Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.
10 Julai 2024. 08:08 A.M.
"SESAT HUJUNG JALAN, BALIKLAH KE PANGKAL JALAN..."
Aku masih rasa kasihan kepada orang-orang yang masih belum kembali ke pangkal jalan. Aku pun tak tahu apa yang anda sedang fikirkan sehingga ambil jalan mudah dengan perkara yang sia-sia.
Ini bukan sahaja terhad kepada isu penagihan dadah, malahan isu-isu lain juga seperti gejala seks bebas, lelaki bertukar watak menjadi perempuan juga perempuan yang tukar watak menjadi lelaki, gejala LGBTQ dan lain-lain lagi. Paling terkesan ke atas diri aku ialah isu suami meninggalkan isterinya tanpa sebab, anak-anak meninggalkan ibu bapa mereka, ibu bapa yang bercerai dan berpisah lalu anak-anak mereka telah dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Sebenarnya, apabila isu keluarga seperti ini timbul, maka tak mustahil negara mudah menjadi porak peranda. Ini adalah kerana asas pembinaan keluarga yang rapuh lalu akan membentuk masyarakat yang pincang. Akan tetapi, Rahmat dan Lindungan Allah Taala di negara kita yang tercinta ini dapat mencegah segala perkara yang boleh meruntuhkan struktur masyarakat dan juga rakyat di Malaysia secara keseluruhannya.
Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan apabila anda telah pun menyesal di atas dosa dan pilihan yang salah sehingga menjadi pilihan hidup anda sebelum ini???
Tak ada cara yang khusus, namun anda haruslah BERTAUBAT dan perlu ada timbul kekesalan juga menyesal di atas perbuatan anda yang lalu. Banyak-banyaklah bertaubat selagi pintu taubat dari Allah Taala masih lagi terbuka untuk anda yang ingin berubah serta ingin kembali ke pangkal jalan. Anda boleh buat solat sunat taubat dan juga amalkan Zikir Taubat. Anda boleh rujuk terus kepada ustaz ataupun alim ulama yang lebih arif mengenai ilmu tersebut.
Selepas anda dah tahu tentang ilmu tersebut, maka haruslah diamalkan sepanjang masa. Ini adalah kerana salah satu cara istiqamah yang terbaik jika sekiranya anda benar-benar ingin berubah ke arah kebaikan. In Shaa Allah, Aamiin, semoga Allah Taala permudahkan semua urusan anda untuk kembali pulang ke pangkal jalan ini.
Jika sekiranya jalan yang anda cuba ambil ini mengalami sedikit kesukaran, maka ini adalah kerana hati dan perasaan anda sedang dibersihkan daripada terlalu sibuk memikirkan nikmat dunia yang hanya sementara ini. Allah Taala sedang menyediakan ganjaran yang besar untuk anda di akhirat kelak.
YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR !
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.
"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."
Dua kali Allah Taala ulang dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya.".
Janji Allah Taala adalah pasti. Aku tidak punyai formula yang khusus untuk anda semua. Akan tetapi, anda jangan putus asa untuk terus berdoa. Semoga kata-kata positif dan juga doa yang aku bacakan ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang terbeban dalam fikiran anda semua. In shaa Allah, Aamiin.
Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu.
Janji Allah Itu Pasti.
"Biar rebah, jangan berubah,
Biar terbuang terus berjuang,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,
Semakin dekat kepadaNya,
Semakin kuat ribut taufan melanda,
Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,
Kerana janji Allah itu pasti..."
https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk
"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."
Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin.
BERSAMBUNG....
Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....
P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
POSTING SEBELUM INI
https://normanhafizi.blogspot.com/2024/07/dalam-kehadiran-sofiah.html
Amuk - Aku Mahu Pulang (Official Music Video)
https://www.youtube.com/watch?v=W2ULAH9HCL4
No comments:
Post a Comment