Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 27 September 2022

26 SEPTEMBER 1955 PILIHANRAYA NEGERI YANG PERTAMA DI SELANGOR

Pada hari ini dalam tahun 1955, negeri Selangor telah mengadakan pilihanraya yang pertama bagi memilih Ahli-ahli Majlis Negeri. Tiga kawasan yang dipertandingkan ialah kawasan Sabak Bernam, Kawasan Kelang Utara dan Kawasan Kuala Lumpur Barat. Seramai 20 ribu orang telah keluar membuang undi bagi memilih Ahli-ahli Majlis Negeri Selangor buat pertama kalinya. Ketiga-tiga kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC). Calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya ini ialah Parti Islam SeMalaya, Parti Buruh dan dua orang daripada Parti Bebas.

Berikutan daripada itu Parti Perikatan telah memenangi kesemua 13 buah kerusi bagi Majlis Negeri Selangor, setelah 10 daripadanya telah dimenangi tanpa bertanding sebelum hari pencalonan. Sistem pilihanraya ini telah membolehkan buat pertama kalinya seorang Menteri Besar dilantik dari kalangan Ahli-ahli Majlis Negeri yang telah dipilih oleh rakyat. Sesungguhnya, dengan adanya pilihanraya negeri yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Ahli-ahli Majlis Negeri bermulalah sistem memilih pemerintahan demokrasi di tiap-tiap negeri.

#arkibnegara

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02vmBrF4efXL9TeuMbHdwPXAuv195K4CZGYHs2KkdmYdDuCJcSa5rVFDNpnGki9smhl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955

https://normanhafizi.blogspot.com/2018/04/politik-mari-mengundi-pilihanraya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...