Hari ini 503 tahun yang lalu, Ferdinand Magellan memulakan pelayaran untuk mengelilingi dunia dari Sepanyol.
Di kurun ke-15, rempah menjadi barang paling dikehendaki di Eropah. Portugal & Sepanyol menerajui perlumbaan menguasai komoditi yang hanya boleh di dapati Timur khususnya di India & Kepulauan Melayu itu melalui jalan laut mengikut arah timur.
Namun tiada siapa yang pernah meneroka jalan arah barat & Magellan mendapati ianya lebih dekat untuk ke Kepulauan Rempah (Maluku). Di dorong juga dengan impian untuk menjadi yang pertama keliling dunia, Magellan mengusulkan cadangan itu kepada Raja Portugal.
Bagaimanapun Raja Manuel I menolak, memandangkan wilayah barat berada di bawah penguasaan Sepanyol mengikut Perjanjian Tordesillas 1494. Kecewa dengan rajanya sendiri, Magellan berhijrah ke Sepanyol & membentangkan cadangannya kepada Raja Charles I.
Raja Charles bersetuju membiaya ekspedisi itu, maka pada 20 September 1519, Magellan & 270 kru di atas 5 buah kapal dengan bekalan untuk 2 tahun berlepas dari Sanlúcar de Barrameda, merentas Laut Atlantik & sampai di perairan timur Amerika Selatan.
3 kapal berjaya melepasi benua Amerika melalui selat di Chile & memasuki Laut Pasifik pada Oktober 1520. Selepas lebih 3 bulan, pada Mac 1521, armada itu tiba di Guam sebelum berlabuh di Cebu, Filipina di mana Magellan bertindak mengkristiankan penduduknya.
Ia mencetuskan penentangan oleh puak Mactan diketuai Lapulapu & berlaku pertempuran yang membunuh Magellan pada 27 April 1521. Begitupun, ekspedisinya diteruskan oleh pegawainya Juan de Sebastian Elcano & João Lopes de Carvalho ke Maluku.
Hanya satu kapal, iaitu Victoria dengan 18 orang sahaja yang berjaya sampai kembali ke Sepanyol pada 6 September 1522 mengikut arah barat, menjadikannya kapal pertama yang mengelilingi dunia.
Sumber: History, National Geographic
#PeristiwaHariIni
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment