Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 2 July 2024

MAWAR MERAH

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk Novel Diari Kehidupan. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

02 Julai 2024. 03:10 P.M.

ARYANA SOFEA 

Aku tak pernah kenal watak ini. Namanya ada mirip dengan SITI NURHALIZA. Nama bapa dia ada mirip dengan nama abah isteri aku iaitu Muhammad. Aku kenal dia dalam Group Forex daripada admin nya yang bernama Aminah yang dah lama aku tinggalkan sebab dia (Aminah) adalah SCAMMER Business !!!

Aku kenal dia (subjek) sebagai Mawar Merah sejak Ogos 2016 lagi. Aku nampak pada profile WhatsApp dia agak unik. Macam gaya Fatimah tengah duduk, tapi dia pulak dengan gaya menirap dengan muka 10 sen. Hahahaha...

Itulah kejelitaan sebenar insan (subjek) ini. Aku kenalkan diri aku dengan nama Zack atau ZAKI. Tapi ketika itu juga dia kenalkan diri dia sebagai Sofea. Aku tanya lagi pada dia. Nama betul atau nama panjang dia apa yang sebenarnya? Dia jawab ARYANA SOFEA. Cantik nama itu. Aku terus terang pada dia ketika itu bahawa aku telah berkahwin. Aku minta maaf pada dia. Tapi dia jawab, "tak salahkan berkawan dengannya?". 

Aduh ! Aku dah jatuh hati buat kali ketiga selepas Ruqaiyah dan juga Fatimah. Tapi pelik juga dalam diri aku sebab jarang perempuan bujang boleh terima kalau yang dah berkahwin biasanya mereka akan tolak untuk berkawan. 

Ceritanya berlangsung agak panjang bermula dari situ iaitu dari Group WhatsApp sehinggalah pada 29 Jun 2024 iaitu pada tahun ini. Hampir 8 tahun aku pernah bersama dengannya sehinggalah aku hampir meninggalkan anak-anak dan isteri aku iaitu AZIE. Lebih tepat lagi aku telah mengabaikan mereka dalam hidup aku kerana aku mengejar cinta seorang wanita (subjek) kes ini. 

Nama betul dia dah la panjang dan susah untuk aku sebut dan juga tulis. Padan muka biawak hidup 2.0 (suami subjek) sekarang. Akad nikah dia nanti kena sebut nama (subjek iaitu isterinya sekarang) yang panjang-panjang. Aku cuba melawan perasaan aku ketika ini. Takdir telah menentukan bahawa dia takkan bersama aku buat selama-lamanya dan telah jadi milik orang lain. Allah Maha Merancang. 

Akan tetapi, aku yakin, Allah Taala telah menganugerahkan kepada aku seorang isteri dan juga 2 orang anak. Aku tak perlu untuk fikir berkahwin lagi (poligami) kerana setiap orang Islam yang layak masuk ke syurga nanti akan dikurniakan bidadari-bidadari yang cantik-cantik lagi menawan. Aku akan bersama mereka di dalam syurga (dengan Izin dariNya) serta bakal bersama-sama dengan keluargaku semua. Mungkinkah salah seorang bidadari syurga ku nanti ada yang bernama ARYANA SOFEA? Wallahualam. 

Allah Maha Mengetahui....

BERSAMBUNG....

POSTING SEBELUM INI : https://normanhafizi.blogspot.com/2024/06/the-joy-of-life.html

PLAYGIRL IS NOW PLAYING VICTIM

Soalan : Soalan: Mengapa semua lelaki-lelaki itu tinggalkan dia?

Question: Why did they all dump her?

Answer : Insecurity makes them stay, else goodbye to you

Jawapan : Belum kahwin memang macam itu agaknya. Dah kahwin nanti dah tak boleh nak lari daripada masalah dan kenyataan hidup selepas berkahwin  

https://www.facebook.com/share/p/sQo7DwjzR7LppwLG/?mibextid=xfxF2i

Orang yang menzalimi orang lain hati tak tenang sebab hidup tak berkat. Kebahagiaan tidak terbina atas penderitaan orang lain. Satu masa nanti, dia lebih tersiksa dan lebih merana. Di Dunia dan Akhirat. Allah tu Adil.

https://www.facebook.com/share/86NnrxSqGR87FpHu/?mibextid=xfxF2i

Kita tak boleh menghindari rasa kecewa terhadap manusia. Sebaik manapun seseorang, dia mempunyai potensi mengecewakan orang lain. Bukan semestinya dia jahat, tapi kerana dia manusia.

https://www.facebook.com/521342760/posts/pfbid0iZ7sDyLuj1kgBigj5sDhVGn7J6Mn9F8j9HZoQFtmN9PmuaFnfBGDZRHFcTvuCRJbl/?mibextid=6yaNxA


https://youtu.be/Pi1uC0UTl0c?si=Sz9UgCfVrHpFOEfH

Sepi Sekuntum Mawar Merah

Berulang kali ku mencubaMemujuk hatiLupakan semua kenangan
Namun mimpi bertemu lagiDi saat engkau tiada di sisi
Ku berpegang pada janjiTercipta, antara kita duluHilangmu tiada bergantiBiarlah, begini
Ku belayar di lautan tidak bertepianSesekali disedarkanOmbak yang mendatangAku seperti hilangPunca arah dan tujuan
Aku puisikan namamuBersama rindu, di dalam sendu
Ku berpegang pada janjiTercipta, antara kita duluHilangmu tiada bergantiBiarlah, begini
Ku belayar di lautan tidak bertepianSesekali disedarkanOmbak yang mendatangAku seperti hilangPunca arah dan tujuan, ooh
Ku belayar di lautan tidak bertepianSesekali disedarkanOmbak yang mendatangAku seperti hilangPunca arah dan tujuan
Aku puisikan namamuBersama rindu, di dalam sendu
Di dalam senduDi dalam sendu

Songwriters: Lukhman Bin Abdul Kadir / Fauzi Bin Marzuki
Sepi Sekuntum Mawar Merah lyrics © Warner Chappell Music (malaysia) Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...