Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.
06 Julai 2024. 21:32 P.M.
"SELAMAT DATANG KE DUNIA FITNAH & PENUH KEPALSUAN..."
Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN.
https://www.facebook.com/share/p/A4m2TMbpqxteCcuj/?mibextid=xfxF2i
Dua kali Allah Taala ulang dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya.".
Janji Allah Taala adalah pasti. Aku tidak punyai formula yang khusus untuk anda semua. Akan tetapi, aku mempunyai doa yang khusus yang anda boleh gunakan setiap hari. Anda jangan putus asa untuk terus berdoa. Semoga doa yang aku berikan ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang terbeban dalam fikiran anda semua. In shaa Allah, Aamiin.
Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu.
Janji Allah Itu Pasti.
"Biar rebah, jangan berubah,
Biar terbuang terus berjuang,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,
Semakin dekat kepadaNya,
Semakin kuat ribut taufan melanda,
Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,
Kerana janji Allah itu pasti..."
https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk
"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."
Contoh doa tersebut berbunyi seperti ini,
"Ya Allah, Jauhkanlah aku, isteri aku, anak-anakku, kaum keluargaku dan juga zuriat keturunanku daripada fitnah dunia, bisikan syaitan, juga segala bentuk gangguan lain seperti jin, iblis, syaitan dan Qorin juga godaan hawa nafsu. Berikanlah kepadaku kekuatan agar aku dapat mengikuti perintahmu dan juga meninggalkan laranganmu. Berikanlah kepadaku kekuatan agar aku dapat mendidik isteriku, anak-anakku, kaum keluargaku agar aku perolehi kebahagiaan dari dunia sehingga ke syurga. Aamiin."
Teruskanlah istiqamah dengan berdoa semoga anda perolehi kebahagiaan seperti mana yang anda mahukan juga apa yang anda perlukan. Semoga anda semua memperolehi kekuatan dan juga keberkatan agar anda sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin.
In shaa Allah, sedikit masa nanti, Allah Taala kurniakan jalan keluar daripada segala permasalahan yang pernah wujud dalam kehidupan anda.
Selain itu, aku juga ingin tinggalkan pesanan agar anda tidak sama sekali tinggalkan ibadat solat. Amalan solat ini adalah benteng terkuat yang mampu menangkis segala perkara yang tidak baik bakal berlaku dalam diri anda pada masa kini dan juga yang akan datang. Selain itu, solat itu membantu anda agar sentiasa dalam peliharaan dan juga jagaan Allah Taala. Tanpa amalan solat, anda tidak akan ke mana-mana. Malahan akan dicampakkan ke dalam LEMBAH KEBINASAAN !
Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin.
"Sofea, abang rindu sangat pada Sofea. Hmmm..."
BERSAMBUNG....
Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....
P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
POSTING SEBELUM INI
https://normanhafizi.blogspot.com/2017/08/sayap-ilusi-wings-maksud-disebalik-lagu.html
POSTING LAIN YANG BERKAITAN : Rahsia Sujud Di Dalam Solat
https://normanhafizi.blogspot.com/2018/07/rahsia-sujud-di-dalam-solat-ayuh.html?m=1
Wings - Gema Di Inderaloka [Lirik]
https://www.youtube.com/watch?v=a7MvuPySFJw
No comments:
Post a Comment