Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 22 August 2022

22 OGOS 1818 PERJANJIAN PERDAGANGAN INGGERIS - SELANGOR

 

Pada hari ini dalam tahun 1818, Walter Sewell Crocroft selaku agen kepada Gabenor Inggeris di Pulau Pinang, John Alexander Bannerman dan bagi pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris telah membuat perjanjian perniagaan dengan Sultan Ibrahim, Raja Selangor ketika itu.

Perjanjian ini mengandungi lapan perkara yang bermaksud :
  1. Bahawa keamanan dan persahabatan yang sedia wujud di antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Raja Selangor akan dikekalkan.
  2. Kapal-kapal dan barang-barang dagangan kepunyaan rakyat British atau orang-orang di bawah perlindungan Kompeni Hindia Timur Inggeris akan sentiasa menikmati segala kemudahan dan keistimewaan di pengkalan-pengkalan dan jajahan takluk Raja Selangor.
  3. Kapal-kapal dan barang-barang dagangan kepunyaan rakyat Raja Selangor akan menerima peruntukan dan keistimewaan yang sama di pelabuhan Cornwallis dan mana-mana tempat di bawah jajahan Pulau Pinang.
  4. Raja Selangor bersetuju tidak akan memperbaharui sebarang perjanjian dengan lain-lain negara, badan-badan awam, atau orang-orang persendirian di mana ianya akan mengancam perdagangan rakyat British. Rakyat British juga tidak akan dikenakan cukai yang lain daripada apa yang dikenakan ke atas rakyat lain-lain negeri.
  5. Raja Selangor bersetuju tidak akan memberikan hak-hak monopoli perdagangan di Selangor kepada lain-lain bangsa asing dan hendaklah membenarkan rakyat British berdagang di Selangor seperti mana bangsa-bangsa lain.
  6. Kompeni Hindia Timur Inggeris bersetuju tidak akan membuat apa-apa perjanjian atau persetujuan di mana ianya akan mengancam perdagangan rakyat Raja Selangor atau memberikan hak monopoli perdagangan kepada lain-lain bangsa tetapi akan membenarkan rakyat Selangor berdagang di Pulau Pinang.
  7. Rakyat Selangor atau Rakyat British tidak dibenarkan dijual sebagai hamba di Selangor ataupun di Pulau Pinang.
  8. Perjanjian ini adalah bertujuan memupuk perdamaian dan persahabatan di antara Selangor dengan Pulau Pinang dan untuk menjamin kebebasan perdagangan dan pelayaran di antara rakyat kedua belah pihak bagi kepentingan mereka bersama.
Perjanjian perdagangan Inggeris-Selangor ini adalah hasil daripada persahabatan baik di antara Sultan Ibrahim iaitu Raja Selangor dengan orang-orang Inggeris di Pulau Pinang. 

Sumber : Arkib Negara Malaysia


----------------------------------------------
PERJANJIAN DAMAI DAN PERSAHABATAN SELANGOR - INGGERIS


Gambar Hiasan : Ilustrasi Ikatan Perdagangan Perak dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) sekitar tahun 1818

Pada 20 Ogos 1925, Sultan Selangor ketika itu ialah Sultan Ibrahim Shah telah menandatangani perjanjian damai dan persahabatan dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili oleh John Anderson.
Rentetan peristiwa tersebut :

Perjanjian ini ditandatangani bagi menyelesaikan persengketaan antara kerajaan Selangor dan Perak yang telah wujud sejak sekian lama.
Melalui perjanjian tersebut, beberapa perkara telah ditetapkan antaranya :
  1. Sungai Bernam menjadi sempadan di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak.
  2. Sultan Ibrahim telah berjanji tidak akan melanggar Negeri Perak.
  3. Raja Hassan akan dikeluarkan dari Negeri Perak dengan segera. 
Dengan termeterainya perjanjian damai dan persahabatan Selangor dan Inggeris ini, maka persengketaan antara Perak dan Selangor serta perebutan kuasa antara Inggeris dan Siam dapat dapat diselesaikan.


----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan dan menarik di sini :-

19th AUGUST 1818 COMMERCIAL ALLIANCE



18 OGOS 1771 PENDUDUKAN INGGERIS DI PULAU PINANG



13 OGOS 1784 PERJANJIAN BELANDA - SELANGOR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...