Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 21 August 2022

21 OGOS 1959 PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Peristiwa Pada 21 Ogos 1959 

Hari ini 63 tahun yang lalu, Tunku Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Sebelum kemerdekaan diperoleh daripada British, parti-parti politik berasaskan kaum di negara ini ditubuhkan & bergabung di bawah bendera Perikatan pimpinan Tunku selaku Presiden UMNO untuk membentuk pentadbiran sendiri buat pertama kali.

Pilihan raya pertama seluruh Semenanjung yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955 menyaksikan Perikatan menang besar & kabinet dibentuk oleh Tunku sebagai Ketua Menteri yang kemudian mengepalai rundingan menuntut kemerdekaan di London.

5 tahun kemudian, PRU ke-2 dijalankan pada 19 Ogos 1959. PRU yang pertama selepas merdeka itu turut dimenangi oleh Perikatan yang dipimpin Tunku & beliau sekali lagi dilantik mengetuai pentadbiran negara, kali ini jawatan itu dipanggil Perdana Menteri.

Begitupun PRU2 ini adalah antara PRU yang unik kerana Tunku melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein selama 4 bulan dari 16 April 1959 untuk memberi tumpuan penuh kepada usaha kempen Perikatan.

2 hari selepas kemenangan dalam PRU2 itu, Tunku mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu di hadapan YDP Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dengan upacara pada 21 Ogos itu, Tunku kembali mengambil kerusi utama kerajaan & Tun Razak kembali menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga beliau mengambil alih secara tetap pada 22 September 1970 sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni #AWANInews

https://www.facebook.com/11726505964/posts/pfbid0DnRoR6ugi7jigGursAzAAtf1J1eH7yWL6SLte8cCFRYjmn4Z3tVXNmwPeiVUBdQXl/

-----------------------------------------------------------

Pautan artikel-artikel menarik yang berkaitan :-

RAHMAN Sepanjang 61 Tahun di Malaysia

https://normanhafizi.blogspot.com/2018/11/rahman-61-tahun-dengan-tagline-we-love_1.html

Insan Budiman : Heart Of Malaya

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/09/insan-budiman-heart-of-malaya.html

Bapa Pembangunan (Father of Development)

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/04/bapa-pembangunan-father-of-development.html

03 OGOS 1957

PEMILIHAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/08/03-ogos-1957.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...