Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 22 August 2022

07 JUN 1895 SIR HUGH CLIFFORD MENGAKU KALAH

Arkib : 19 Jun 2022


Wajah sebenar Dato' Bahaman 
(Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan)

07 Jun 1895 – Pada tahun 1895, tentera Inggeris yang diketuai oleh Sir Hugh Clifford akhirnya mengaku kalah dan menghentikan gerakan menangkap Dato’ Bahaman dan pahlawan Pahang yang lain. Gerakan yang telah dilakukan selama 3 bulan itu bermula dari negeri Pahang hingga ke Terengganu dan seterusnya ke Kelantan.

Sebanyak RM 7,393.83 telah digunakan oleh pihak Inggeris untuk membiayai gerakan ini. Kegagalan Clifford dan tentera Inggeris jelas menunjukkan kepahlawanan Datuk Bahaman dan orang-orangnya.

Dato’ Bahaman yang telah dilucutkan gelaran Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan pada 18 Oktober 1891, dalam Mesyuarat Negeri yang keempat oleh Sultan Ahmad telah membawa kepada permulaan penentangan terbuka terhadap sistem pemerintahan Inggeris.

Antara faktor yang menggagalkan rancangan Inggeris itu ialah kekuatan fizikal dan ilmu kebatinan mereka di samping kerjasama yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada mereka. Sesungguhnya, semangat perjuangan pejuang-pejuang Melayu ini dalam mempertahankan kedaulatan tanah air terus utuh hingga membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.



------------------------------------------------------------

Pautan artikel-artikel berkaitan yang menarik :-

Pahlawan Sufi Dari Pahang



Sejarah Hidup Mat Kilau



29 JUN 1894 PERISTIWA JERAM AMPAI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...