Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 13 August 2022

13 OGOS 1784 PERJANJIAN BELANDA - SELANGOR

Pada hari ini dalam tahun 1784, Perjanjian Belanda - Selangor telah ditandatangani berikutan penaklukan Belanda ke atas Selangor. Dengan termeterinya perjanjian ini kuasa Sultan jatuh ke tangan Belanda dan semua bangsa lain seperti Bugis, Cina dan Eropah tidak dibenarkan memasuki pelabuhan Selangor kecuali orang-orang Belanda. Perjanjian ini juga membawa kepada wujudnya hubungan di antara Syarikat Hindia Timur Belanda dengan Selangor.

Sebenarnya perjanjian ini memberikan kesan yang besar kepada orang-orang Bugis yang selama ini memusuhi orang-orang Belanda. Permusuhan di antara kedua belah pihak bermula apabila Belanda menakluki Makasar pada tahun 1668 dan menghalau orang-orang Bugis dari tanah air mereka. Namun begitu orang-orang Bugis terus memainkan peranan penting di Kepulauan Melayu dengan menjadi penyokong kuat Sultan-sultan. Sehingga tahun 1718 orang-orang Bugis masih mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pemerintahan negeri-negeri Kepulauan Melayu. Pada tahun 1722, orang-orang Bugis mengadakan perjanjian dengan Sultan Johor. Perjanjian ini meluaskan lagi pengaruh mereka di negeri tersebut. Menyedari keadaan ini Sultan cuba membebaskan diri dari pengaruh Bugis.

Percubaan ini membawa kepada perselisihan di antara kedua belah pihak. Akibatnya wujud pula perhubungan di antara pihak Sultan dengan Belanda. Hubungan ini memberi peluang baik kepada Belanda yang selama ini merasakan orang-orang Bugis mengancam kepentingan ekonomi mereka. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1784, apabila Belanda merasakan tekanan yang hebat akibat perluasan pengaruh orang-orang Bugis yang telah menguasai kawasan-kawasan di Selat Melaka dari Riau hingga ke Kedah. Belanda akhirnya terpaksa meminta bantuan dari Terengganu dan Kedah apabila diserang oleh orang-orang Bugis. Terengganu yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Belanda sejak 1766 turut membantu. Manakala Kedah yang menghadapi ancaman dari Siam tidak dapat membantu.

Akhirnya, serangan orang-orang Bugis yang diketuai oleh Raja Muda Riau dapat dipatahkan. Raja Muda Riau terbunuh manakala ibu negeri Selangor ditawan oleh Belanda. Dengan jatuhnya ibu negeri Selangor ke tangan Belanda dan termeterinya perjanjian Belanda-Selangor pada hari ini dalam tahun 1784, berakahirnya pengaruh orang-orang Bugis yang sekian lama berkuasa di Kepulauan Melayu (bersambung...)

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02jBdUhfBnEyxtL6q3McahVpdZqvDyJ91XfGKdsyNRWq7N4Z2MaTAF9apSBYMfCxM2l/

Pautan artikel berkaitan di sini (sambungan daripada peristiwa tersebut) :-

Sultan Ibrahim Merampas Kembali Selangor Dari Belanda

29 JUN 1786 : PERANG BUGIS (SELANGOR) - BELANDA (1784-1786) 

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/29-jun-1786.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...