Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 11 July 2024

PUSARA DI LEBUHRAYA


Gambar sekadar hiasan

Nota : Diinspirasikan daripada kisah sebenar. Nama dan segala watak-watak yang ditulis telah diubah suai bagi mencantikkan lagi perjalanan kisah ini dalam bentuk NOVEL DIARI KEHIDUPAN. Sekiranya terdapat persamaan antara nama-nama watak dan juga jalan cerita ini, ianya adalah secara kebetulan.

08 Julai 2024. 05:25 A.M.

"CINTA TAK KESAMPAIAN, PUTUS DI PERTENGAHAN JALAN..."


"Jika Allah tidak mengizinkan kamu bersatu dengan yang kamu cintai, Mungkin Allah akan menyatukanmu dengan orang yang sangat mencintaimu"

https://www.facebook.com/share/p/JYeRTEArT4K1E5R3/?mibextid=xfxF2i

Cinta yang abadi akan membawa kita sampai ke syurga. Ramai yang mudah hanyut dengan nikmat yang ada di dunia ini. Allah Taala tak pandang pun dunia ini. Dunia nyata ini hanyalah sementara sahaja. Kita sebagai hambaNya seharusnya mencari cinta yang lebih dekatkan kita kepada YANG MAHA ESA

Cinta antara dua insan iaitu lelaki dan perempuan bukan mahram boleh menjurus kepada mencampakkan diri kita ke LEMBAH KEBINASAAN. Anggap sahaja "Cinta yang putus di pertengahan jalan" itu bukan jodoh sebenar anda. Perjalanan anda masih jauh lagi. Jangan sampai anda semua sehingga leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara ini. Tugas anda adalah untuk mencari RAHMAT dan REDHA ILAHI semata-mata. 

Sekiranya anda terkorban dalam MISI MENCARI CINTA ABADI hanya kepada Allah Taala, maka ganjaran untuk anda di akhirat nanti sungguh besar. Selain itu, pastikan diri anda berada di dalam ISLAM. Anda wajib berada dalam AGAMA ISLAM. Hanya itu sahaja cara terbaik untuk anda dapatkan CINTA ABADI. Hanya Agama Islam sahaja adalah agama yang diredhai Allah Taala.

"ALLAH TAALA BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN, BUKAN DENGAN APA YANG KITA MAHUKAN DI DUNIA INI..."


"Allah mungkin belum bagi apa yang kita nak. Tapi Allah dah bagi apa yang kita perlu. Bersyukurlah!"

https://www.facebook.com/share/p/CYN9dyN4eBD2whM4/?mibextid=xfxF2i

Aku masih teringat lagi babak dalam filem Rock, arahan Allahyarham Mamat Khalid. Watak Jijoe dimatikan dalam babak kemalangan. Jijoe meninggal dalam nahas di jalan raya. Sebelum itu, dia sempat bertemu semula dengan watak cinta hati dia iaitu, Ella. Boleh dikatakan cinta telah berputik kembali. Akan tetapi, takdir ilahi telah membuatkan dia berpisah dengan kehidupan di dunia ini buat selama-lamanya. Sebenarnya, kita terlupa untuk berikan perhatian tentang perubahan watak Jijoe yang sempat memeluk Islam. Dia dah dapat CINTA ABADI setelah memeluk Agama Islam. 

Ini adalah salah satu contoh untuk penulisan kali ini. Aku harap contoh ini dapat memberikan satu gambaran daripada keseluruhan perjalanan kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Contoh ini adalah satu contoh yang mudah berkenaan dengan isu CINTA YANG TAK KESAMPAIAN. Banyak-banyakkanlah membuat amal kebajikan apabila anda telah berada di dalam Islam. SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKAN dan juga DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH sebagai bekalan kita selepas meninggal dunia. 


Perlahan-lahan ubah diri kerana tak lama lagi kita akan berjumpa dengan ALLAH...

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan  su'ul khotimah... Aamiin.

https://www.facebook.com/share/Vjuj662zeDToyQDi/?mibextid=xfxF2i

"Fitrah manusia, apabila telah melakukan dosa dan menganiaya diri sendiri, maka lebih mudah untuk mencari tuhan dalam hidup mereka."

Hidayah untuk menerima Islam adalah mengikut ketentuan dan takdir daripadaNya. Namun begitu, hanya orang-orang yang mampu untuk berfikir sahaja setelah menerima hidayah tersebut akan mudah untuk mereka menerima Islam. Ini adalah kunci sebenar sebagai laluan mudah bagi mereka untuk terus ke syurga selepas dihitung juga dihisab segala amal perbuatan mereka. Segala amalan perbuatan mereka akan dinilai oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Beruntunglah mereka yang telah mendapat Rahmat dan Redha daripadaNya. Mereka layak untuk mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah, aamiin.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat diri anda di mana juga anda berada. Jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada orang-orang yang terlebih dahulu meninggalkan hidup kita. Al-Fatihah dibaca buat mereka semua. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Sebagai penutup kepada perkongsian pada kali ini, ini adalah merupakan rujukan buat anda semua di sini :-

Adakah anda ada menghadapi masalah diri seperti aku yang mengambil berat tentang orang-orang yang anda kisah dan sayang? Akan tetapi, mereka masih berterusan hidup di dalam kemaksiatan dan juga kejahilan di atas pilihan mereka sendiri?

