Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 2 August 2021

02 OGOS 1973 𝗧𝗨𝗡 𝗗𝗥. 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡

SEMPENA MENGINGATI TARIKH MENINGGALNYA TUN DR ISMAIL

Mengimbas jasa seorang teknokrat dan negarawan Tun Dr Ismail Abdul Rahman 

Amirul Mukminin

Tun Ismail dilahirkan di Johor pada 4 Nov 1915, anak berdarah Bugis sebelah bapa dan Cina muslim sebelah ibu ini telah banyak memberi jasa kepada negara. Beliau bukan seorang poli-tikus kelas kambing, walaupun menyertai UMNO.

Beliau merupakan seorang negarawan ulung yang telah membawa kepada semangat dan aplikasi multiculturalism sebelum Eropah rancak membincangkan perihal ini lagi. Tentangan dalaman yang beliau hadapi adalah semangat perkauman, xenophobia dan polisi inter-culturalism yang tertanam di dalam fikiran ahli-ahli kebanyakkan UMNO ketika itu. Beliaulah seorang jurutera utama yang menyatukan MCA dengan UMNO di bawah coalition BN demi citra ini. 
.
Semasa 13 Mei beliau berucap :

"Kenapa kita berjuang untuk Merdeka? Supaya kaum yang berbeza boleh dipecah-belahkan? Itu tidak benar, bukan? Tidak mungkin itu menjadi sebab mengapa semua pemimpin Melayu dan UMNO berjuang... ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena... Saya berharap perbincangan akan diadakan semula. Mengapa kita membina Malaysia? Apa Malaysia yang kita bina? Apakah simbol Malaysia yang sepatutnya?"

Juga terkenal dengan ucapannya sebelum itu :

"Kami di Malaya mempunyai 3 kaum utama, orang Melayu Cina dan India, hidup aman bersatu sudah bergenerasi" (Pidato pertama Tun Ismail 17 sept 1957 di PBB)

Semangat Islam sederhana yang beliau anuti, tidak pernah memaksa pelaksanaan Islam atas individu lain melainkan padanya ia adalah tanggungjawab peribadi. Manakala peribadi beliau pula merupakan seorang penuh jati diri tidak malu mengenakan Busana Melayu di dalam himpunan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau seorang yang jelas berpendirian dan sentiasa tegas sehingga meruntuhkan ego bangsa kulit putih di himpunan antarabangsa itu, fakta ini dibuktikan dengan aksinya yang sentiasa menegaskan peri-penting nasib dan kestabilan negara bekas jajahan seperti negara-negara di Benua Afrika, Asia-Barat dan Asia.

Tun Ismail seorang yang ke hadapan menjangkaui zamannya. Dalam Perang Dingin beliau yang pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Amerika itu amat memahami secara rinci perilaku Amerika, beliau juga mengerti akan realiti bahawa Amerika kini telah mengantikan tempat British dan mengisi vacum untuk menjadi super-power, lantas Malaysia tidak boleh diinjak dan disepit sekali lagi seperti dipenghujungan Perang Dunia II, beliau dengan yakin mengutarakan dan melakar sebuah gerakan berkecuali di peringkat global NAM. Di anggotai negara lainnya seperti India, Indonesia dan Yugoslavia dan lain-lain dengan prinsip untuk mewujudkan kestabilan, keamanan bersama secara co-existence, non-agresif, dan menghormati wilayah kedaulatan masing-masing.

Tun Ismail juga merupakan aktor utama dalam meredakan konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau dengan penuh hemmah menggunakan platfom yang demokratik yakni PBB untuk mempersembahkan kes ini di muka antarabangsa. Beliau berhujah bahawa tindakan ini merupakan ejen baharu kepada neo-colonialism di rantau kita. Amat jelas, ketenangan beliau disisipi prinsip anti-penjajahan memaksa Majlis Keselamatan PBB menundukkan Indonesia, ia jua menunjukkan sikap hormat Tun Ismail pada kedaulatan negara lain.

Figura ini sangat berwawasan melangakui zamannya, ideanya untuk menyatukan "Persatuan Asia Tenggara" terdiri dari negara :
  • Thailand, 
  • Burma, 
  • Indonesia, 
  • Singapore, 
  • Malaysia, 
  • Philippines, 
  • Cambodia, 
  • Laos dan 
  • Vietnam 
telah mengilhamkan tertubuhnya ASEAN. ASEAN hari ini merupakan sebuah Badan Rantau Antarabangsa (Regional International Organisations) yang mengunakan prinsip dan buah fikiran beliau seperti prinsip kedaulatan, "cara tersendiri" (own ways), international multiculturalism dan polisi tidak urus campur. Walau ASEAN kini merupakan sebuah badan rantau yang masih rapuh dan berteraskan konsep antarakerajaan (intergovermentalism) namun tidak mustahil badan ini berpotensi menjadi supra-state dan masih menghormati kedaulatan negara masing-masing dalam beberapa polisi tertentu. Legasi beliau menjadi teras dan identiti utama dasar luar negara sehingga kini.

