Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 22 September 2022

21 SEPTEMBER 1970 MESYUARAT KHAS KABINET YANG TERAKHIR

 

Pada hari ini dalam tahun 1970, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet buat kali yang terakhir di pejabatnya di Kuala Lumpur. Tujuan Mesyuarat Khas Kabinet itu diadakan ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya dalam kabinet yang telah memberikan kerjasama dan dorongan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Mesyuarat terakhir itu diadakan, berikutan daripada keputusan Tunku untuk meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970 dan tempat beliau digantikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak b. Dato' Hussein.

Perlantikan Tun Abdul Razak tersebut dibuat atas cadangan Tunku sendiri memandangkan kebolehan yang ada pada Tun Razak. Sepanjang di bawah pimpinan Tunku sebagai Perdana Menteri iaitu lebih kurang 13 tahun sejak tahun 1957, peristiwa yang amat dibanggakan hingga ke hari ini ialah perjuangan bersama rakan-rakannya yang berjaya menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dan kekerasan dari kerajaan British serta kejayaan beliau menubuhkan Malaysia pada tahun 1963.


Pautan artikel menarik yang lain :-

21 OGOS 1959 PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...