Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 28 September 2022

27 SEPTEMBER 1965 PERSIDANGAN PERKHIDMATAN AWAM ANTARABANGSA DI ASIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1965 satu persidangan yang besar ertinya kepada bidang perkhidmatan awam telah berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Persidangan itu Persidangan Perkhidmatan Awam Antarabangsa Bahagian Asia, yang pertama kalinya diadakan di Asia telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Buruh, V. Manickavasagam. Persidangan ini telah dihadiri oleh sepuluh buah negara iaitu Ceylon, Kepulauan Fiji, Hong Kong, India, Jepun, Korea, Malaysia, Fillpina dan Singapura.

Dalam Buku Cenderamata persidangan itu, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan bahawa persidangan ini akan meninggalkan kesan psikologi yang mendalam di kalangan anggota-anggota perkhidmatan awam kerana kita sentiasa merasa megah bahawa perkhidmatan awam banyak membantu kelicinan jentera pentadbiran negara dengan begitu baik dan setia. Beliau telah menambah bahawa dengan kerjasama kakitangan kerajaan di semua peringkat ini hasil pendapatan bertambah dua kali ganda daripada yang diperolehi di zaman penjajahan. Faedah dari pertambahan ini telah dapat dimanfaatkan kepada rakyat seluruhnya. Beliau juga menghargai usaha Perkhidmatan Awam Antarabangsa atau Public Service International kerana telah memilih Kuala Lumpur sebagai tempat persidangannya yang pertama.

Menteri Buruh, V. Manickavasagam dalam ucapan perasmiannya pula telah menyatakan bahawa kerajaan akan terus berpegang kepada semangat muhibbah dan tolak ansur dalam menghadapi satu-satu tuntutan dari kesatuan sekerja. Kedua belah pihak hendaklah menyelesaikan segala sengketa mereka melalui meja perundingan, dan dalam hubungan ini kerajaan sentiasa memainkan peranannya sebagai orang tengah.

Di antara perkara-perkara yang diperkatakan dalam sidang ini ialah mengenai gaji dan kemudahan-kemudahan perkhidmatan bagi kakitangan awam di Malaysia, dan juga mengenai peranan yang mesti dilakukan oleh kakitangan awam untuk menjayakan sistem demokrasi.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0jYjYbfdMGJYEYgSsvcRqGNXFRDUzCwJqaHhWd6K2FqQSC9XNxUVkqU3j2SLR8rBcl/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

26 SEPTEMBER 1959 SISTEM PANGGILAN JAUH MICROWAVE MALAYA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/26-september-1959-sistem-panggilan-jauh.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...