Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 2 October 2022

30 SEPTEMBER 1960 PERKHIDMATAN PASUKAN KHAS NEGARA DI CONGO

Pada hari ini dalam tahun 1960, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al – Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah mengisytiharkan Pasukan Khas Negara yang akan berkhidmat di Congo. Persekutuan Tanah Melayu merupakan negara keenam belas yang menghantar pasukan tenteranya berkhidmat di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengawal keamanan Republik Congo yang sedang bergolak untuk mencapai kemerdekaan.

Berikutan itu, pada 4 Oktober 1960, Batalion Keempat, Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah perintah Lt. Kol. Ungku Nazaruddin bin Ungku Mohammed telah berlepas ke Congo dengan menaiki Kapal USNS ‘Blatchford’ sebagai Batalion yang pertama berkhidmat. Ia kemudiannya telah diikuti oleh Batalion Keenam, Ketujuh dan Kedua, disamping Rejimen Kor Peninjau serta komponen kor-kor lain seperti Semboyan, Perkhidmatan dan lain-lain turut menyumbangkan perkhidmatan mereka. Sesungguhnya, penghormatan yang telah diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka ini telah mendapat pujian daripada Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu di atas Perkhidmatan Cemerlang Angkatan Khas Persekutuan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

27 SEPTEMBER 1955 PENUBUHAN MAKTAB TENTERA DI PORT DICKSON


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...