©️ORANG PERTAMA BENUA AMERIKA DARI ASIA
Sudah sekian lama rasanya di dalam hati saya ini ingin menulis artikel ini dek kerana melihat berapa ketersamaan fizikal di antara orang-orang Melayu dan orang asli Amerika atau kerap disebut sebagai Native American di kebanyakan makalah-makalah atau sumber-sumber ilmu yang dihasilkan oleh negara-negara Barat mengenai subjek berkenaan. Sudah semestinya apabila menyentuh mengenai pertembungan antara kedua-dua identiti, maka akan ada banyak perkara yang perlu dibincangkan sebelum saya dan yang membaca dapat memberi satu kesimpulan adakah kedua-dua ras ini mempunyai kaitan yang rapat sesama mereka..
Fakta mengenai perhubungan jalan laut yang dibuat oleh orang Melayu ke benua Amerika diperkuatkan lagi melalui kisah pelayaran Awang Hitam atau Enrique/Henry The Black ke sekeliling dunia dan akhirnya menjadikan beliau manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia melalui pelayaran. Kali ini mari kita lihat hubungan secara geneology atau secara garis keturunan, yang mana terhasil melalui penghijrahan orang Melayu ke benua Amerika suatu ketika dahulu..
Pernah suatu ketika, para pengkaji tidak kira saintis mahupun sejarahwan membentangkan sebuah teori mengenai "3 Gelombang" atau "3 Waves" apabila menyentuh berkenaan asal usul orang Asli Amerika ini.. Banyak teori yang dibentangkan, tetapi yang paling menarik hati saya adalah di mana ada di antara pengkaji yang membentangkan garis keturunan The Indian bermula dari orang-orang Asia Tenggara/ Austronesia sebagai salah satu gelombang asal usul orang Asli Amerika ini..
Gelombang yang pertama datang ke selat Bering, kira-kira 13000 tahun yang lalu daripada orang Mongol. Gelombang kedua pula datang daripada orang Asutronesia atau Melayu-Polinesia yang merentasi lautan Pasifik. Untuk gelombang ketiga pula didapati bahawa ianya datang daripada pelayar Austronesia/Melayu-Polinesia daripada New Zealand dan juga Asia Timur Jauh (Far East Asia) *Asia Tenggara, Nusantara, dan juga kepulauan-kepulauan pasifik.
Seorang penulis dari NatGeo News juga pernah menjalankan sebuah kajian mengenai asal usul Amerindians ini pada 2003. Beliau meletakkan sebuah permulaan di dalam penulisan beliau dengan sebuah persoalaan "Siapakah manusia pertama yang berada dan mejalankan kehidupan serta survival di Benua Amerika?" Di awal penulian beliau menyatakan kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan yang mana perolehan kajian-kajian yang telah diteliti oleh beliau dan beberapa buah universiti itu mendapati bahawasanya Amerindians berasal dari Timur Laut Asia. Ianya ditarikhkan pada 12,000 tahun dahulu..
Namun yang demikian, keberadaan orang Asli Amerika tinggal di benua tersebut adalah lebih lama dari pentarikhan yang dikeluarkan. Jadi di sini sebuah persoalaan mula timbul, "Siapakah orang & kumpulan pertama yang berada di benua Amerika & dari manakah asal usul mereka ini?" Rujukan oleh penulis terhadap kajian yang telah dijalankan oleh sebuah badan di California akhirnya memberi suatu pencerahan kepada penulis. Di dalam kajian itu, mereka (badan penyelidik) telah menemui sebuah tengkorak yang kelihatannya lain daripada penduduk Amerindian yang dikaitkan dengan ras Mongoloid yang berasal Timur Laut Asia..
Walaupun tengkorak itu hanya beberapa ratus tahun, namun para penyelidik tersebut membuat sebuah dapatan di mana, orang-orang Asia Tenggara yang pernah menakluki kepulauan Australia pada 60,000 tahun yang dahulu telah mula membuat sebuah perjalanan ke benua Amerika dan membuat petempatan yang pertama di tanah Amerika itu.Kenyataan di atas dapat diperkuatkan kehadiran sebuah bukti yang dinamakan - "Luzia". Luzia sebenarnya adalah sebuah rangka manusia yang berusia lebih daripada 11 ribu tahun di benua Amerika..
Uniknya rangka ini juga tidak dapat diselaraskan dengan keberadaan ras Mongoloid di benua Amerika kerana ciri-ciri yang terdapat di rangka sangat berbeza dengan Amerindians yang bersalasilahkan orang-orang Timur Laut Asia kerana Luzia lebih mirip kepada Native Australia. Mereka juga meletakkan "Luzia" di bawah kategori "Paleoamerican"- orang Amerika di zaman batu.
Kewujudan masyarakat 'Paleomerican" ini kemudiannya terganggu apabila ras Mongoloid dari Timur Laut Asia mula menyerang mereka di kawasan Utara benua Amerika..
Berkenaan dengan kependudukan orang Asli Amerika di bahagian Utara benua tersebut, William Ellis di bukunya yang bertajuk "Polynesian Researches, Volume 1" menyatakan penemuan rangka-rangka manusia yang kelihatan berpakaian berjubah dan yang uniknya gaya pemakaian mereka ini sama seperti mereka yang tinggal di Fiji serta Hawaii..
Penemuan bukti di Kentucky dan Tennesse ini akhirnya merumuskan penulis dalam sebuah dapatan di mana Amerindians Utara mempunyai perkaitan dengan masyarakat Polinesia dan tidak mustahil juga dengan masyarakat Melayu kerana seperti mana yang telah disebutkan di atas, orang-orang Melayu di Asia Tenggara suatu ketika pernah menakluki kepulauan-kepulauan di sekeliling mereka..
Antara persamaan sebutan (hampir) Maya dan Melayu: -
- Curi - Melayu, Coi - Maya
- Kuning - Melayu, Caan,cin - Maya
- Ikan - Melayu, Cai - Maya
- Rata - Melayu, Lacach (Lacha) - Maya
- Kocak - Melayu, Coch - Maya
📝 Serai Padang #CPK
https://www.facebook.com/331708791085741/posts/825171211739494/
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
Suku Cherokee https://normanhafizi.blogspot.com/2021/04/suku-cherokee.html
Bangsa Austranesia https://normanhafizi.blogspot.com/2021/04/bangsa-austranesia.html
No comments:
Post a Comment