Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 2 October 2022

01 OKTOBER 1996 PERASMIAN MENARA KUALA LUMPUR

Pada hari ini dalam tahun 1996, Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia dan paling tinggi di Asia Tenggara ini berkedudukan 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Tujuan pembinaanya adalah untuk mempertingkatkan kualiti telekomunikasi dan perkhidmatan transmisi penyiaran di negara ini. Kerja-kerja pembinaannya telah bermula pada Julai 1992 dengan kos sebanyak RM 270 juta. Ia telah dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996. Datuk Nik Mohammed bin Nik Mahmud merupakan arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk menara ini.

Unsur reka bentuknya dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Menara Kuala Lumpur terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas, salah satu hutan simpan tertua di negara ini menawarkan satu adunan budaya yang unik, pengembaraan dan alam semulajadi. Selain menjadi tarikan pelancong yang utama, Menara Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam bidang penyiaran dan telekomunikasi dengan rakan kongsi utamanya iaitu penyiar nasional, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan syarikat induknya, Telekom Malaysia. Menara ini menjadi lambang dan bukti bukan sahaja terhadap pencapaian negara tetapi juga kejayaan kepada pendekatan Dasar Penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

#arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

26 SEPTEMBER 1959 SISTEM PANGGILAN JAUH MICROWAVE MALAYA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...