Tun Ismail berperwatakan diplomatik mampu duduk dibawah dua kepimpinan dua perdana menteri. Beliau penuh toleransi dan pandai meletakkan diri. Nan begitu beliau tidak pernah gila pangkat atau kedudukan. Dalam sebuah temu bual beliau menyatakan beliau tidak kisah menyandang apa-apa jawatan selagi yang paling penting (baginya) rakyat dan parti berkehendak beliau disitu.

Al-fatihah (dengan bacaan) buat beliau...

https://www.facebook.com/100051043621438/posts/351783246533127/

----------------------------------------------------

Legasi kepimpinan Tun Dr. Ismail - Negarawan Sejati, Tonggak Perpaduan Negara

𝗧𝗨𝗡 𝗗𝗥. 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡 - 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗧𝗜, 𝗧𝗢𝗡𝗚𝗚𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Genap 50 tahun lalu, iaitu pada tanggal 2 Ogos 1973, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman beliau ketika berusia 57 tahun.

Berita sedih tersebut pantas tersebar ke seluruh negara dengan pengumuman rasmi dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara. Pemergian Allahyarham pada usia yang masih muda merupakan satu kehilangan besar kepada negara yang ketika itu baharu "sembuh" daripada luka tragedi 13 Mei 1969 dan agenda penyusunan semula masyarakat masih rancak digerakkan oleh kerajaan. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Negara pada keesokan harinya selepas Solat Jumaat dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.


MAGERAN 1969

Allahyarham dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915 dan mendapat pendidikan awal di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perubatan King Edward ke-VII, Singapura. Pada tahun 1939 Allahyarham menyambung pengajian ke Universiti Melbourne, Australia dan berjaya menjadi penuntut Melayu pertama yang lulus dari universiti di Australia pada tahun 1945. 

Penglibatan Allahyarham dalam politik tanahair bermula apabila gagasan penubuhan Malayan Union digerakkan oleh British. Allahyarham bersama-sama nasionalis Melayu menentang penubuhan tersebut dengan menubuhkan Kesatuan Siswazah-Siswazah Melayu.


Pemimpin dan rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham

Meskipun digelar "The Reluctant Politician" Allahyarham menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan cekal, tegas dan berani bagi memastikan negara dan penyatuan seluruh kaum di negara ini dapat direalisasikan demi perpaduan dan keharmonian negara. 

Lebih membanggakan lagi, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham turut memegang jawatan-jawatan penting dalam aspek keselamatan negara termasuklah sebagai Naib Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Wakil Persekutuan dalam Majlis Keselamatan Negara, Pengerusi Lembaga Keselamatan Malaysia dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand


Pemimpin dan rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham

Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh Allahyarham kepada negara wajar dikenang dan menjadi bukti Negarawan Sejati! 


Pemimpin dan rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham

𝙎𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙧𝙤𝙝 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝𝙮𝙖𝙧𝙝𝙖𝙢 𝙙𝙞𝙘𝙪𝙘𝙪𝙧𝙞 𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖-𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖𝙣. 𝘼𝙡- 𝙁𝙖𝙩𝙞𝙝𝙖𝙝...

Pemimpin dan rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham

(Penghargaan gambar: Jabatan Penerangan Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Arkib NSTP & The Star)

#MalaysiaMADANI #PemikiranStrategikPuncaKemenangan 

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Anwar Ibrahim

Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

KP MKN

https://www.facebook.com/100066351046679/posts/pfbid02Fy6PAf8iy2ppNsLbbg24QYxye96BwYNij7q2hb3bhG6NJMWUA6yc1Xvo4CiUs3Bol/?app=fbl

-----------------------------------------------

Pada hari ini dalam tahun 1973, YAB Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Kedua telah meninggal dunia kerana serangan sakit jantung dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Allayarham yang  berasal dari Johor, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kerjaya politik  Allahyarham bermula sebagai  anggota tidak rasmi dalam Majlis Undangan Negeri Johor. 


Allahyarham merupakan lantikan pertama Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan pernah menyandang jawatan Ketua Perwakilan Tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Allahyarham turut menyertai rombongan menuntut kemerdekaan Negara di London bersama YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Jenazah Allahyarham  disemadikan  dengan  penuh  penghormatan Negara di Makam  Pahlawan, Masjid Negara,Kuala Lumpur dan Allahyarham merupakan pemimpin pertama di semadikan di makam tersebut.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

-----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Bapa Pembangunan (Father of Development)

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/04/bapa-pembangunan-father-of-development.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...