Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 8 April 2018

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG PERTAMA


FEDERAL ELETIONS 1955

WE ARE GOING TO REGISTER NOW HAVE YOU? MALAYA IS OUR COUNTRY

Sejak daripada pilihanraya yang pertama diadakan pada 1955, jumlah kerusi Dewan Rakyat telah mengalami banyak pertambahan sehinggalah hari ini sebanyak 192 kerusi di Dewan Rakyat. Pada hari ini 13.06.1973 Parlimen telah meluluskan satu pindaan terhadap perkara 46 Pelembagaan Persekutuan. Pindaan ini adalah bagi menambahkan kerusi Dewan Rakyat daripada 144 kepada 154. Pilihanraya yang pertama kali diadakan pada 1955, sebanyak 52 kerusi telah diperuntukan bagi memilih ahli-ahli dalam Majlis Persekutuan.

Dalam tahun 1958, Suruhanjaya Pilihanraya telah menambahkan jumlah kerusi kepada 104 buah kerusi mengikuti peruntukan artikel 171 pelembagaan 1957. Apabila pilihanraya pertama diadakan pada tahun 1959, sebanyak 104 kerusi telah dipertandingkan. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963, jumlah kerusi Dewan Rakyat telah bertambah kepada 159 iaitu tambahan 15 kerusi (Singapura) 16 kerusi (Sabah) dan 24 kerusi (Sarawak). Suruhanjaya Pilihanraya melalui peruntukan Perkara 113 Fasa 1 Pelembagaan Persekutuan membenarkan Suruhanjaya Pilihahraya untuk mengadakan kajian terhadap bahagian-bahagian pilihahraya persekutuan dan negeri.

Perubahan-perubahan yang berlaku ke atas Dewan Rakyat dilaksanakan pada asasnya ekoran daripada pertambahannya bilangan pengundi-pengundi berdaftar bagi sesuatu kawasan pilihanraya.

#hariinidalamsejarah #pilihanraya


----------------------------------------------------

Arkib : 08 April 2018

Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955


Video kempen Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu tahun 1955.
Penyanyi : Zainal Alam

Kredit: Muzium Mini SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

----------------------------------------------------

27 Julai 1955 – Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada tahun 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi. Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.

Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon. Diikuti dengan Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon.

Antara Parti-parti lain yang turut serta mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu. Parti Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Satu kerusi lagi telah dimenangi oleh PAS.

Berikutan daripada itu Parti Perikatan telah berjaya membentuk sebuah kerajaan dengan Tunku Abdul Rahman, selaku pemimpin Parti Perikatan telah dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Pada 01 Ogos 1955, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, selaku pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan telah membentuk kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Semangat kerjasama dan muhibah di kalangan anggota Parti Perikatan telah menjadi teras kepada kejayaan yang diperolehi serta membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

https://www.facebook.com/100064921921408/posts/pfbid021XfbUFRsqFTf1EGwe8j7jZJT5DeayuNGi7VRWtYwoWYJHZnvRRDrXJxatSUcYksjl/?app=fbl

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...