Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 2 July 2024

SEMALAM YANG HANGAT

 

Gambar sekadar hiasan

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

03 Julai 2024. 07:29 A.M.

ARYANA SOFEA  @ MAWAR MERAH

Aku belum pernah lagi ada pengalaman hidup iaitu kita bertemu kerana Allah Taala dan berpisah kerana Allah Taala. Nikmat selama 8 tahun yang begitu lama aku dapat rasakan hanya sekejap sahaja bersama subjek (Aryana Sofea). 

Allah Taala telah mengajarkan kepada aku tentang nikmat kehidupan yang abadi akan tetapi, bukan di dunia nyata. Ianya akan berlaku di dalam syurga kelak. Syurga hanya layak bagi orang-orang yang layak sahaja. 

ADAKAH AKU LAYAK? 

ADAKAH AKU LAYAK MASUK SYURGA??

ADAKAH AKU LAYAK BERTEMU BIDADARI SYURGAKU YANG BERNAMA ARYANA SOFEA???

Wallahualam. 

Selepas aku kehilangannya pada 26 Jun 2024 yang lepas, baru aku sedar bahawa selama ini isteri aku telah lama menemaniku sejak kami bernikah pada 26 September 2009 dahulu, begitu setia dan seakan-akan memahami hati dan perasaanku pada masa ini. Kami bagaikan hidup di dalam perkahwinan poligami. Masing-masing memahami peranan mereka masing selama 8 tahun aku dalam berkeadaan seperti itu. Hidup di dalam dunia khayalan yang aku reka sendiri bagi memuaskan hati dan perasaanku sendiri. 

Selama 8 tahun aku kehilangan buat sementara isteriku sebab nak mengejar cinta subjek (Aryana Sofea). Kini setelah kembali semula di alam nyata bahawa aku masih ada isteri dan 2 orang anak-anakku yang semakin membesar. Mereka sebenarnya lebih memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada aku jika nak dibandingkan dengan kisah aku nak mengejar cinta walaupun aku sebenarnya sudah berkahwin. Hmm....

Cukuplah sekadar aku mengetahui bahawa subjek sedang menantikan aku di sana (syurga). Aku tidak boleh terlalu leka hidup di dalam dunia kerana ada suruhan lain daripada Allah Taala yang wajib aku laksanakan. Aku wajib pikul sebagai satu tanggungjawab yang hakiki. Ganjaran aku akan tetap dapat jika aku taat pada perintah Allah Taala dan Rasulnya, NABI MUHAMMAD S.A.W. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. tidak boleh dinafikan. Cinta kepada baginda melebihi daripada diri sendiri. Cukuplah sekadar mengetahui nikmat yang aku pernah terima selama 8 tahun sebelum ini adalah gambaran awal kehidupan abadi di sana kelak (syurga). Alhamdulillah, aamiin.

NIKMAT APA YANG KAMU CUBA DUSTAKAN???

Ini kisah hidup aku. Jadi tak perlu anda nak bandingkan dengan kehidupan anda. Kita tak sama. Nasib kita pun tak sama. Ke kau nak kena bedal baru nak faham???!

Allah Maha Kuasa....

BERSAMBUNG....

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI : https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/mawar-merah.html


https://youtu.be/6pzSwcY3GMw?si=fXUqAh9eiAMB49Zw

Lagu: Semalam Yang Hangat Artis: Wings Komposer: J.S. Kevin Lirik: J.S. Kevin Sebelum engkau ke mari Tiada resah tiada khuatir Menjelang kemesraan ku Yang dirindu hanya syahdu Mengapa itu Mahu jadi teman Mahu jadi kekasih Selamanya... ohhh... Aku bukan lagi mainan dulu Telah ku campakkan kau ke mana Ke lautan hitam yang ku tahu Pasti kita tak jumpa Semalam Itu semalam Hari ini aku hidup Dalam dunia yang aman Kenangan Kita lucutkan Kita bakar sama-sama Pengalaman hidup seksa Mengapa itu Mahu jadi teman Mahu jadi kekasih Selamanya... ohhh... Aku bukan lagi mainan dulu Telah ku campakkan kau ke mana Ke lautan hitam yang ku tahu Pasti kita tak jumpa Semalam Itu semalam Hari ini aku hidup Dalam dunia yang aman Kenangan Kita lucutkan Kita bakar sama-sama Pengalaman hidup seksa Semalam Itu semalam Hari ini aku hidup Dalam dunia yang aman Kenangan Kita lucutkan Kita bakar sama-sama Pengalaman hidup seksa

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...