Oleh itu, anda bolehlah amalkan bacaan doa daripada Al-Quran seperti yang dikongsikan di sini. Ayat Al-Quran tersebut ialah Surah An-Najm, iaiitu ayat 31 hingga 62. Rujukan perkongsian pautan di sini https://quran.com/ms/an-najm/31-62

Selain itu, anda juga boleh baca dan amalkan Surah Al-Mulk, sebagai peneman kita di Alam Barzakh kelak. In Shaa Allah, Aamiin. Rujukan perkongsian pautan di sini :-

FAKHRUL UNIC - SURAH AL-MULK

https://www.youtube.com/watch?v=vusT8rcbRK4

Sila baca dan fahami maksud terjemahan ayat-ayat Al-Quran tersebut. Semoga Allah Taala kurniakan ketenangan dan hilangkan keraguan yang wujud dalam diri anda semua. In Shaa Allah, aamiin. Doa dipanjatkan untuk anda semua bagi yang sudi membaca tulisan ini.

Semoga perkongsian daripada aku pada kali ini dapat menolong sedikit sebanyak mengurangkan beban dalam fikiran anda semua. Teruskan berdoa dan tetap istiqamah untuk terus melakukan kebaikan dan juga kebajikan. Allah Taala tetap bersama hamba-hambaNya yang bersabar menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini. In Shaa Allah, aamiin.



Daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

"Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya." 

(Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no : 2752)

Rahmat dan kasih sayang daripada Allah s.w.t. hanya untuk hambaNya yang beriman sahaja...

YAKINLAH ! Bahawa Janji Allah Taala itu pasti. Nikmat syurga dan seksaan pedih dalam neraka itu BENAR ! 

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah Taala. Aamiin Ya Robbala'lamiin.

"Perjalanan mencari Redha & Rahmat dari Ilahi begitu mencabar minda dan jiwa. Aku pernah beberapa kali tersesat di sini dan tidak dapat mencari jalan keluar. Kunci untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini ialah dengan KESABARAN."


Dua kali Allah Taala ulang dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya.". 

Janji Allah Taala adalah pasti. Aku tidak punyai formula yang khusus untuk anda semua. Akan tetapi, anda jangan putus asa untuk terus berdoa. Semoga kata-kata positif dan juga doa yang aku bacakan ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengurangkan masalah yang terbeban dalam fikiran anda semua. In shaa Allah, Aamiin. 

Banyak-banyakkan berdoa tanpa putus asa setiap kali sujud akhir dalam solat anda. Tidak kira sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Allah Taala akan dengar keluh kesah anda itu. 


Janji Allah Itu Pasti. 

"Biar rebah, jangan berubah, 

Biar terbuang terus berjuang, 

Ujian adalah tarbiyah dari Allah Ta'ala,

Semakin dekat kepadaNya,

Semakin kuat ribut taufan melanda,

Usah resah bila diuji, Pasti kebahagiaan bakal dimiliki,

Kerana janji Allah itu pasti..."

https://www.facebook.com/share/QPug9UEnL1NamxHh/?mibextid=oFDknk

"DOALAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN PERKENANKAN."

Semoga anda semua akan dapat jawapan dan juga setiap persoalan kehidupan yang anda cari selama ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin. Alhamdulillah, aamiin. 

BERSAMBUNG....

Allah Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani....


Wahai hatiku...
Semoga kau tabah dan kuat. Bukan untuk hari ini, tapi untuk setiap hari. 

P/S : Pesanan daripada penulis asal kisah yang diceritakan ini, sekiranya cerita ini tergantung begitu sahaja, maka hendaklah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat daripada Allah s.w.t. dan juga beliau ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

Wasiat terakhir daripada beliau sebelum ini ialah beliau sentiasa mendoakan kepada anda semua yang membaca kisah kehidupannya ini agar anda semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. selalu. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

POSTING SEBELUM INI 

https://normanhafizi.blogspot.com/2017/08/nasib-kita-mus-mael-wings-maksud.html



https://www.youtube.com/watch?v=DNMwklrQd48

Dalam perjalan iniMenuju destinasiBerbagai lebuhraya dilaluiPerjalananku terhentiDi lebuhraya iniTerpandang pusara diam menyepi
Terbayanglah kisah laluBila kau disampingkuBagaikan temasya dalam hidupkuKini cinta tiada lagiBerkubur dalam sepiDan pusara ini menjadi bukti
Betapa aku lemah di siniMelihat cinta ini pergiDi sini bermula bicaraTerpedayaDan bicara itu membunuhnya
Kini engkau tiada lagiYang tinggal hanya mimpiDan cintaku yang telah bersemadiKu teruskan perjalananKu tinggalkan impianKe arah tujuan cinta abadi
Betapa aku lemah di siniMelihat cinta ini pergiDi sini bermula bicaraTerpedayaDan bicara itu membunuhnya
Kini engkau tiada lagiYang tinggal hanya mimpiDan cintaku yang telah bersemadiKu teruskan perjalananKu tinggalkan impianKe arah tujuan cinta abadiKe arah tujuan cinta abadi

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...