M.U.S.U.H. T.E.R.S.E.M.B.U.N.Y.I.
1. Wahai orang-orang yang beriman! Bangkitlah demi perjuangkan agama dan kebenaran. Janganlah takut dengan ancaman musuh kerana ini adalah ujian. Dunia hanyalah tempat permainan.
2. Hari ini di bulan Ramadhan, umat Islam di TANAH dikelilingi AIR ini diuji lagi. Nama Allah telah dipersenda oleh seorang manusia yang sakit jiwanya dan sakit mentalnya. Ini kerana manusia sihat dan normal tidak akan bertindak sedemikian.
3. Pekerjanya telah dipukul dengan teruk dan diugut bunuh dengan picu pistol di kepala. Keluarga mereka juga diugut. Semua ini berpunca daripada amal ibadah mereka lakukan di bulan Ramadhan, yakni berpuasa. Maka ia menimbulkan kemarahan manusia yang sudah di hasut syaitan.
4. Siapa yang benci amal ibadah Islam ini jika bukan syaitan, 1blis dan konconya? Pandanglah dengan mata hati. Ini bukan isu personal. Ini adalah isu melibatkan agama Islam. Demi untuk memelihara iman mereka dan ibadah mereka diperlakukan sedemikian rupa.
5. Musuh yang diperangi itu berdiri di balik wajah bertopengkan manusia. Bersembunyi musuh ghaib yang sudahpun mulakan gerakan mereka sejak bulan lalu. Dirasuk syaitan dan 1blis yang sengaja membuat kekacauan sepertimana menurut arahan yang atas.
6. Jika ditaqdirkan Allah mati maka syahidlah demi agama yang dipertahankan. Namun begitu taqdir Allah berkehendak mereka hidup agar ianya dapat disampaikan kepada kita hari ini. Alhamdulillah, mereka selamat.
7. Tetaplah berani kerana benar. Depani dengan adab, ilmu, akhlak, kecerdasan akal dan emosi dan ketegasan. Teguhkan keimanan. Pasakkan ketaqwaan dengan kukuh. Agar ia menjadi sebati dengan rohani jiwa, tulang belulang dan salur nadi saraf yang kian membeku.
8. Bangkitlah demi agama Allah. Bangunlah perjuangkan hak agama demi umat Islam seluruhnya. Jangan gentar kerana jiwa dan roh itu milikNya. Berserah diri kepada Allah itulah sebaik-baik jalan bagi hamba Allah yang beriman.
9. Ada pun sudah sekian lama, kita menyaksikan saban hari agama Islam dipersenda dan dipermainkan oleh mereka yang memusuhi Islam.
10. Umat Islam lebih-lebih lagi di Tanah Melayu ini sudah dipijak dan dianiaya secara halus dan secara diam sejak ratusan tahun dahulu sejak zaman nenek moyang kita.
11. Selama itu jugalah nenek moyang kita berkorban darah demi untuk mempertahankan iman. Demi masa depan anak cucu cicit yang selamat di dalam pemeliharaan iman di tanah tumpah darah itu.
12. Pertahankanlah hak diri, keluarga, dan tanah air demi kedaulatan negara yang berjunjungkan budaya tradisi Melayu yang berpahatkan Islam, yang bersendikan rukun agama. Tidak akan jatuh apabila pasak akidahnya kukuh. Pasti tidak akan jatuh.
13. Ayuh perkuatkanlah Imanmu, AqidahMu dan Ketaqwaanmu. Agar dikau dapat melihat segenap cahaya yang mendatang berupa pertolongan Allah bagi orang-orang yang bertaqwa.
14. Hendaklah setiap orang yang beriman itu bersikap tegas terhadap orang yang memerangi Islam dan memusuhi Islam dengan iman dan taqwa, ada ciri kearifan di dalam memimpin dalam memandu keharmonian rakyat menjadi satu, punya pegangan diri yang utuh dan punya kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi di luar jangkauan musun.
15. Agar wujud rasa hormat kepada sesama manusia, dan saling memuliakan sesama umat Nabi Muhammad s.a.w. Dengan adab dan akhlak didikan Nabi Muhammad saw kepada para sahabat Baginda. Mereka berani kerana taqwa dan demi kecintaan mereka kepada Allah. Maka mereka memerangi musuh Allah itu dengan iman.
16. Setiap orang beriman WAJIB berani pertahankan agama kerana iman. Marah itu kerana memelihara iman dan taqwa, bukan kerana nafsu. Memelihara yang Haq mengatasi yang batil. Tidak boleh dibiarkan apabila nama Allah dihina dan Islam dicela dan orang Islam dizalimi. Wajib perangi kebatilan dengan ketegasan kepimpinan agar agama Islam dihormati dan demi memuliakan nama Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.
