Karektor animasi untuk watak Fiona dalam ShrekTak ghamai yang tau pado tahun 1993 den ado tulih sobuah novel betajuk FIONA. Ceghito lam novel tu tak abih sobab maso nak tulih sambungan lam novel ke ompek den dah jadi maleh.
Ghupo-ghupo ey lam diam novel FIONA ni tolah di sambung oleh ghamai ponulih kek obersi Berikut adolah kronologi ey........
[Tak ramai yang tahu pada tahun 1993 saya ada menulis sebuah novel bertajuk FIONA. Cerita dalam novel itu tidak habis sebab masa nak menulis untuk sambungan dalam novel keempat, saya dah jadi malas]
Gambar 2 : Di terbitkan oleh sahabat saya Ahadiat Akashah yang ketiko itu menjalankan Melati Publisher. [Diterbitkan oleh sahabat saya, Ahadiat Akashah yang ketika itu menjalankan Melati Publisher]
Gambar 2 : Finding Fiona, Maine Shore Chronicles by Mary Fremont Schoeneker
FINDING FIONA di tulih oleh Mary Fremont mungkin setolah monunggu begitu lamo takdo sambungan FIONA ni....lansung dio sambung senighi ikut suko dio.....
[Finding Fiona ditulis oleh Mary Fremont mungkin setelah menunggu begitu lama tidak ada sambungan FIONA ini, langsung dia sambung sendiri ikut suka dia]
Gambar 3 : Fiona by Catherine Gaskin
Catherine Gaskin lak tak pueh ati....dio pun buek lak sambungan yang lain....
[Catherine Gaskin pula tak puas hati....dia pun buat pula sambungan yang lain...]
Gambar 4 : Fiona by Meredith Moore
tapi Meredith Moore tak setuju dongan keduo-duo penulih sebolum ey sobab macam takdo kesinambungan lansugn ngan FIONA yang asal yang di teghobitkan di mlesia....Dio pun tulih lak FIONA lam versi dio senighi
[Tetapi, Meredith Moore tidak setuju dengan kedua-dua penulis sebelum ini sebab macam tidak ada kesinambungan langsung dengan FIONA yang asal diterbitkan di Malaysia....Dia pun menulis pula FIONA dalam versi dia sendiri]
Gambar 5 : Fiona by The Colored Girl 17
Maso ni la FIONA yang sebona muncul,Dio pun dah jauh beghubah sojak duduk di amerika....Novel ni dio tulih senighi dongan namo samaran TheColoredGirl yang membotulkan balik kesilapan fakta novel-novel sebolum ey...
[Masa inilah FIONA yang sebenar muncul. Dia pun dah jauh berubah sejak menetap di Amerika....Novel ini dia tulis sendiri dengan nama samaran TheColoredGirl yang membetulkan balik kesilapan fakta novel-novel sebelum ini...]
Gambar 6 : Finding Fiona by Michele Copp
Michele Copp pulak apobilo dongar FIONA dah tulih novel ey senighi...dio pun datang ke new york mencari FIONA.mako terhasil la novel ini.Dio monceghitokan pengalaman-pengalaman pahit ey sepanjang pengalaman mencari FIONA di new york.
[Michele Copp pula apabila dengar FIONA dah menulis novel ini sendiri...dia pun datang ke New York mencari FIONA. Maka terhasilah novel ini. Dia menceritakan pengalaman-pengalaman pahit dia sepanjang pengalaman mencari FIONA di New York]
Gambar 7 : A Novel The Captive by Fiona King Foster
Dalam buku yang ke limo la baghu memasing tau sebona ey FIONA menjadi tawanan di Russia dalam satu jangka waktu yang lamo.Ini di ceghitokan senighi oleh FIONA KING FOSTER lam THE CAPTIVE.
[Dalam buku yang kelima diceritakan masing-masing tahu sebenarnya FIONA menjadi tawanan di Russia dalam satu jangka waktu yang lama. Ini diceritakan sendiri oleh FIONA KING FOSTER dalam THE CAPTIVE]
Gambar 8 : Protecting Fiona by Susan Stoker
Susan Stoker yang pernah bekerja di kedutaan Russia menceritakan sepanjang berada di sana FIONA di kawal oleh ramai Bodigad.Susan menceritakan secagho teperinci bagaimano bodigad-bodigad tu melindungi FIONA dari ramai penerbit yang mencaghi dio ....
[Susan Stoker yang pernah bekerja di Kedutaan Russia menceritakan sepanjang berada di sana FIONA dikawal oleh ramai pengawal peribadi. Susan menceritakan secara terperinci bagaimana pengawal-pengawal peribadi melindungi FIONA dari ramai penerbit yang mencari dia ....]
Gambar 9 : Fiona's Luck by Teresa Bateman
Teressa Bateman berpendapat FIONA sangat bernasib baik kerana di lindungi oleh kerajaan Russia.Dalam novel terakhir ini dio menulis dongan panjang lebar nasib baik yang lalui oleh FIONA sepanjang berado di Russia.
[Teresa Bateman berpendapat FIONA sangat bernasib baik kerana dilindungi oleh kerajaan Russia. Dalam novel terakhir ini, dia menulis dengan panjang lebar nasib baik yang dilalui oleh FIONA sepanjang berada di Russia.]
Sumber : https://www.facebook.com/1041085890/posts/10221137642564282/
No comments:
Post a Comment