugas yang mudah. Babah menghadapi sedikit kesukaran untuk membesarkan anak apabila hilang punca pendapatan. Akan tetapi, Babah yang selalu ditemani Mama, seakan-akan Mama telah memahami keadaan tersebut dan sentiasa memberikan semangat untuk Babah bagi mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Terdapat 3 latar masa utama yang dipaparkan di dalam filem iaitu sekitar tahun 2003, 2007 dan juga 2018. Latar masa ini telah menunjukkan peristiwa penting yang berlaku dalam hidup Babah bersama dengan anak perempuannya bernama Maya. Ketika tahun 2003, Maya telah meningkat awal remaja manakala pada tahun 2007 adalah ketika Maya dalam peringkat sebelum menghadapi peperiksaan SPM dan ke universiti.

Konflik hubungan antara Babah dengan Maya mula berlaku pada tahun 2007. Ketika itu, anak perempuannya kini telah mempunyai seorang teman lelaki yang rapat dan akrab. Selain itu, dia telah mula pandai berbohong kepada Babah sehingga mengakibatkan Babah telah jatuh sakit akibat tekanan perasaan yang berlaku antara Babah dengan Maya.

Pada tahun 2018 pula, Maya kini telah meningkat dewasa. Maya masih tinggal lagi bersama-sama Babah dengan Mama nya. Akan tetapi, ketika ini Maya telah mula menyatakan hasrat hatinya untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan teman lelaki pilihan hatinya ketika waktu sekolah menengah dulu. Perkara ini perlu dibawa bincang kepada Babah kerana Babah adalah merupakan wali untuk perkahwinan Maya ini.

Peristiwa Babah yang telah jatuh sakit di hadapan Maya sentiasa menjadi memori buat Maya sehingga ke peringkat dewasa. Maya juga dipuji oleh Ikmal (teman lelakinya) kerana mempunyai seorang Babah yang menyayanginya sehingga dewasa. Ikmal juga telah mengatakan bahawa, dia tidak dapat merasakan cukup kasih sayang daripada bapanya kerana Bapa Ikmal adalah merupakan seorang bapa yang sentiasa fokus dalam kerjaya dan perniagaannya.

Selepas berumahtangga, Maya hidup bahagia bersama dengan suaminya bernama Ikmal. Akan tetapi, Maya mula menghadapi masalah selepas melahirkan anak perempuannya bernama Kis. Ketika ini, Babah dengan Mama tetap menjaga Maya dengan baik beserta dengan cucu mereka.

Penghujung cerita, Maya menghadapi masalah sekali lagi ketika berlakunya Zaman COVID-19. Bagi anda yang pernah berada di dalam zaman itu, sekitar tahun 2020 yang lalu, anda pasti akan merasa kehilangan anggota keluarga yang anda kasihi dan sayangi seumur hidup anda selama ini (spoiler alert !).

Akhir sekali, Babah, Mama dan Ikmal kini telah bahagia hidup bersama dengan Kis Aisyah. Kis adalah anak dan juga waris kepada Maya. Kis kini telah meneruskan minat seperti ibunya untuk mendalami pendidikan muzik dengan belajar piano. Selain itu, kisah pengorbanan seorang Babah sentiasa diceritakan oleh Mama kepada Kis agar Kis sentiasa menghargai kasih sayang seorang Babah kepadanya.

TAMAT

P/S : Kisah keluarga yang dipaparkan di dalam filem amat jarang sekali diterbitkan untuk ditayang kepada umum di dalam pawagam. Sekiranya ditayangkan di khalayak umum, sudah pasti menjadi kurang sambutan. Resepi untuk menarik penonton ke panggung ialah dengan memilih pelakon yang terkenal dan juga berbakat. Qi Razali telah berjaya menghidupkan watak bagi seorang Babah yang penyayang walaupun kurang pendengaran dan memerlukan alat bantuan pendengaran.

