Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 27 September 2022

26 SEPTEMBER 1959 SISTEM PANGGILAN JAUH MICROWAVE MALAYA

 

Pada hari ini dalam tahun 1959, Sistem Panggilan Jauh Microwave Malaya telah dibuka dengan rasmi oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Serentak dengan perasmian itu Tunku Abdul Rahman juga membuat panggilan pertama menerusi sistem ini kepada Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Program Sistem Panggilan Jauh ini menelan belanja kira-kira $12 juta yang pada permulaannya menghubungkan Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. Pengenalan Sistem Panggilan Jauh Microwave ini adalah disebabkan keperluan yang mendesak bagi penggunaan telefon di seluruh negara.

Untuk melaksanakan program ini satu kompleks bangunan didirikan di Bukit Nenas, Kuala Lumpur sebagai ‘Main Auto-Exchange’. Pengenalan Panggilan Jauh Microwave ini sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah keperluan penggunaan telefon buat sementara waktu. Untuk mengendalikan sistem ini Jabatan Telekomunikasi telah menyediakan pelbagai kemudahan peralatan dan latihan kemahiran. Dengan perasmian Sistem Panggilan Jauh Microwave oleh Perdana Menteri pada hari ini dalam tahun 1956 telah membuka era baru dalam kemajuan telekomunikasi di Persekutuan Tanah Melayu.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

21 SEPTEMBER 1967 PERJANJIAN BAYARAN MUHIBAH ANTARA MALAYSIA DAN JEPUN



21 SEPTEMBER 1970 MESYUARAT KHAS KABINET YANG TERAKHIR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...