Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 3 July 2024

PADA SYURGA DI WAJAHMU

 

Gambar sekadar hiasan

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

04 Julai 2024. 07:37 A.M.

"AYANG, ABANG NAK MINTA AMPUN DAN MAAF..."

Aku betul-betul tak ingat sejak bila aku ada kenangan manis bersama isteriku. Aku cukup tak setuju apabila timbul perkataan 'penyondol' pernah wujud dalam kamus dan juga memori aku ketika itu. Aku dah anggap subjek (Aryana Sofea) adalah cinta kedua aku selepas aku berkahwin dengan isteriku sekarang. 

TAPI APAKAH AKU SENDIRI SEDAR TENTANG PERASAAN ISTERIKU APABILA AKU TELAH MENDUAKAN DIRINYA???

Isteriku seakan-akan mengalah mengenai tingkah laku aku sepanjang tempoh KEMARAU CINTA (iaitu hubungan suami isteri seakan-akan dingin begitu lama sekali). 

ADAKAH AKU PERNAH SEDAR BAHAWA MUNGKIN SEPANJANG TEMPOH KEMARAU CINTA ITU, DIA SERING BERDOA PADA TUHAN TENTANG DIRIKU??? 

"Abang, baliklah abang. Ayang rindu sangat kat abang..."

ENTAHLAH !

Aku ketika itu tidak peduli tentang doa ikhlas seorang isteri yang penuh pengharapan. Akan tetapi, isteri aku tetap berharap agar aku cepat sedar tentang perbuatan salah laku aku itu. Doa ikhlas seorang isteri sebenarnya telah dapat menolak takdir lebih buruk tentang keadaan diriku ketika itu yang masih hanyut dibuai hati dan perasaan sendiri. Allah Maha Penyayang....

Isteri aku berharap aku tidak menyesal dalam setiap keputusan yang aku buat sepanjang tempoh aku menghilangkan diri ataupun aku hilang ingatan yang waras disebabkan mabuk nak kejar cinta perempuan lain yang anda gelarkan 'penyondol' itu. 

Isteri aku berharap agar aku tetap bahagia dengan jalan hidup yang aku pilih sendiri itu. Dia pasrah kerana walaupun dia diabaikan, akan tetapi dia masih ada anak-anak yang masih kecil menemani hidupnya ketika itu. Sampaikan pada ketika yang lain, aku pernah terdengar luahan hatinya iaitu, 

"Kalau abang dah nekad nak kahwin lagi, abang kenalkanlah terlebih dahulu bakal isteri kedua abang itu pada mak dan abah abang..."

Nampak macam dia dah bagi 'green light', tapi hati aku masih sangsi,

ADAKAH PILIHAN AKU INI TEPAT?!!!

Selepas itu, aku lihat isteri aku masih tabah dan sabar bagi meneruskan kehidupan bersama aku walaupun dia sendiri telah dikhianati. Dia masih seperti biasa siapkan makanan untuk aku dan juga pakaian aku pada setiap hari. Dia tetap juga tunaikan tanggunggjawab dia tanpa jemu. Allah Maha Mengasihani...

Akan tetapi, aku masih belum sedar, di sebalik tirai, dia panjatkan doa dia pada Allah Taala agar aku tidak hanyut dengan kehidupan duniaku yang penuh dengan tipu daya.

YA ALLAH ! APA YANG TELAH AKU BUAT SELAMA INI???

"Ayang, maafkan abang, selama ini abang berdosa. Abang nak minta maaf pada ayang..."

Allah Maha Penyayang....

BERSAMBUNG....

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI : https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/semalam-yang-hangat.html


https://www.youtube.com/watch?v=2INN1YpYg3c


PADA SYURGA DI WAJAHMU - NASH


Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau istri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saat ′ku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal pikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau kulupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihat kubahgia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku 'kan pulang
Agar terang cahaya
′Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Aku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
'Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Kuberenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
'Kan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti
Komposer : Fauzi Marzuki
Lirik : Bob

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...