Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 5 August 2021

03 OGOS 1957 TRIVIA MERDEKA

PEMILIHAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA


DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

HARI INI DALAM SEJARAH

Pada hari ini dalam tahun 1957, satu persidangan khas Raja-Raja Melayu yang ke-3 telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Majlis Kerja Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur. Persidangan yang pertama kali seumpama ini dalam sejarah negara adalah bertujuan untuk memilih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan Merdeka. 

Seperti yang termeteri dalam Perlembagaan, pemilihan tersebut telah dilakukan mengikut Bahagian 4, Artikel 32, perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan bahawa,  Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi satu tempoh lima tahun, tetapi boleh menarik diri dari jawatan dengan mengemukakan sendiri warkah kepada Majlis Raja-Raja, dan boleh juga dilepaskan dari jawatan oleh Majlis Raja-Raja dan akan terlepas dari jawatannya apabila ia tidak lagi menjadi raja pemerintah.  

Selain itu, syarat-syarat pemilihan yang terkandung dalam Perkara 4 antara lain menetapkan bahawa Raja-raja memerintah negeri sahaja yang layak dipilih dan mengundi dan biasanya Raja memerintah negeri yang paling kanan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Seseorang Raja pemerintah negeri tidak boleh dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi kali yang kedua sehinggalah tiap-tiap seorang raja pemerintah negeri (yang bersedia dan layak) sudah menjadi Yang di-Pertuan Agong. 

Persidangan Khas Raja-Raja Melayu itu telah memilih DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu dan memilih DYMM Tuanku Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.  Sebaik-baik sahaja pemilihan selesai dibuat, Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu mengumumkan keputusan itu kepada Yang Dipertuan Majlis Undangan Persekutuan, Raja Sir Uda kemudian mengumumkannya pula kepada semua Ahli Majlis Undangan Persekutuan di seluruh negara. Keputusan itu juga telah disampaikan kepada Pesuruhjaya Tinggi British dan juga Ketua Menteri Tuanku Abdul Rahman.



Gambar daripada potret ini telah diabadikan di dalam duit Ringgit Malaysia (RM) dari dahulu sehingga kini.

-----------------------------------------------------------

TRIVIA MERDEKA 03 OGOS 1957 PEMILIHAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA


TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD

Persidangan Khas Raja-raja Melayu telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Majlis Kerja Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur bagi memilih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan Timbalan Yang di-Pertuan Agon Persekutuan Tanah Melayu.

DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertama dan DYMM Tuanku Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.

03 Ogos 1957 – Pada tahun 1957, satu Persidangan Khas Raja-raja Melayu telah diadakan bagi memilih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama dan Timbalannya bagi Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Persidangan yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Majlis Kerja Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur ini dipengerusikan oleh Sultan Kedah.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya telah dilangsungkan mengikut syarat-syarat bahagian tiga dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di Persidangan Raja-Raja Melayu yang ke-43. Kesemua Raja Melayu telah hadir pada Persidangan Khas ini kecuali Sultan Johor yang berada di Eropah dan telah diwakili oleh Tengku Mahkotanya.

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama, sementara DYMM Tuanku Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara telah menjadi lambang kepada Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan Merdeka.


-----------------------------------------------------------


TRIVIA PERISTIWA MERDEKA PADA 06 OGOS 1957

SAMBUTAN DIRAJA KEPADA YAMTUAN NEGERI

  • Sambutan Diraja diberikan kepada Tuanku Abdul Rahman yang telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong
  • Majlis sambutan diketuai oleh ibu saudara Baginda & kaum kerabatnya di Seremban, Negeri Sembilan.

-----------------------------------------------------------


Lukisan & Sejarah: Lukisan Yang Dipertuan Agong Yang Pertama – 1959

Encik Basoeki Abdullah sedang melukiskan portrait Yang Di Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad pada tahun 1959.

Rujukan : Myfoto1 Penerangan Website. & Izmal Karim


-----------------------------------------------------------


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (1933-1960)


-----------------------------------------------------------

LOGO KEMERDEKAAN YANG PERTAMA







Logo Merdeka ini diperkenalkan dari tahun 1976 sampai la sekarang tau cuma bentuk dan temanya je akan berubah setiap tahun!

Sumber : Merdeka360


-----------------------------------------------------------

Pautan artikel yang berkaitan :-

MEMPERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA


02 SEPTEMBER 1957 ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDP AGONG PERTAMA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...