Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 8 July 2024

DALAM KEHADIRAN SOFIAH


ARYANA SOFEA 

(Cinta Hati Abang)

Nota : Anda DILARANG SAMA SEKALI mengambil gambar ini dan ianya adalah hak milik eksklusif daripada penulis asal kisah ini. Allah Taala sedang memerhatikan perbuatan anda !

07 Julai 2024. 07:02 A.M.

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

"HIDUP DI DUNIA PENUH DENGAN DUGAAN & CABARAN..."

Kesilapan terbesar aku ialah apabila aku dah jumpa cinta sejati, akan tetapi masih mencari-cari cinta baharu. Aku tak sedar yang BAHAYA sedang menantiku di hadapan. Walaupun aku dah membaca doa yang aku inginkan, tak semestinya aku terhindar daripada dugaan dan cabaran. 

Pada peringkat fasa ini, jika tak kuat iman, memang aku akan terjerumus dan juga mencampakkan diri aku ke LEMBAH KEBINASAAN. Salah buat pilihan, maka aku akan menerima RISIKO yang tersendiri. Bagi sesiapa yang telah menerima hidayah daripada Allah Taala, maka sesuatu perkara yang buruk itu akan dapat dicegah sebelum menjadi semakin melarat. 

ENTAHLAH !

Baik buruk keputusan yang dipilih sebenarnya atas pilihan diri sendiri. Apabila Allah Taala sedang membantu anda, sebenarnya, Dia sedang menghantarkan bantuan melalui orang-orang yang terbaik daripada kalangan orang-orang yang terbaik. 

Perkara ini adalah antara anda sedar mahupun tidak sahaja. Sila ambil perhatian tentang perkara ini dengan lebih serious lagi pada masa yang akan datang sebelum anda terlewat untuk buat keputusan yang lebih TEPAT ! 

Hidup ini cuma sekali. Jangan bazirkan masa anda dengan perkara yang sia-sia. Peringatan telah diberikan. Teguran dan nasihat menjadi pedoman hidup bagi anda yang menyedarinya. Sentiasalah bergantung harapan hanya kepada Allah Taala. Anda mampu untuk mengubah diri anda, bukan orang lain. Selalulah fikirkan perkara yang baik-baik semoga anda akan mendapat perkara yang baik-baik seperti yang anda inginkan. Sekiranya tidak dapat apa yang anda hajati, maka anggapkan sahaja Allah Taala tangguhkan dulu buat sementara waktu pada masa dan ketika itu. 

Mohonlah petunjuk daripada Allah Taala agar anda tidak tersesat jalan lagi. Aamiin. 

Baiklah, kisah aku ketika itu, sedang berjumpa dengan seseorang yang hampir serupa tapi tidaklah sama iaitu DALAM KEHADIRAN SOFIAH. Akan tetapi sebenarnya adalah watak palsu yang wujud dalam diri Siti Muslihat @ Sofiah @ Mawar Berduri. Ketika itu, aku dah mula keliru apabila terjerat dalam dunia percintaan antara diri aku, isteriku, Aryana Sofea dengan Sofiah palsu ini. Aku terperangkap dalam bayangan Sofiah daripada sisi gelap kehidupan Siti Muslihat yang juga letakkan pengenalan diri dia sendiri sebagai Mawar Berduri. Dia bakal menjadi MADU BERACUN sepanjang tempoh 8 tahun itu.

"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."

BERSAMBUNG....

"Assalamualaikum abang, buah hati ayang. Muaahhh."

"Sofea? Ayang... Hmmm...


Wahai hatiku...
Semoga kau tabah dan kuat. Bukan untuk hari ini, tapi untuk setiap hari. 


Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI 

https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/gema-di-inderaloka.html



https://www.youtube.com/watch?v=p80kMMRDXFo

Dalam terang ku meraba-rabaMata yang celik tak bergunaIntan kaca kuanggap serupaIntan kaca kuanggap serupa
Ku mencakar dari mimpi ke mimpiTerlukalah cinta dalam realitiBagai terasa terpadam mentariBagai terasa terpadam mentari
Hadir Sophiah, cinta ku serahTeranglah hati jelaslah mimpi
Bersama cintamu kumelangkahDari rembulan ke mentariDalam hangat rindu bila di sampingmuKau Sophiah panawarGundah, gelisah... gelisah
Kini tersingkap tabir hakikiTeranglah pentas dunia iniDalam keindahan mistikal realiti
Bersama cintamu kumelangkahDari rembulan ke mentariDalam hangat rindu bila di sampingmuKau Sophiah padamuKuserah segala... segala
Oh! Sophiah, kau kekasihPenawar gundah dan gelisahBersama cintamu kumelangkahDalam hangat rinduBila di sampingmu

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...