17. Sesungguhnya bala tentera musuh itu sudah mulai memasuki ke daratan Tanah Melayu dan mengaktifkan arahan dari pihak atasan. Bermula daripada 26 Mac maka bermulalah agenda musuh yang lebih besar.
18. Minda setiap manusia mereka berusaha untuk menceroboh masuk. Mana-mana insan yang lemah mentalnya, sakit otaknya, dan terganggu emosinya akan menghadapi kekacauan yang paling dahsyat di masa mendatang.
19. Hendaklah kalian memelihara daya fikiran kalian, memelihara hati agar sentiasa tenang, memperkuatkan benteng diri agar tidak mudah hanyut di dalam kelalaian atau dipengaruhi minda oleh bala tentera jin 1blis bertaraf Elit.
20. Dapatkan segera rawatan bagi yang sakit rohani, mental, emosi, selagi sempat. Sebelum semuanya sudah terlambat.
21. Hendaklah kalian merasa yakin, bahawa setiap satu ketentuan dari Allah itu sudah tertulis. Maka inilah masanya setiap orang beriman wajib memainkan peranan, dengan memerangi setiap kejahatan musuh Islam itu dengan hati yang beriman, fikiran, dan tindakan.
22. Hendaklah kita membuktikan kepada Allah bahawa kita adalah orang yang beriman dengan membela hak Allah Taala tatkala nama Allah itu dihina dan dipijak. Dengan akhlak, adab, tatacara, dan rujuk pada guru masing-masing dalam memutuskan perkara besar dan penting. Bersatulah.
23. Ini adalah ujian bagi menguji keimanan setiap insan. Hendaklah kita merasa takut dengan kemurkaan Allah. Maka inilah peluang untuk kita membangkitkan semangat juang di dalam hati agar memerangi apa jua rencana musuh yang sudah tersedia di depan mata.
24. Mulakanlah dengan menjaga pemakanan. Jauhi gula putih yang merosakkan otak. Amalkan pemakanan sihat. Jaga otak sebelum situasi akan semakin memburuk dan semakin ramai orang menjadi GILA.
25. Bagi sesiapa yang berhajat untuk bermula hijrah diri dengan rutin amalan pemakanan sihat, boleh hubungi saya secara peribadi. InshaaAllah saya akan kongsikan pengamalannya di samping pengisian untuk bersihkan hati. Keduanya perlu seiring dengan tindakan lain. Tidak boleh terpisah-pisah. Mulakan dari sekarang.
Demi nama Allah! Berhijrahlah ke arah kehidupan lebih baik.
Dengan nama Allah! Perbaiki diri dengan bersungguh-sungguh agar menjadi manusia bertaqwa yang lebih baik.
Dengan nama Allah! Ubahlah cara hidup, cara fikir dan perlakuan diri ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. Agar selamat daripada permainan sekutu Daccal ini di saat ini sehingga ke penghujungnya.
Dan yang terakhir, bersatu hatilah kita semua. Saling membantu dan menyokong dengan nama Allah. Sesungguhnya manusia itu lemah dalam perjuangan jika berseorangan tanpa jemaah, tanpa Allah.
26. Kerana jemaah soleh dan solehah itu membawa kepada perjuangan yang diberkati Allah. Dan semuanya bermula dengan tindakan proaktif dan bersatu tanpa menunggu disuruh atau bertangguh mencari alasan.
27. Lakukan peranan diri dengan jujur pada Allah dan amanah dengan segala potensi diri yang ada, mulakan gerakan tanpa alasan, tanpa tapi, tanpa nanti. Bertindak sekarang.
28. Berhijrah bermula dengan diri. Kenali potensi diri dan berdoalah. Minta petunjuk Allah. Kemudian bergeraklah mencari jemaah yang bertaqwa dan sehaluan. Bentuk kekuatan jemaah bersama dengan nama ALLAH.
29. Kebersamaan itu bermula dari hati yang ikhlas. Maka carilah sahabat dan jemaah yang benar-benar yaqin pada setiap petunjuk Allah itu. Sungguh kita tidak akan mampu menyelamatkan sesiapa jua kecuali mereka yang Allah pilih.
30. Inilah masanya untuk kita bertindak mencari haluan hijrah kehidupan demi untuk memperjuangkan Islam dan membela agama dalam memelihara iman itu keranaNya.
Untuk pautan video berkenaan kes polis berkenaan, sila klik di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215856309274070&id=1635683714
Untuk mendapatkan info tentang pemakanan sihat untuk kecerdasan mental, emosi, rohani, klik di sini:
http://wasap.my/+60134666797/jihadsihat
Haseena Syaakira
Membela nama Allah demi kemuliaanNya dan kecintaan padaNya, demi keagunganNya. Dialah Sang Raja.
15 April 2021
1.06 pagi
#taqwajourney #HaqqulYaqin #HidupuntukAllah #BahagiaDenganAllah #SeeNothingButAllah
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157883004617761&id=521342760
No comments:
Post a Comment