INSIDE OUT 2
Aku masih ingat lagi tentang karekter-karekter Disney daripada filem animasi bertajuk INSIDE OUT 2. The Joy Of Life aku tambah untuk mudahkan aku menulis pada kali ini. Kadang-kadang apabila berlaku sesuatu musibah dalam hidup, kita terlupa bahawa sebenarnya dalam diri kita ada mengandungi perkara lain seperti marah, sedih, gembira, bosan malu, ANXIETY dan sebagainya.
Gambaran yang dipaparkan dalam filem animasi tersebut bukan sahaja bagi hiburan untuk kanak-kanak, malahan juga untuk penonton dewasa seperti aku ini. Paling menarik perhatian aku dalam animasi kali ini ialah watak ANXIETY. Watak ANXIETY ini pada awalnya tidak mendatangkan masalah kepada watak-watak yang lain. Akan tetapi, apabila dia menunjukkan kekuatan dirinya yang sebenarnya, maka watak-watak lain terus dibuang. Watak ANXIETY ini mempunyai cita-cita yang tinggi, mempunyai harapan yang besar. Tujuan dia tidak lain dan bukan adalah untuk mengawal situasi yang ada di sekelilingnya.
Bagi aku, sebagai Umat Islam dan Hamba kepada Allah Taala, maka sebenarnya sebaik-baik perancangan hidup kita sebenarnya adalah daripada kekuasaan Allah Taala. Perancangan Allah Taala ini diluar kekuasaan dan juga diluar kotak pemikiran manusia biasa seperti kita semua.
Kelemahan ANXIETY yang sebenarnya ialah hanya fikir perancangan mengikut kemahuan, mengikut acuannya sendiri. Sedangkan untuk watak JOY ini adalah satu peranan yang akan menyesuaikan kita untuk berfikir secara logik akal. JOY dapat membantu menenangkan ANXIETY yang telah kehilangan fungsi sebenarnya apabila ANXIETY gagal mengawal keadaan yang sudah tidak terkawal lagi. Peranan JOY juga mampu untuk memberikan kesedaran untuk menerima kenyataan hidup di samping memberikan keceriaan untuk teruskan kehidupan.
Kuasa MINDA POSITIF ini mampu untuk menyelesaikan semua perkara dengan izin Allah Taala. Anda jangan lupa untuk sentiasa mengingati Allah Taala supaya hidup anda akan lebih tenang dan tenteram. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Posting lain yang berkaitan di sini :
https://www.facebook.com/share/p/WNxgHkNSvLaFQ8nk/?mibextid=qi2Omg
No comments:
Post a Comment