[DISCLAIMER]

Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-

  1. Ini adalah sebuah filem yang bertemakan kasih sayang dan kekeluargaan, iaitu hubungan di antara seorang Babah bernama Isyak kepada anak perempuannya Maya.
  2. Tema mengenai kisah kekeluargaan adalah jalan cerita utama filem ini. Sekiranya ada di dalam pasaran tempatan, akan sukar mendapat tempat di hati penonton sekiranya dilakonkan pelakon yang tidak ternama dengan jalan cerita yang tidak menarik.
  3. Filem ini tidak sesuai ditonton oleh penonton yang mudah merasa bosan dan tidak tertarik kepada dialog percakapan seperti sebuah drama dalam televisyen. Akan tetapi sesuai untuk ditonton oleh seorang bapa yang berminat nak berkongsi kisah kehidupan seorang Bapa kepada anak perempuannya. Filem ini juga sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
  4. Filem ini telah berjaya memaparkan latarbelakang suasana kehidupan di Malaysia kita dulu-dulu. Anda akan mudah lihat kenderaan Proton Saga keluaran 1987, model keluaran telefon (bukan telefon pintar) tahun 2003 dan juga keadaan suasana ketika berlakunya krisis ekonomi apabila ramai pekerja telah hilang pekerjaan mereka masing-masing. Di sini juga ada dipaparkan suasana ketika 'Fun Fair' mendapat tempat di kalangan rakyat tempatan sebagai tempat untuk mereka mencari hiburan.
  5. Watak Uncle Lim hanya sedikit sahaja babak dalam filem ini. Namun begitu, dia telah tinggalkan falsafah kehidupannya kepada Isyak. Anda harus tonton babak ini dan menghayatinya dengan lebih mendalam mengenai konsep ketuhanan dalam kehidupan untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang.
  6. Babak yang paling terkesan ialah apabila Maya mula persoalkan Babahnya walaupun daripada awal filem telah ditunjukkan bahawa Maya sentiasa mendapat penuh kasih sayang daripada seorang Babah. Dialog yang terkesan tersebut ialah, "Kenapa Babah, tak macam Babah lain?". Akan tetapi ayat ini jika dibaca dalam nada dan keadaan serta minda penuh positif, akan memberikan impak yang lebih kepada seorang Babah.
  7. Walaupun Maya pernah mengalami masalah hubungannya dengan Babah ketika remaja, namun jodoh pertemuan Maya bersama Ikmal telah berjaya memulihkan hubungan tersebut selepas Maya mendirikan rumahtangga dengan Ikmal. Ini adalah sisi yang positif mengenai filem ini dan bertepatan dengan nilai, "lelaki yang baik dan soleh adalah jodoh untuk perempuan yang baik dan juga SOLEHAH".
  8. Contoh memori kenangan yang indah di antara anak dengan bapa dan juga atuk dengan cucu di dalam filem ini ialah daripada reaksi dengan memek muka yang kelihatan seperti sedang kemarahan. Hahahaha...
  9. Di sini ada dinyatakan yang Maya suka untuk merakamkan video bagi setiap memori indah di antara dia dengan Babah. Namun, anda hanya akan dapat tonton rakaman tersebut secara penuh di dalam 'film trailer' ini.
  10. Secara keseluruhannya saya puji jalan cerita filem ini. Tiada apa yang kurang cuma sedikit rasa janggal, apabila Babah mampu untuk bercakap dengan Maya dengan buat panggilan video. Sedangkan selepas Babak jatuh sakit pada tahun 2007, tidak diperlihatkan yang Babah mampu untuk berbicara, cuma banyak menggunakan Bahasa Isyarat seperti orang bisu. Mungkin untuk lihatkan kesan dramatik untuk watak Babah dengan Maya (pandangan peribadi saya).

Sebagai penutup, sekiranya filem ini mempunyai sambungannya, saya akan tetap menonton filem ini di pawagam bersama anak-anak dan isteri saya.

P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Saya berikan rating sebanyak 5/5 Bintang (infinity stars)


BABAH - Official Trailer

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...