PERISTIWA JERAM AMPAI
Pada hari ini dalam tahun 1894, sepasukan polis telah melancarkan serangan keatas penentang² British di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang.
Pasukan polis ini terdiri daripada pasukan polis Sikh Perak, polis Sikh Selangor dan beberapa polis Melayu.
Gambar 2 : Dato’ Bahaman
Kumpulan ini adalah sekumpulan penentang yang diketuai oleh Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah dan Mat Kelubi. Dalam serangan ini, seorang pegawai British yang bernama Wise (Pemangku Ulu Pahang) bersama 4 orang anggota polis Sikh telah terbunuh manakala di pihak penentang pula merekodkan 40 telah terbunuh dalam serangan berkenaan.
Gambar 3 : Mat Kilau
Serangan pasukan ini merupakan tindakbalas British yang merasakan ancaman dari penentang dimana pada 14Jun 1894, mereka telah menyerang balai polis Kuala Tembeling dan menyebabkan lima anggota polis Sikh terbunuh.
Gambar 4 : Tok Gajah
Kemudian mereka berundur ke Jeram Ampai yang berkedudukan empat batu dari Kuala Tembeling dan membina benteng pertahanan di sana.
Pada 18 Jun, Walter Egerton bersama pasukan polis Sikh dari Polis Selangor dan Perak telah dikejarkan ke Kuala Tembeling.
Pada 28 Jun, pasukan ini disertai pula oleh pasukan² polis Selangor dan Perak yang diketuai oleh Pemangku Penguasa Stewart, Leftenan Kolonel Walter, Kapten Lyons dan Kapten Talbot.
Pada pagi hari ini dalam sejarah, pasukan ini telah melancarkan serangan ke atas Jeram Ampai.
Sumber : https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3586/1/MIH_1972_Dec_04.pdf
Peristiwa Jeram Ampai merupakan salah satu insiden daripada beberapa insiden yang berlaku dalam sejarah penentang pejuang pembebasan Pahang keatas British.
Ekoran daripada situasi ini, Huge Clifford, Residen British di Pahang telah melancarkan gerakan besar-besaran bagi memburu mereka sehingga ke Negeri Kelantan dan Terengganu.
Sumber : Arkib Negara Malaysia.
Oleh : Abd Halim Sejarawan/The Sejarah.
-----------------------------------------------------
29 Jun 1894 – Dalam tahun 1894 sepasukan Polis kerajaan Inggeris telah menyerang sekumpulan penentang-penentang Inggeris di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Pasukan Polis ini terdiri dari Polis Sikh Perak, Polis Sikh Selangor dan beberapa orang polis Melayu.
Kumpulan ini adalah sekumpulan penentang-penentang Inggeris di Pahang yang dipimpin oleh Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi. Dalam serangan tersebut seorang Pegawai Inggeris bernama Wise (Pemangku Penguasa Ulu Pahang) dan empat orang polis Sikh telah terbunuh manakala di pihak penentang-penentang pula dilaporkan 40 orang terbunuh.
Serangan ke atas kumpulan penentang-penentang di Jeram Ampai ini merupakan tindakbalas pihak Inggeris terhadap ancaman terbaru penentang-penentang di mana pada 14hb Jun mereka telah menyerang sebuah balai polis di Kuala Tembeling dan membunuh lima orang anggota polis Sikh. Kemudiannya mereka telah berundur ke Jeram Ampai iaitu empat batu dari Kuala Tembeling dan mendirikan benteng-benteng pertahanan.
Pada 18hb Jun, Walter Egerton, Pemangku Residen Pahang dengan sepasukan Polis Sikh telah berkejar ke Kuala Tembeling. Pada 28hb Jun pasukan ini disertai pula oleh pasukan-pasukan Polis Perak, dan Selangor yang diketuai oleh Penolong Penguasa Stewart, Leftenan Kolonel Walter, Kapten Lyons dan Kapten Talbot.
Peristiwa Jeram Ampai ini adalah merupakan salah satu daripada beberapa insiden dalam sejarah penentangan pejuang-pejuang pembebasan Pahang terhadap Inggeris di Pahang. Ekoran daripada peristiwa ini Huge Clifford iaitu Residen British di Pahang telah melancarkan gerakan besaran-besaran memburu mereka hingga ke Negeri Terengganu dan Kelantan.
Gerakan ini dimulakan pada 4hb Julai, 1894 setelah Clifford mengambil alih pemerintahan dari Egerton pada 3hb Julai,1894. Gerakan yang menelan belanja sebanyak RM 7,393.83 dihentikan pada bulan November 1895 apabila Dato’ Bahaman, Awang Nong, Yusuf, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahit dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada Kerajaan Siam tetapi diberi perlindungan dan ditempatkan di Chiang Mai pada awal 1896 manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan telah meninggal dunia di Terengganu.
Jom sokong page The Sejarah https://www.facebook.com/groups/944196589713691/?ref=share untuk mempelajari sejarah di dalam negara dan dunia di platform Facebook anda di mana-mana sahaja anda berada...
https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/971470796986270/
https://pekhabar.com/peristiwa-jeram-ampai/
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
Pahlawan Sufi Dari Pahang
https://normanhafizi.blogspot.com/2020/10/pahlawan-sufi.html
No comments:
Post a Comment